Thursday, May 13, 2010

huh.. busynyer

Sejak balik kuching belum berkesempatan nak update blog ni. Sibuk dan tak sihat. Ahad sampai Kuching dah malam. Sampai airport pergi makan jap kat McD dengan mak, esty, yati yang dah tunggu kedatangan kitaorang. Isnin mama cuti sebab nak rehat + nak hantar kete kat worksyop pasal kes accident hari tu. Selasa kakak appointment kat hospital..

Isnin.. keluar umah pagi hantar kete kat bengkel. Tak boleh siap satu hari esok baru boleh amik. Lepas tinggal kete pergi repair aircon kete hubby. Rupanya motor kete yang problem. kena charge RM150.00. Sambil tunggu kete siap pergi breakfast dengan hubby kat chilipapers lepas tu pergi pasar beli lauk kat Satok.

Selasa.. bawak kakak appointment kat klinik pakar Hospital Umum. Orang ramai kat spital. Kakak punyer appointment pukul 10.00 am tapi saje pergi awal. kali ni hubby dapat naik sebab dapat parking. Itu pun kat private parking..sekali masuk bayar RM5.00. Nak cari parking dalam hospital susahla..

Jumpa doktor, dia tanye apa cite kakak lepas appointment lepas. Aku pun reportla 2 kali demam, sekali telinga dia keluar liquid. Bila doktor check tonsil kakak masih tak de perubahan. So Doktor decide kena operation. Terkejut sekejap mama dengan papa. Tengok muka kakak dia dah buat muka sedih. Tanye doktor bila? Doktor kata this year sambil keluarkan buku schedule operation. So kakak akan menjalani operation pada 21 Julai 2010. 16 Julai ada appointment lagi untuk clerking, 20 masuk hospital, operate 21 dan kalau semuanya ok 22 Julai dah boleh discharge.

Harap2 semuanya okay.Tapi untuk kebaikan masa depan mama dengan papa setuju operation dibuat. Cuma kesian kat kakak. Bila doktor kata operate air mata dia meleleh susah hati member. Tapi bila kata nanti masuk hospital duduk kat ward pediatrik ada mainan, ada library baru dia ceria semula. Cuma yang risau doktor dah cakap apa akan jadi lepas operate. Sebab kakak masih kanak2, doktor tak akan jahit so nanti akan keluar lendir darah dsb. tu yang agak seriau sikit. Apa pun kena lalui jugak.

Malam rabu mama pulak kena gastrik. Agak teruk gak la malam tu kena. Tu yang esok pagi2 dah pergi klinik. doktor bagi mc satu hari. Nak ikutkan malas nak mc sebab ada projek presentation. Tapi memang tak larat sampai nak makan pun tak boleh pagi tu. Lepas makan ubat baru reda. ni pun masih sakit lagi. baru nak baik sikit2.

No comments:

Post a Comment