Thursday, March 8, 2012

TIBA-TIBA RINDU SAAT INI

Sekarang ni masih di office menguruskan kerja yang tak pernah selesai. Petang ni ada perhimpunan Staff dan JTmk akan jadi host untuk petang ni. Lepas tgk persiapan didewan, balik office untuk tengok kerja lain yang kena settle sebelum bercuti pada minggu depan. Terpandang gambar Qaisara di atas meja. Bila tengok rindu sangat masa dia kecik dengan pelbagai gaya dan aksi.


Sekarang Sara dah anak masuk empat tahun. Mulut dah semakin bising. lasak pun ada.. Dia tak boleh dibiarkan main sorang2.Ada je kerja dia. Sesungguhnya amat merindui masa lalu.


Next week mama cuti seminggu. Tak mau kalah nak cuti jugak alang-alang kakak cuti sekolah. Tambahan pulak mak ada kat sini. Papa pun cuti sekali. Hujung minggu anak-anak tak sabar dah. Sebab dah janji nak ke Damai Beach check in 3hari 2 malam.


Yang penting badan ini perlukan rehat yang secukupnya untuk memulakan minggu akan datang. Badan terasa amat letih. Fikiran kena dibawa berehat. Entah kenapa sekarang ni terasa sibuk sangat. Hidup rasa terkejar-terkejar.... So, I NEED A BREAK.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment