Monday, July 25, 2011

PERISTIWA MINGGU LEPAS

Minggu lepas macam-macam dugaan terjadi. Sabtu lepas pagi berjalan ke Serikin. Dah lama tak pergi serikin. Malamnya kakak complaint sakit perut dengan muntah-muntah dan cirit birit. Kesian tak tidur malam dia. Nak kata keracunan, hari tu kami tak makan diluar pun. cuma minum air tin dan makan roti di serikin. Petang Ahad bawak pergi klinik. kakak dah sihat macam biasa.

Esoknya isnin Sara pulak start dengan simptom yang sama. Cuma dia tak cirit-birit. Malam pun tak tidur asyik muntah. Tension asyik tukar cadar tilam dan selimut. Hubby hantar dobi. senang sikit. Selasa pagi ada meeting konvo. call mak tanya Sara muntah lagi ke tak. mak kata muntah. buat decision nak bawak jumpa Dr George di Normah. Masa tu mama pun dah nak start gastrik.

Balik tengahari pergi Normah dengan sakit perut dan pening kepala mual yang amat. Ingat kena simptom yang sama macam anak-anak. Amik ubat angin je. Doktor kata mungkin virus yang menyebabkan anak2 jadi macam tu.

Malam tu mama pulak start muntah sampai tak boleh makan apa. Pukul 2 pagi jadi lagi kali ni dengan kesukaran nak bernafas. Pagi esok pergi klinik. Tapi Dr tak nak bagi ubat dan refer terus ke emergency. Sebabnya, tekanan darah yang tinggi, gula tinggi, keytone dalam urine 4+. Hu3.

Maka Bermulalah episod menyerah diri di emergency. Sampai, check BP tekanan darah 240/111.. wow kenapa lak tinggi sangat?? Gula 15.5 tinggi tapi ni memang dah jangka sebab tak makan ubat dan control diet.Nadi pulak laju semacam je. So banyak kali dicucuk untuk amik darah. Nasib tak de asid dalam darah. lega... plan doktor lepas tu, makan ubat angin, injection insulin, makan ubat darah tinggi, masuk air (4 botol)dan hypocount hourly...Total masa spent kat emergency lebih kurang 9 jam. Tak pe janji tak admit.Sampai petang, gula dah turun 9mmol, tekanan darah pun turun. Tapi masih tinggi. Asyik tanya doktor je bila boleh balik.

Sebelum pergi emergency amik kakak kat sekolah takut nanti tak sempat nak amik. Bila tengok muka anak-anak kesian dan sayu hati. kalaulah apa-apa terjadi kat mama kesian anak2 yang masih kecil tu...

So sekarang start hidup baru dengan azam tak skip makan ubat diabates dan darah tinggi. Appointment dan follow up kena ikut di poliklinik. Dah masuk persatuan pesakit Diabates lagi. Actually dan setahun lebih skip makan ubat ni. Bila doktor tanya, Puan kenapa tak makan ubat?? mama jawab saya tak ada motivasi...boleh gitu?

Yang paling penting, kesukaan mama coke dah tak boleh minum lagi...rasanya inilah penyebabnya mama kena DM ni...

No comments:

Post a Comment