Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini amat bermakna. kali ni sambut Ramadhan dengan family. mak dan adik2 ada kat rumah . seronok. Hari ni train batrisyia berpuasa. Harap-harap tahanlah dia puasa sampai petang nanti. Hari ni kakak cuti sebab sekolah dia amik cuti awal ramadhan. Pagi tadi dia mintak nak makan sebab tengok adik makan kot. Tapi pujuk2 dia boleh tahan. masa call tadi dengar suara dia ok je.

First ramadhan, bawak family berbuka puasa di Grand Magherita. Buffet macam-macam ada. kak nizam dari priority dah confirm tadi. Weekend yang lepas check in di damai Beach Santubong. Bawak anak2 dan family rehat-rehat di hilltop damai. Anak2 seronok mandi kolam. Excited.. kali ni yang best mama dengan papa buat massage di Borneo Odyssey Spa Damai Beach. Best memang berbaloi-baloi. Sebabnya ada discount guna priority club tu.. lain kali boleh buat lagi.

Monday, July 25, 2011

PERISTIWA MINGGU LEPAS

Minggu lepas macam-macam dugaan terjadi. Sabtu lepas pagi berjalan ke Serikin. Dah lama tak pergi serikin. Malamnya kakak complaint sakit perut dengan muntah-muntah dan cirit birit. Kesian tak tidur malam dia. Nak kata keracunan, hari tu kami tak makan diluar pun. cuma minum air tin dan makan roti di serikin. Petang Ahad bawak pergi klinik. kakak dah sihat macam biasa.

Esoknya isnin Sara pulak start dengan simptom yang sama. Cuma dia tak cirit-birit. Malam pun tak tidur asyik muntah. Tension asyik tukar cadar tilam dan selimut. Hubby hantar dobi. senang sikit. Selasa pagi ada meeting konvo. call mak tanya Sara muntah lagi ke tak. mak kata muntah. buat decision nak bawak jumpa Dr George di Normah. Masa tu mama pun dah nak start gastrik.

Balik tengahari pergi Normah dengan sakit perut dan pening kepala mual yang amat. Ingat kena simptom yang sama macam anak-anak. Amik ubat angin je. Doktor kata mungkin virus yang menyebabkan anak2 jadi macam tu.

Malam tu mama pulak start muntah sampai tak boleh makan apa. Pukul 2 pagi jadi lagi kali ni dengan kesukaran nak bernafas. Pagi esok pergi klinik. Tapi Dr tak nak bagi ubat dan refer terus ke emergency. Sebabnya, tekanan darah yang tinggi, gula tinggi, keytone dalam urine 4+. Hu3.

Maka Bermulalah episod menyerah diri di emergency. Sampai, check BP tekanan darah 240/111.. wow kenapa lak tinggi sangat?? Gula 15.5 tinggi tapi ni memang dah jangka sebab tak makan ubat dan control diet.Nadi pulak laju semacam je. So banyak kali dicucuk untuk amik darah. Nasib tak de asid dalam darah. lega... plan doktor lepas tu, makan ubat angin, injection insulin, makan ubat darah tinggi, masuk air (4 botol)dan hypocount hourly...Total masa spent kat emergency lebih kurang 9 jam. Tak pe janji tak admit.Sampai petang, gula dah turun 9mmol, tekanan darah pun turun. Tapi masih tinggi. Asyik tanya doktor je bila boleh balik.

Sebelum pergi emergency amik kakak kat sekolah takut nanti tak sempat nak amik. Bila tengok muka anak-anak kesian dan sayu hati. kalaulah apa-apa terjadi kat mama kesian anak2 yang masih kecil tu...

So sekarang start hidup baru dengan azam tak skip makan ubat diabates dan darah tinggi. Appointment dan follow up kena ikut di poliklinik. Dah masuk persatuan pesakit Diabates lagi. Actually dan setahun lebih skip makan ubat ni. Bila doktor tanya, Puan kenapa tak makan ubat?? mama jawab saya tak ada motivasi...boleh gitu?

Yang paling penting, kesukaan mama coke dah tak boleh minum lagi...rasanya inilah penyebabnya mama kena DM ni...

Sunday, July 3, 2011

SEKALI LAGI


Sabtu yang lepas bawak batrisyia dan Sara menonton wayang. Tengok Cerita Sekali lagi. Sara first time masuk panggung wayang. jadi dialah yang paling excited bila tengok screen besar, habis semua ditanya.

Mula-mula macam tak jadi nak pergi sebab hubby tak sihat dilanda chicken pox. Tapi disebabkan dah janji dengan kakak dan asyik mulut dia tanya bila nak pergi, bawak jugalah. Cakap kat hubby kalau dia boleh hantarkan. Sebab mama malas nak drive sebab nak parking kat Riverside leceh.

So disebabkan anak-anak dia, papa pun hantarlah. Sementara kami menonton papa pergi duk kat umak nek bi. Cerita dia biasa je tapi disebabkan Mia Sara yang berlakon batrisyia dengan Sara memang excited la.Dah sudah call hubby balik untuk amik kami di bus stop depan riverside. Dalam kete tak habis-habis cite dengan papa diorang. Papa layan tak layan je sebab member tak de mood.