Tuesday, November 30, 2010

SELAMAT HARI JADI ADLIN YUSNITA







Entri kali ni pasal 1 Disember 2010. Kiranya hari ni birthday aku le.. Tak sangka dapat banyak ucapan harijadi dari kawan2 dan sanak saudara. Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian. Amin..

Semalam, hubby blanja kat Pizza Hut Boulevard. Beli 2 slice cheese cake. Thank u B..love you... Batrisyia dah berapa kali dia bagi hadiah. dia melukis lepas tu dia kata "Mama ni hadiah untuk Mama. Selamat hari jadi" So sweet..

Pagi ni masak soto ayam, jamu kawan2 kat opis.. Sebab rasanya dah lama tak masak2 bawak gi opis. Ada pulak hani dan ila bawak kek lapis dan kek kurma. Yang paling tak sangka Chen bersama 5 kawan belikan kek birthday. Siap ada tiup lilin lagi. Terharu sungguh dapat celebrate this birthday dengan kawan2 satu opis.

Kepada sanak saudara dan kawan2 yang wish birthday samada live, by message dan Fb terima kasih banyak2. Semoga birthday kali ni memberi seribu makna buat saya..
tq..tq...and tq

love,
adlin yusnita

Monday, November 29, 2010

ADHANA QAISARA BIRTHDAY INVITATION


Entri kali ni nak menjemput sedara mara, kawan2 yang berkelapangan hadir ke birthday party Qaisara yang ke 2. Jemput datang ye....

Sunday, November 28, 2010

27 DAN 28 NOVEMBER








27 dan 28 jatuh pada hari sabtu dan ahad. Minggu ni Hubby kerja. Ada jemputan kahwin anak buah mak long Sidah. Alhamdulilah ada rezeki attend.. So Sabtu Pergi kenduri di Pustaka negeri dengan MIl dan SIL beserta dua orang anak dara tu. Hubby tak join sebab kerja. Petang lepas dia balik kerja baru amik kami di umah mak.

Jumpa mak long sidah dan makan2 masa kenduri. batrisyia seperti selalu berselera 2 pinggan dia makan. Adik pun selera makan dia dah OK sejak dia start makan Appetton. Petang pergi rumah en jumari (pegawai Disiplin PKS). Pergi jenguk sebab ahad tak dapat attend wedding anak dia sebab ada agenda lain. Seronok gak tengok majlis dia. (tengok pelamin je la). cantik, simple dan memang vogue..

Dalam kereta on the way nak pergi umah En jumari discuss dengan hubby nak makan mana. maklumlah kat umah jel belum beli stok minggu ni. Tak de masa beli.. kebetulan kawan yati nak tido kat umah. lagi2 27 November anniversary ke-6 tahun. Tak de celebration apa2. hubby kata dia dah bagi in advance.. tq.. so decide nak makan seafood. makan kat Top spot je. nak gi buntal jauh sangat. So call yati suruh tunggu kat top spot lepas maghrib.

Lepas balik umah En jumari, singgah umah udak sebab nak amik mak dan anak2. diorang jalan kaki pergi umah udak nak hantar birthday card sara. Next week ingat buat birthday sara, so this week distribute card. Kerja edar kad dah settle, tinggal decoration dan preparation lain je lagi. mama punya idea, mak uda yang merealisasikannya. Bukan apa nak edit guna photoshop masih terkial2 lagi. mak uda dah terer.

So lepas maghrib pergi top spot. menu kali ni butter prawn, siakap steam asam boi, sotong goreng tepung, ketam chili telur, midin belacan, oyster egg, ambal kari, siput sedut chili kicap, crab meat soup. kira bestla makan..

ahad 28 November: Pagi2 pergi kem askar sebab nak beli breakfast. memandangkan peti sejuk tak de apa2. bbeli nasi lemak sebab batrisyia dah request nak makan. Beli ikan duri nak masak asam pedas..

Dalam pukul 10 lebih bersiap dengan batrisyia pergi umah Ila. Attend majlis pertunangan ila dengan nik. Sampai dalam kul sebelas, dah sign watikah pertunangan.. amik2 gambar, lepas tu makan.. setle semua balik umah sebab yati nak pakai kereta nak buat clearence hostel.

Petang ajak hubby pergi H&L nak beli stok barang dapur.bawak Sara sorang sebab batrisyia ikut yati. So pagi ni pergi kerja dari umah jel. Sebab cuti sekolah jalan pun clear... Tapi lebih kurang sejam jugak la travel dari umah ke opis..

Wednesday, November 24, 2010

ADHANA QAISARA

Cuti sekolah ni Shasha anak kak ija tinggal kat umah mak dari ahad lepas. nak menemankan anak2 berdua tu.. kakak biasalah excited sebab ada kawan. Makan, mandi, main, menulis semua dengan shasha.. Jumaat ni Shasha balik mesti diorang tercari-cari.Selasa lepas bawak budak2 ni makan MCD. Biasalah kes teringin nak makan McD + malas masak.Sara kesukaan, sebab main kat kat situ.

