Monday, December 31, 2012

Hobi

Nilah hobi masa lapang... Hari ni cuti. Semalam pun cuti sb hantar kakak daftar sekolah. Esok pun cuti gak. Sara masuk taski.. So hari ni mengemas rumah yang balik hujung minggu je.... Tak sabar tunggu umah sendiri siap.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 28, 2012

SEPETANG BERSAMA USTAZ DON

Alhamdulilah petang jumaat ni ada majlis ilmu bersama penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal. Since minggu lepas warga Poliku dah diwarwarkan majlis ni. Mama pun bagitau anak-anak kalau nak ikut serta majlis ilmu.

Mula-mula dua-dua nak ikut. Td balik umah nak amik kakak tak jadi pulak nak ikut. Sara sorang je ikut. Sibuk yaya bila nak jumpa ustaz Don. Masa masuk dewan ramai sangat orang so yaya tak berapa nampak. Dia kata Ustaz don tak tengok dia?

Kebetulan tempat duduk kami diruang tempat ustaz berjalan so agaknya rezeki yaya dapat jumpa live. Ustaz don tengok dia lepas tu hulurkan tangan. Yaya pun terus pergi bersalam. Ustaz pulak cium tangan dia. Lepas lah hajat yaya. Gambar bersalam mama tak sempat nak amik.

Dah keluar dewan yaya kata seronok hari ni mama. Hajat yaya nak jumpa ustaz don live dah tercapai. Majlis ni sangat best pengisiannya. Memang kagum dengan aura ustaz muda ni menyampaikan ceramahnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, December 25, 2012

Pengganti Iswara

Inilah pengganti Iswara..QAA8542D.. Perodua jadi pilihan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, December 22, 2012

Swimming lesson @MBKS

Sedang menunggu anak-anak belajar berenang. Masuk minggu keempat. Kakak masih belum confident nak buat sendiri. Masih harap coach.. Yaya pulak ikut suka dia nak buat apa. Kalau kicking dia ok. Bila suruh buat bubling muka cikgu dibeleknya...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bye bye Iswara

Iswara hubby dalam kenangan....dah banyak berjasa....hubby kata sedih gak hati dia...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, December 17, 2012

Melawat rumah

Semalam pergi melawat rumah. Actually rumah tak siap lagi. Expected siap tahun depan. Disebabkan tengok lambat progressnye so call developer tanya. Developer kata don't worry tak delay punya. So smlm masuklah kat kawasan construction tengok umah orang.

Dapatlah idea macamana rumah kami nanti. Rumah kami belah depan sekali kat jalan besar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, December 12, 2012

Mama cuti

Hari ni ambil cuti dua hari. Nak rehat dengan anak-anak. Lagi pun minggu depan ada kursus empat hari. So sempena cuti balik umah sendiri. Pagi ni godek2 bahan kat peti sejuk untuk buat sarapan. Buatkan budak-budak ni roti pizza untuk breakfast.. Hubby ada kursus hari ni...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, December 10, 2012

SARAWAK RIVER CRUISE

Pada 1 Disember 2012 yang lepas kami berpeluang naik Sarawak River Cruise. Bermula jam 5.30 sampai pkl 7.00 malam. First time naik. Best gak dah sepuluh tahun di bumi kenyalang baru kali pertama naik. Anak-anak punyalah seronok. Qaisara takbsabar tunggu cruise berjalan.

Mama yang tak seronok. Sebab dari malam sebelum sakit gusi bongsu. Dah masuk umur 36 tahun baru nak tumbuh gibi. Cun pulak time birthday. Rasa macam pelancong bila naik cruise. Tambah lagi kitaorang pergi dengan geng satu jabatan. Meriah...

Dalam cruise dapag minum air oren dengan kek lapis sarawak. Siap ada persembahan kebudayaan lagi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 7, 2012

Happy Birthday Adhana Qaisara

Anak mama dah 4 tahun semalam. 6 disember 2012. Semoga jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Sihat selalu... Mama dan papa sayang Sara..


Published with Blogger-droid v2.0.4