Tuesday, March 8, 2011

SABAH DAY1


3 Mac yang lepas, kami sekeluarga bertolak ke Kota Kinabalu dalam misi cuti2 msia. Flight KCH-KK pukul 6.10 am. So pepagi dah bangun bersiap dan bertolak ke KKIA. Anak2 senang pulak nak bangun sebab excited dah kot terutamanya kakak.

Sara selagi tak naik flight, mulut dia bising nak naik airoplane... Dalam flight dua-dua tak tido. makan nasi ayam, mintak beli air la, beli cenderamata airasia la... so papa la yang layan diorang..

Sampai Kota Kinabalu menanti driver amik untuk check in di Marina Court Apartment.Nasib kami dibenarkan check in awal dapatlah berehat2 dulu sebelum agenda seterusnya.

Petang keluar pergi centrepoint, jalan2 kat pasar philipine sementara menunggu family jb sampai pukul 8.30 malam. Masa ambik family kat airport tak ikut sebab kakak dah tido, sara sorang yang ikut..itupun dalam van sara dah tido. Sedang mama menunggu diorang sampai apartment, tiba2 blackout pulak apartment. menjajau cari handphone sebab gelap. Call hubby bagitau kat dia dan suruh inform kat Don. Rupanya blok kami yang problem.

Masa orang JB sampai bergelaplah kami duduk berlonggok kat ruang tamu. malam tu makan ikan bakar dan lauk yang mak bawak dalam gelap. Kira candle light dinner la malam tu. nak dekat pukul 11 lebih baru ada elektrik. Lepas tu apa lagi aktiviti memunggah barang yang dibawa. sembang2 dan tido untuk start hari baru keesokan paginya

No comments:

Post a Comment