Minggu ni ada jemputan kenduri kahwin dan bertunang. yang bertunang opis mate gak. Selamat bertunang Ila & Nik. Semoga kekal ke jinjang pelamin. Tak sure lagi dapat attend ke tak sebab hubby kerja this weekend. Minggu depan yati cuti seminggu.. sebelum balik JB untuk praktikal. Tapi dah mintak tolong dia siap2 untuk prepare benda2 untuk party hari jadi Sara.

Actually tak plan pun nak buat party birthday sara. Tu yang yati dah beli tiket Jumaat blk JB. Tapi hubby kata kesian kat adik masa setahun pun tak buat just beli kek celebrate dengan sepupu dan mak sedara yang kebetulan datang kuching last year. itu pun celebrate kat Somerset gateway.

Banyak lagi preparation yang belum buat. mama sebagai birthday planner pun menjalankan tugas.first fikir apa party theme. Bila survey2 kat internet mama decide Sara punya birthday kali ni theme dia "Ladybird". So dah oder cake dengan anor fondant cake ada ladybird. Dah request kat anor cake macamana dah. menu pun dah decide, biasalah masak soto dan lain2.. Helium balloon pun dah oder kat kids creative di The Spring.. cuma tunggu stok pinata sampai the end of november baru nak confirm..

Games belum decide apa lagi. Jumaat nak print birthday card. Idea dah ada tapi nak kena edit guna photoshop baru gambar cun dan sharp sikit. ni kena mintak tolong kepakaran yati..By next week card nak distribute. Jemput sedara mara terdekat. itu pun dah kira ramai kalau semua dapat datang. Bukan apa bagi sara seronok sikit. Sebab kalau tanya Sara" Sara nak potong birthday cake tak?" dia jawab Nak! sambil mulut dia muncung2 menggayakan tiup lilin. So hari ni tengah tunggu poslaju dari mak. sebab pean mak beli coklat ladybird dan bekas letak pulut kuning sebagai doorgift adult. Kanak2 bagi goodies. tunggu plastik goodies yang import dari Singapore.

Hopefully dapatlah mama bereskan preparation birthday sara. Ada banyak benda nak buat hopefully semua terlaksana. Bak kata hubby " You biasalah macam2". i selalu jawab biasalah B i kan suka kejutan...ha..ha..ha

Sunday, November 21, 2010

MAJLIS NIKAH AMIN




Semalam, memang hari menghadiri pengilan kata orang sarawak. Pagi dalam Pukul 10 am attend persandingan anak Wa Yum. Dalam pukul 11 lebih kami bertolak ke Kg Sungai Putin di daerah samarahan. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuching. Asalnya majlis sanding minggu depan. tapi disebabkan next week hubby kerja so kami sekeluarga attend majlis nikah amin.

Amin ni kawan hubby. dia yang jadi pengapit papa masa kami kahwin kat Penview Hotel dulu. Sebenarnya hubby dah tak berapa cam jalan sebab sekali dulu je dia pernah pergi. So bertelefon dengan amin tanya kat mana. Sampai umah Amin dia dah nak bertolak ke rumah pengantin perempuan. yang bestnya umah pengantin perempuan dekat je. Boleh jalan kaki je.

Sambutan dari family amin memang best. Rasa kami sangat dialukan dan dilayang dengan sangat baik. Siap ada bekalan lagi untuk bawak balik. katanya makan dalam kereta nanti... Majlis yang sangat sweet. Untuk Amin "Selamat Pengantin baru semoga kekal Hingga ke akhir hayat"..

SETELAH SEKIAN LAMA TAK UPDATE BLOG



Rasanya dah lama tak update blog. Sejak pergi Bengkel kat KL bulan Oktober lepas. Dalam entri yang lepas ada cakap yang Batrisyia kena operate. So kami pun admit hospital hari selasa 26 Oktober. Operation dijadualkan hari esoknya. Dah siap cucuk amik darah dan pasang jarum kat tangan. Tiba2 kakak demam lak. Mak kat JB pun datang. amik dari airport terus pergi tengok kakak kat hospital.

Dalam kul 4 pagi hubby mesej kata kakak demam makin panas dan temperature naik sampai mencecah 40darjah celcius. Alamak confirm macam tak jadi buat operation. Lepas subuh mama pergi hospital. Sebab semalamnya tido umah jaga qaisara yang pun dah start demam. Bawak pergi klinik Kotaraya sebab klinik lain dah tutup. yang ini 24hr klinik yang available. service very slow.. Sara dah merengek2 sebab panas dia 39 darjah celcius. masuk ubat kat bontot, balik baru dia ceria sikit dah tak panas lagi..So malam tu letihlah tak berapa boleh tido. dah seharian semalam duduk hospital tunggu kakak.

Pagi mandikan kakak sebab ingat dia nak masuk OT. Sebab dia orang first pagi tu. Bila pakar ENT check case note dia tengok yang dia demam. Terus dia refer pada pakar bius. Bila pakar bius confirm operation tak boleh buat sebab patient demam, kakak pun dibenarkan balik dan set new date for operation. So next clerking will be 27 Disember dan tarikh Operate pada 5 Januari 2011. Tapi yang risaunya, batuk selsema kakak sampai sekarang tak baik2 lagi. Ubat memang tak tinggal dia makan.