Monday, September 27, 2010

SABTU DAN MINGGU

Minggu lepas macam2 aktiviti sejak balik dari JB. hari sabtu pergi Jabatan Imigresen sebab nak buat pasport Sara dan mak. Masa Sampai orang tak ramai tak macam buat pasport Batrisyia dulu. Lepas hantar semua dokumen 2 jam lepas tu baru pasport siap. Sementara nak tunggu pasport siap, pergi breakfast dulu kat Chilipapers Simpang Tiga.Disebabkan banyak masa lagi singgah Smart kat Queens Court. Beli barang dapur sikit. Almaklumlah dapur dah lama tak berasap.

Lepas tu papa singgah kat Spring saje pergi nak buang masa sementara menantikan pasport siap. Dalam pukul 11.30 pergi balik imigresen untuk collect pasport. Sara macam biasa tak tau diam, lari sana, lari sini sebab suka tempat yang lapang. Dia meragam jugak sebab belum tido siang lagi. Petang ingatkan nak pergi Jom Heboh. Tapi disebabkan anak2 tida + hujan lebat tak jadi nak pergi.

Hari Ahad bangun pagi kemas apa yang patut. Siapkan anak2 nak pergi open house umah officemate. Mula2 nak tinggalkan kat umah mak kakak dan adik. tapi kakak cakap nak ikut so bawaklah diorang ni. lebih kurang 12.30 baru balik umah. balik umah mandikan dua2 terus semua pengsan.

bangun tido perut lapar. So masaklah simple, Labu masak tumis air (sarawak style), Ikan talapia merah goreng cicah cili padi kicap. oklah habis gak makan untuk petang tu. Lepas magrib siap2 balik umah mak.

Minggu ni nak buat open house untuk kawan2 yati dengan jiran2 kat kuarters. Cadangan nak masak soto, kalau rajin nak masak nasi beriyani untuk siang. malam ingat nak masak roti jala cicah kuah kari dengan pasta goreng. Disebabkan malam kitaorang buat style potluck 9 buah umah, so kitaorang buat simple je. Sebab ada yang dah masak nasi. Tu dah kira heavy la tu...

So pada sesiapa yang nak datang umah, jemputlah ke kuarters kompleks penjara, batu 15. Bila masuk gate sebutlah nak pergi rumah cikgu BOB. nanti staff kat guard house kenal. Umah betul2 depan surau..

Hari Ahad, cadangnya nak pergi serikin. nak beli barang yang mak pesan. Sebab jumaat depan nak terbang balik JB-Singapore-JB-Kuching

Thursday, September 23, 2010

BIRTHDAY BATRISYIA & WEDDING UDIN

Malam Ahad yang lepas buat makan2 sempena birthday batrisyia. Memang meriah sebab ramai sedara mara yang datang. Lagipun next day wedding udin kat umah.Batrisyia tak sabar2 nak potong kek. mak sedara dan Pak sedara di ada kat umah tu yang dia excited sangat tu... Terima kasih kepada yang bagi kakak hadiah. seronok sangat dia...

Esoknya pagi2 lagi mama dah bangun nak menyapu bawah khemah dan mengemas apa yang patut. Busy bukan main. nasib baik ada banyak tangan yang menolong.. Majlis meriah sebab dapat jumpa sedara mara yang datang dan yang lama tak jumpa. Terima kasih kepada semua yang datang. Thanks faiz, Apoi dan Azna Rizan sebab datang pada majlis tu...

hari ni first day masuk opis. Disebabkan first day tak reti nak buat apa. esok je lah. hari ni dok clear inbox outlook dan catch up apa kerja yang tertinggal. Tadi dok sibuk beli tiket airasia balik Johor 8hb. Ada rezeki dapat balik Jb sebab nak attend wedding hamsan kat Singapore. Ingatkan nak balik sorang sebab tiket mahal. Tapi papa suruh bawak balik 2 orang tu. katanya kesian kalau diorang kena tinggal. Terutamanya adik yang dah faham benar. So Sabtu ni nak pergi buat passport antarabangsa adik. Mak mentua pun ikut. Saja ajak mak pergi tengok Singapore. Lagipun mak andak jemput datang.

Tiket dah settle cum pasport je belum. So another 2 weeks terbang lagi ke JB-Singapore. Kali ni tak lama balik JB jumaat, Ahad dah balik Kuching.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2010





syawal menjelma, Ramadhan berlalu meninggalkan kita,
akan bertemukah kita dengan Ramadhan tahun depan?
Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki menyambut Ramadhan lagi.

Update dari JB dipagi Syawal yang mulia. Semalam birthday Batrisyia yang ke-5 tahun. Tak de sambutan istimewa, cuma batrisyia potong birthday kek yang mak uda belikan lepas berbuka semalam. Insyaallah nanti celebrate kecil-kecilan sabtu depan bila semua dah sampai.Happy Birthday kakak. semoga kakak jadi anak yang cemerlang didunia dan akhirat.

