Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Semalam 16 Mei. Hari guru. Kalau arwah ayah ada mesti semalam sambut birthday ayah.. rindunyer.. Last sekali wish birthday ayah tahun 2007. masa tu ayah ada kat hospital selayang admitted. Wish by phone...tapi sekarang tak ada lagi..

Ayah meninggal 24 mei 2007. Alfatihah .. tak sanggup cite panjang nanti emo pulak. kalau arwah ayah ada mesti semuanya senang, mesti semuanya mudah,, mesti itu, mesti ini...bila ayah buat keputusan.. sekarang? ntahla

Tadi dapat call dari esty tanya pasal batrisyia. Pagi tadi esty hantar batrisyia ke taski.. macam biasa.. Sampai sekolah ada sorang kawan dia bawak hadiah untuk teacher sempena teacher's day. Kawan dia tanya.. Kitak ada mbak hadiah sik? Yang sorang kata ada beli hadiah tapi lupa nak bawak.. Yang nak dijadikan cite airmata batrisyia meleleh menangis bila kawan dia tanya pasal hadiah.

Sebenarnya semalam lagi mama dah tanye batrisyia nak belikan cikgu hadiah tak sempena teacher's day? seboleh2 dia tak mahu. saya tak mahu katanye.. pagi ni pulak menangis.. Agaknya dia tak paham lagi teacher's day kot..

Kepada cikgu2 selamat hari guru jasamu sentiasa dikenang...

Thursday, May 13, 2010

huh.. busynyer

Sejak balik kuching belum berkesempatan nak update blog ni. Sibuk dan tak sihat. Ahad sampai Kuching dah malam. Sampai airport pergi makan jap kat McD dengan mak, esty, yati yang dah tunggu kedatangan kitaorang. Isnin mama cuti sebab nak rehat + nak hantar kete kat worksyop pasal kes accident hari tu. Selasa kakak appointment kat hospital..

Isnin.. keluar umah pagi hantar kete kat bengkel. Tak boleh siap satu hari esok baru boleh amik. Lepas tinggal kete pergi repair aircon kete hubby. Rupanya motor kete yang problem. kena charge RM150.00. Sambil tunggu kete siap pergi breakfast dengan hubby kat chilipapers lepas tu pergi pasar beli lauk kat Satok.

Selasa.. bawak kakak appointment kat klinik pakar Hospital Umum. Orang ramai kat spital. Kakak punyer appointment pukul 10.00 am tapi saje pergi awal. kali ni hubby dapat naik sebab dapat parking. Itu pun kat private parking..sekali masuk bayar RM5.00. Nak cari parking dalam hospital susahla..

Jumpa doktor, dia tanye apa cite kakak lepas appointment lepas. Aku pun reportla 2 kali demam, sekali telinga dia keluar liquid. Bila doktor check tonsil kakak masih tak de perubahan. So Doktor decide kena operation. Terkejut sekejap mama dengan papa. Tengok muka kakak dia dah buat muka sedih. Tanye doktor bila? Doktor kata this year sambil keluarkan buku schedule operation. So kakak akan menjalani operation pada 21 Julai 2010. 16 Julai ada appointment lagi untuk clerking, 20 masuk hospital, operate 21 dan kalau semuanya ok 22 Julai dah boleh discharge.

Harap2 semuanya okay.Tapi untuk kebaikan masa depan mama dengan papa setuju operation dibuat. Cuma kesian kat kakak. Bila doktor kata operate air mata dia meleleh susah hati member. Tapi bila kata nanti masuk hospital duduk kat ward pediatrik ada mainan, ada library baru dia ceria semula. Cuma yang risau doktor dah cakap apa akan jadi lepas operate. Sebab kakak masih kanak2, doktor tak akan jahit so nanti akan keluar lendir darah dsb. tu yang agak seriau sikit. Apa pun kena lalui jugak.

Malam rabu mama pulak kena gastrik. Agak teruk gak la malam tu kena. Tu yang esok pagi2 dah pergi klinik. doktor bagi mc satu hari. Nak ikutkan malas nak mc sebab ada projek presentation. Tapi memang tak larat sampai nak makan pun tak boleh pagi tu. Lepas makan ubat baru reda. ni pun masih sakit lagi. baru nak baik sikit2.

Tuesday, May 4, 2010

UPDATE DARI JB

Dah berapa hari tak update blog sebab travel dari kuching-kl-jb. so hari ni baru ada kesempatan nak update. Masa ni dah sampai JB. Home sweet home..Attend wedding sepupu di KL. yang bestnya wedding kembar anak mak lang. Dah jodoh kembar masa yang sama.

Kira seronok sebab semua family berkumpul dan meriah.. Habis wedding hari Ahad aku and family check in di Lagend. Memang best sebab bilik besar. Total ada 3 bilik + boleh masak lagi. So masak ringan2 untuk makan. Aktiviti macam biasa shopping kat Sogo dan Masjid India. kakak kan dah request nak baju kat sogo. So melayan permintaan kakak belikan baju untuk dia.

Yang seronok sekali ialah kakak. So sampai Jb dalam Pukul 8 lebih hari Isnin. Dari Kl singgah melaka jap lepas tu ingat nak pergi kubur tapi tak sempat sebab dah maghrib. lain kali pergi sebelum balik kuching...

pagi ni lepak2. dah petang baru keluar pergi Sutera Mall beli susu Sara + makan VIVO. MR hubby blanje. thanks a lot best dapat lepas gian makan kat VIVO. Sebab kuching takde outlet VIVO.

Kakak dengan adik seronok sangat sebab kat jb ramai yang melayan. Pak uteh ada, lacik ada, pak usu ada. Agaknya yang best sebab kakak cuti sekolah 8 hari. Buku homework bawak balik jb. katanya nak buat.

sampai sini dulu nanti update lagi pada enti akan datang.. esok nak gi mane ek? nak shopping apa ek? kwang3