Wednesday, July 31, 2013

Budi Bahasa Budaya kita

Walau apa pun bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, budi bahasa amat perlu...rentetan kisah sebelum ini yang terjadi pada i di Mcd Plaza Merdeka. Suhana call dari Mcd Plaza merdeka tanya apa yang berlaku semalam. I pun ceritalah apa yang jadi semalam.

I question dia apa sebenarnya yang staff you nak tunjuk pada customer? I tanya lagi apa pangkat yang pakai baju hitam or kelabu? Dia jawab manager... So i jawab kalau dah manager pun macam tu what do you expect. I cakap kat dia i really upset semalam dgn layanan yang diorang berikan. I bagitau i tak kisah tunggu lama kalau staff dia bagitau sorry kak tunggu kejap ke.. Ni dia buat macam i ni invisible pulak...

So suhana ni mintak maaf la bg pihak mcd plaza merdeka. Harap i datang lagi ke situ... I cakap i dah tawar hati.. Lagipun adavkawan i bagitau dia pun terkena disitu.. I bgtau suzana kes kawan i tu... Nasib i tak bgtau last week masa nak oder yati have to wait for the crew semata2 crew tu nak bancuh air kopi untuk dia minum. Sedangkan customer tercongok kat depan kaunter nak oder.

I sangat puas hati... Memang bolah maafkan diorang... Tapi u yang menyediakan servis utk customer, perlulah utamakan customer.. I tak kisah kalau dia kata sekejap kak... Ni bila dia ignore macam i takde it shows me something not right there


Published with Blogger-droid v2.0.4

The worst service @mcdonalds plaza merdeka kuching

Semalam ke plaza merdeka sebab nak shopping baju raya papa. Kesian barang raya papa belum settle. Anak-anak ikut mak undgn nenek diorang jln kat luar. So dapat la papa dua pasang kemeja bonia. Keluar dari parkson anak-anak dah duduk makan di Mcd. Diorang dah nak habis makan pun.

Nak dijadikan cerita, batrisyia nak refil air sebab papa dia suruh. Dahla member kepedasan. Lepasmtu mama pun ikut pergi kaunter. Tunggu punya tunggu nak dekat lima minit tercegat kat kaunter. Takde sorang pun tanya dan layan. Yang dua tiga orang lagi tu berdiri kat belakang. Dah naik bengang terus tinggalkan kaunter tanpa refill air dan tanpamsorang staff mcd  ninyangbtanya. Yang sangat dikesalkan ialah cara diorang ni layan customer. Satu lagi dari observation i la, budak mcd ni buat keje main-main. Yang sangat kesal supervisor diorang pun dua kali lima. Last week pergi pun boleh diorang bergurau senda kat kaunter. Siap ada pompuan menjerit lagi kat kawasan kaunter. Dgn tak pakai uniform. Org luar kot.

Lain kali belajarlah hormat orang. Tak pun jaga budi bahasa awak tu. I kesian kat anak2 kehausan. Lain kali memang tak nak jejak la kat mc d plaza merdeka. Balik rumah terus cari channel untuk complaints. Jumpa website mcd malaysia. Puaskan hati biar management diorang tau pasal hal ni. Itu pun kalau management dia ambil berat pasal hal ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 30, 2013

cerita berbuka puasa

Alhamdulilah dipertemukan ramadhan pada tahun ini. Cerita ramadhan dimulakan dengan buka puasa. First day puasa menikmati buffet ramadhan di grand magherita. Bersama keluarga plus kawan yati. Yang lain buka dirumah. Jumaat lepas berbukandi grand continental hotel. Dah lama tak ke sana. Not bad pulak makanan kali ni.

Hari ahad yati bawa kakak dan adik ke summer utk berbuka diluar. Bila tinggal dengan husband kami pun cadang berbuka diluar. Call riverside dah penuh. Dapat jugak call four points. Rupanya kualiti buffet di four points lagi best...

Dessert best, sushi, roti canai, murtabak, roti jala.. Bila ingat tu semua kegemaran batrisyia..

So jumaat ni alang-alang balik umah jel akan singgah untuk berbuka di four points lagi. Dah siap buat reservation dah...smlm masa masak untuk berbuka di rumah in law dgn hubby asyik teringat je je cheese cake..

Tadi hubby call bgtau jom buka luar. Dia suruh arrange buat reservation. Bila buat survey terus decide nak buka di kopi o corner. Nak try makan kat situ....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 15, 2013

Gotong royong menyediakan juadah berbuka puasa di Pusat Islam PKS

Hari ni hari keenam umat islam berpuasa. Tiba giliran JTMK menyediakan juadah berbuka puasa. Menu nasi tomato, opor ayam resepi mak piah, acar, dalca dan bubur lambuk. Semua menu ada tokey masterchef yang incharge. So saya incharge opor ayam.

Bahan-bahan dah ready dari rumah. Cuma tinggal beli ayam, basuh dan goreng. Nasib ramai student yang membantu. Terima kasih semua


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 8, 2013

rumah lagi dan salam ramadhan

Progress rumah setakat ni... Dan nak ucapkan selamat menyambut ramadhan. Alhamdulilah dipanjangkan usia dapat bertemu ramadhan pada kali ini


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 3, 2013

Pencapaian anak-anak

Alhamdulilah.. Jumaat lepas hari pemuafakatan di sekolah kakak dan hari prestasi disekolah adik. Keputusan keduanya memberangsangkan dan boleh dipertingkatkan. Alhamdulilah ya Allah kerana memakbulkan doa mama. Kali ni memang tak letak harapan yang tinggi pada qaisara. Sb di rumah memang susah nak tgk dan suruh dia menulis. Terkejut jugak bila dia dapat menguasai exam pertengahan tahun.

Cikgu kelas adik pun agak terkejut. Dari segi hafalan doa dan membaca cikgu kata adik lancar. Semoga anak mama jadi anak yang cemerlang dunia akhirat,

Kakak pun alhamdulilah dapat menguasai pelajaran kali ni. Cuma matematik perlu banyak latihan lagi. Mama doakan kakak dapat keputusan yang baik akhir tahun nanti. Mama dan papa selalu pesan.. Kalau nak naik pentas lagi macam tahun lepas kena usaha sungguh-sungguh dapat keputusan yang cemerlang.

Mama coretkan catatan ini sebagai kenangan manis hidup mama.


Published with Blogger-droid v2.0.4

progress rumah

Nilah progress terkini rumah. Kiranya project ni dah delay. Smlm pg developer amik cek pampasan. Bila tanya bila dapat kunci? Dimaklumkan awal tahun depan. Bersabar je la..pinjaman perumahan dah start kena bayar bulan ni. Takpelah tutup mata je. Aset..aset


Published with Blogger-droid v2.0.4