Saturday, June 12, 2010

UPDATE HARI SABTU

Hari ni sabtu... bestnya hari untuk lepak2...tido.. dok melayan sara je lah hari ni. sebab malas hari ni masak spaghety je lah senang tak yah leceh2. Sara pun makan spaghety gak.

yang geramnya hubby tak makan lak spaghety hari ni. sanggup dia makan maggi.. hu geram je.. nanti mogok tak nak masak baru tau..

ok stop sini...

Tuesday, June 1, 2010

selamat hari gawai

1 dan 2 Jun cuti umum kat kuching sebab Hari Gawai. Saya amik kesempatan ini untuk ucapkan selamat hari gawai kepada student, staff dan sesiapa yang menyambut hari gawai. So disebabkan cuti dua hari ni saya pun lepak2 je kat umah. layan masak makan anak2.

Semalam pergi Green sebab nak cari spagheti dengan parmesan cheese. kakak suka sangat makan spaghetty dengan parmesan cheese. Lagipun rasanya dah lama mama tak buat spaghetty. Bila pergi green hujan selebat2nya. dapat beli semua bahan tapi parmesan tak de. Ajak hubby pergi Choice premier semata2 nak cari parmesan cheese. Adalah kat sana tapi terkejut satu paket harganya RM20.50. Kalau kat choice mall ada yang jual dalam casing tu. tapi sebab dah takde so beli je lah.

Semalam kat green papa beli ayam panggang honey. Mama beli mussel. Balik terus masak nasi. buat tom yam mussel makan dengan ayam panggang. selera lah makan. Pagi ni lepas sembahyang subuh terus buat breakfast. Masak spaghetty. comot2 kakak dengan adik makan. Kakak seperti biasa lah kalau makan spaghetty mesti topping dengan parmesan cheese. tu yang semangat dia makan (memang favourite dia)

Semalam masa pergi green ada beli kepala ikan salmon. teringin nak masak kari kepala ikan. Jap tadi hubby tanye tak masak nasi ke. Lambat sikit masak ingatkan sebab kenyang makan spaghetty. Bila dah sound terus gi dapur tenggek nasi lepas tu masak kari kepala ikan. Rempah kari import dari singapore. Memang kalau masak kari ikan mesti pakai rempah ni. Senang tak banyak kerja. Lagipun, masak guna kari ni tak payah pakai santan. so sihat sikit.

Walaupun cuti hari ni sibuk cari staff yang boleh attend bengkel kat Politeknik Premier Ungku Omar. Tu yang sambil buat keje, tepon, mesej sape yang boleh pergi. Thanks to hush volunteer pergi. so keje settle. Yelah HQ tak cuti hari ni tapi kat Sarawak cuti so ramai staff yang cuti balik kampung. kebetulan cuti poli dan cuti sekolah.

Esok dua hari lagi keje. Esok lepas amik kakak kena pergi imigration jap sebab nak collect pasport international kakak yang dah buat hari isnin lepas. ramai sungguh lah orang dari pukul 1.00 sampai nak pukul 5 baru balik. Itu pun passport tak sempat siap. So kakak dah excited nak pergi singapore.

Sabtu ni mama dengan kakak akan terbang pergi KL. Sebab isnin lacik zai konvo kat pwtc. Urusan hotel dah settle cuma tinggal nak pergi je. Flight kami awal pagi pukul 6.00 am. pagi tu.. nampaknya pukul 4.30 kena bertolak dari umah. Sara tak ikut tinggal dengan papa. So mama cuti isnin dan selasa. Lepas tu kakak nak ikut mak uda balik JB. Mama terus balik Kuching. kakak balik kuching the following week, nenek sibah yang akan hantar nanti. Kiranya kali ni kakak cuti sakan la. asyik pergi KL, balik JB je, Raya nanti balik lagi.

Lepas tu cakap dengan dia lepas balik jb kena operate tonsil. Serta merta menangis takut. ntah banyak benda yang dia takut. kucing laa.. mainan shrek yang dapat free kan McD yang ada suara tu pun dia takut. Yang best adik suka main benda tu.. kakak pulak dah melalak ketakutan..