Sunday, March 25, 2012

Bye bye nek Sibah

Masa mengarang ni ada kat airport. Baru hantar mak balik jb. Lebih kurang dua minggu mak kat sini. Sedih gak budak-budak ni sebab mak ada kat sini macam-macam teringin nak makan mintak mak masakkan. Barang banyak gak. Ada yang terpaksa kena tinggal. Takpelah kalau siapa2 balik jb nanti blh bawak.

Sekarang ni tengah tunggu yati oder makan di mcd.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

KISAH QAISARA MINGGU NI...

Isnin minggu ni mama el lagi sebab sara demam. Actually dari sabtu lagi dah perasan badan dia panas. So bagi paracetamol ikut masa. Ada gak dia merengek. Tapi bila isnin dia tak ok lagi pagi tu mama decide bawak sara ke normah.

Lagipun sara complain sakit perut. Doktor ingat dia chronic sembelit. So kena masukkan ubat thru bontot dia. Kesian dia menangis. Masa pergi ni mak ikut sekali. Selasa malam sara complain sakit kaki. Ingat kena gigit nyamuk, so letaklah minyak. Tapi dia nangis berterusan bagitau sakit. Hairan gak sebab dia tak macam ni sebelum ni.

Bila tengok kaki dia rupanya ada banyak bintik merah. Dah suspen sebab takut kena HFMD? SO lepas amik kakak balik sekolah semalam decide bawak ke Hospital normah sekali lagi. Check temperature memang sara demam. Bila doktor tengok bintik merah dia suspect denggi. So kenalah buat blood test nak tgk platlet darah dia. Kesian tengok sara bila doktor cucuk tangan comel dia nak ambil darah. Menangis tak usah kata. Sampai bengkak mata menangis. Nasib papa datang mada tu. Kalau tak macam manalah mama nak handle sara sorang.

Hari ni papa ambik cuti. Takut apa-apa hal nanti. Dari pagi tunggu doctor call. Mama terpaksa pg office gak sebab dah lama cuti dan kerja pun melambak.

Pukul dua lebih tadi baru doktor call. Alhamdulilah result darah dia ok. Platlet darah normal, takde denggi. Cuma infection je. So kena papa kena pg normah untuk ambil antibiotik. Papa kata dapat antibiotik satu je.

Hopefully sara ok la lepas ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

Simpang Tiga

Pagi ni temankan hubby buat international passport di pejabat imigresen simpang tiga. Disebabkan kami berdua cuti, so gunakan peluang ni utk buat psssport. Ingat nak masuk spore cuti raya nanti.

Boleh beraya sambil makan angin kat spore. Kakak dah sibuk nsk pg USS. Insyaallah ada rezeki nanti nak pergi.

Sekarang ni tengah tunggu nombor giliran untuk proses. Tadi gambar passport yg hubby amik kena reject. Sebab pakai cermin mata. So ada pantulan cahaya. Terpaksalah turun sekali lagi amik kat bawah.

Tadi sampai kena tunggu dalam 50 nombor. Nasib baik anak-anak tak ikut tinggal dengan mak kat umah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Mengisi masa lapang

Ni gambar yang diambil petang semalam. Actually dah post semalam entah hilang ke mana


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 11, 2012

Damai beach resort

Kali ni cuti sekolah bawa anak-anak ke damai beach. Keluar rumah dalam pukul sebelas lebih, singgah di Buntal beli pais. Sampai damai dalam pukul 1.20. Check in punyelah ramai orang. Kali ini check in leceh sebab bilik belum ready lagi. Lama jugak kena tunggu pukul 3.00 baru dapat kunci bilik. Dah angin jugakla.....mana taknye anak-anak dah lapar.. Bawak mak dengan makcik lagi... Kesian diorang kena tunggu lama.

Sampai bilik terus bukak bekal. Anak-anak dah tak sabar nak swimming kat pool. Balik mandi-mandi diorang ke beach main pasir decide nak makan seafood dibuntal. Malam makan di seafood lepas tu terus lepak....

Hari ni tak buat apa rehat-rehat je lah.. Lagipun esok baru check out. Lepas breakfast tadi jalan2 di beach sebab gerimis. Nanti meneruskan aktiviti lagi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 8, 2012

TIBA-TIBA RINDU SAAT INI

Sekarang ni masih di office menguruskan kerja yang tak pernah selesai. Petang ni ada perhimpunan Staff dan JTmk akan jadi host untuk petang ni. Lepas tgk persiapan didewan, balik office untuk tengok kerja lain yang kena settle sebelum bercuti pada minggu depan. Terpandang gambar Qaisara di atas meja. Bila tengok rindu sangat masa dia kecik dengan pelbagai gaya dan aksi.


Sekarang Sara dah anak masuk empat tahun. Mulut dah semakin bising. lasak pun ada.. Dia tak boleh dibiarkan main sorang2.Ada je kerja dia. Sesungguhnya amat merindui masa lalu.


Next week mama cuti seminggu. Tak mau kalah nak cuti jugak alang-alang kakak cuti sekolah. Tambahan pulak mak ada kat sini. Papa pun cuti sekali. Hujung minggu anak-anak tak sabar dah. Sebab dah janji nak ke Damai Beach check in 3hari 2 malam.


Yang penting badan ini perlukan rehat yang secukupnya untuk memulakan minggu akan datang. Badan terasa amat letih. Fikiran kena dibawa berehat. Entah kenapa sekarang ni terasa sibuk sangat. Hidup rasa terkejar-terkejar.... So, I NEED A BREAK.......


Published with Blogger-droid v2.0.4