Tahun ni raya kat Taman Tun Aminah je. Kalau raya kat sini tak kemana untuk beraya makan-makan, amik gambar dan duduk umah tengok tv. Cadangan nak pergi makan ais krim kat baskin Robin lepas solat jumaat nanti.

Nak pergi beraya rumah member pun takut diorang balik kampung. Adik beradik mak beraya kat umah masing-masing. Minggu depan baru diorang datang.

Tuesday, September 7, 2010

UPDATE DARI JB





Salam semua.. kali ni update blog dari JB. Jumaat lepas sepatutnya last day kerja. Tapi aku MC sebab hari Khamis badan semacam. Mintak excuse boss pergi klinik. sebab rasa kepala dah berpusing dan badan macam dah tak stable. Bos siap suruh mintak sape2 hantarkan gi klinik. Tapi aku cakap tak pe drive slow2..

Sampai klinik check BP 170/120 wow terkejut... betul2 shoot up. Mungkin malam sebelum tu aku minum Ice cofee kat secret recipe. Balik umah start tak boleh tido dan perut dah start gastrik... alamak tak suka rasa ni.. Balik umah test bloodsugar pulak.. 14.1. Memang sah tinggi... Ni lah punca segala rasa badan yang tak tentu arah ni.. So bila MC duduk kat umah je la.. sambil kemas apa yang patut. Yang banyak aktivitinya.. Tido...

Ahad balik JB dalam cuaca yang hujan..dari kuching hujan lebat.. nak sampai senai airport flight tak boleh landing.. Padanlah hairan kenapa bila flight dah terbang rendah tiba2 naik semula dan makin laju.. Tak lama lepas tu pilot announce yang dia tak nampak hujung landasan bila nak landing dan akan buat second trial. Alhamdulikah selamat landing.. Mak, yati, aus, kiki dah tunggu kat airport.. Senai airport dah berwajah baru..

First aktiviti bila sampai JB ialah pergi Bazar Ramadhan kat Taman U. Mak berbuka kat masjid sebab ada majlis Khatam Al-Quran. Hari Isnin pagi pergi balik kampung kat Yong Peng. Pergi ziarah kubur arwah ayah.. kakak dah berani pergi kubur tok2. Siap pakai tudung lagi.. bacaan yassin dan tahlil kami sedekahkan untuk arwah ayah tersayang.. Ketiadaan ayah masih terasa sampai sekarang.. Kalau ayah ada kan senang.. Mesti hal sekarang ni banyak penyelesaiannya.. Sekejapnya 3 tahun berlalu.. tapi rasanya macam semalam je peristiwa ini berlaku.. Masih ingat lagi pandangan terakhir arwah ayah semasa aku nak balik Kuching dari Hospital Selayang..rupa2nya itu pandangannya yang terakhir.. Rezeki jumpa arwah ayah untuk kali terakhir.. kalau aku tk pergi minggu tu mesti aku menyesal seumur hidup..

balik dari kubur, balik umah jap sebelum pergi larkin nak cari tudung.. Tak beli banyak sangat sebab tak berkenan. Balik berbuka kat umah.. Lepas berbuka pergi Angsana Pulak. Punyalah ramai orang dan happening sungguh Angsana. Jalan Jem tak usah kata.Dari Angsana pergi pasar borong kat pandan. Punyalah ramai orang.. bazar pun banyak gerai.. tak shopping kat sini sebab ramai sangat orang. Sibuk cari pasar ikan dengan mak.

Hari ni selasa, pergi kampung pasir hantar kat jemputan umah pakcik maarof, lepas tu destinasi seterusnya KIP MART, Lepas balik dari KIPMart singgah Jusco Bukit Indah. Papa shopping kasut dan barang2 golf dia, Mama lak shopping air gas untuk raya..beli barang2 sikit + oder kek birthday batrisyia kat Baskin Robin. Cadangan nak potong kek masa 18 Sept nanti. Bila semua sedara mara ada.

Balik dari Jusco, singgah Tesco sebab nak berbuka kat Food Court. Pilih Makanan kat gerai Thai Fusion.. Memang puas hati dengan Set E, yang ada ikan siakap sweet sour, kangkong belacan, telur dadar, sotong goreng tepung plus tomyum campur dan nasi goreng cili padi.. Yang lain makan siziling mee, kiki dengan KFC, kakak makan spaghetti..

Dari Tesco terus balik umah.. kepenatan.. Ni pun baru lepas tidurkan anak dara 2 orang tu.. Esok? nak pergi pasar beli barang basah dan kering untuk lauk raya.. Letih memang letih tapi best berjalan tiap2 hari.. Lepas ni ada banyak kerja menanti..