Saturday, August 31, 2013

progress rumah setakat 31 ogos 2013

Hari ni saya dan hubby ke rumah sharafi atas undangan open house. Sedap makan bubur pedas, nasi putih dan berulam. Betambah2 makan. Lepas tu singgah semariang untuk melihat progress rumah. So inilah progress cuma kena monitor selalu. Kalau ada yang nak complain dgn developer.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, August 29, 2013

cerita open house kami

Hari selasa 27 ogos i berkesempatan buat open house untuk kawan-kawan dan student. Open house start pukul 11 am. Menu yang dimasak ialah sup tulang, me rebus, nasi paprik, sotonayam, ketupat dan rendang, kuih lopes, choclate brownies, satay, karipap dan samosa.

Tq pada yang sudi datang. Tq untuk mak yang tlg masakkan rendang dan ketupat, mak itam yang bagi biskut dan brownies yang sangat sedap. Ramai yang datang ke open house kami....gambar menu yang dihidang lupa pulak nak snap, nama pun dah sibuk. Tema makanan ialah masakan dari johor..so mengangkut barang dari jb. Beli 130 kg luggage bila naik airasia


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, August 28, 2013

Cerita raya lagi

Hari Ahad kami semua ke yong peng untuk beraya di rumah cik hamid. Sambil tu menziarah kubur ayah. Lepas beraya di parit tengah ke linau pulak beraya di rumah wak saripah. Memang best makan biskut dan kerepek raya. Lepas linau ke rumah cik mah pulak.

Sebelum nak pergi telefon cik mah dulu. Sampai cik mah hidang mee goreng. Sedapnya. Dan yang paling best ada rezeki makan durian bila ada durian gugur. Rezeki hubby yang suka makan durian. Rambutan pun ada. Lepas tu terus balik jb dengan keletihan tapi puas. Balik jb siapkan kerja menganyam ketupat. Cadangnya nak buat open house hari selasa lepas balik jb


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beraya di Jb

Tahun ni alhamdulilah dapat beraya di jb walaupun turn kuching. Cuma masa yang singkat. Flight blk jb hari sabtu 24 ogos 2013. Flight berlepas dari kuching pukul 6.05 am. Sampai jb awal. Yati dah tunggu. Sampai jb pergi kafetedia noor untuk breakfast baru balik rumah. Malam tu turn marhaban kat rumah mak.

Petang kami menerima kunjungan rahim classmate kami husband and wife masa form 6 di ec. Maklong, busu, kak long diah, mak itam dan syapie, serta makcik ada masa marhaban berlangsung.

Menu marhaban malam tu sup tulang, mee bandung, kek lapis, brownies dan kuih muih. Seronok sangat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, August 13, 2013

Progress rumah setakat 13 ogos 2013

Tadi menjenguk progres rumah. Setakat ni bumbung dah ada. Tgl nak plaster bahagian atas je lagi. Pagar pun dah buat cuma besi tak pasang lagi. Tak sabar nak tunggu rumah siap dan nak masuk rumah baru. Nak mulakan rutin hidup baru.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 11, 2013

sambutan raya aidilfitri

Raya keempat sempat pergi beraya 3 buah rumah. Rumah bos papa, pn zura, umah kak isja dan umah usu melati.  Usu celebrate birthday tikah sekali.  Memang kekenyangan semalam. Umah pn zura makan nasi dagang, umah isja makan nasi ayam dengan laksa sarawak. Rumah usu pun makan nasi juagak.

Balik rumah ingat malam nak sambung beraya lagi tapi dah larat. Penangan buat open house second day raya masih terasa. Lupa nak snap gambar masa open house. Dah sibuk jadi chef hari tu. Alhamdulilah ramai yang datang. Sampai malam masih ada tetamu. Seronok bila jumpa kawan-kawan. Jumpa kak dayang yang dah lama tak jumpa. Cuma masa siang tu tak jenguk kedepan sebab sibuk menjala roti jala didapur. Alhamdulilah semua menu yang dirancang menjadi.


Raya ketiga kwn2 hubby datang lps tu pg rumah big boss hubby di hillside. Seronok gak berkonvoi 3 kereta. Lepas tu ke rumah nazri dan umah mas kawan hubby. Makan mee hoon belacan dan mee rebus. Kakak dengan sara bertambah2 makan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum semua... Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut aidilfitri maaf zahir batin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, August 6, 2013

Raya preparation

Hari ni cuti. Mula2 mcm tak nak amik cuti. Tapi since banyak keje yang nak dibuat decide cuti last minute.sekarang ni kat car wash batu 15. Sementara tgu hubby balik keje, kemas umah dengan amik barang nak bawak ke rumah mil. Lepas ni nak amik bunga, lemang dengan baju raya.

Hari ni tak payah masak untuk esok. Sebab second day raya baru buat open house. Menu dah rancang. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan nak melaksanakannya. Tahun ni beraya di kuching. Tapi akan balik jb 3hari 24  ogos nanti. Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin dari kami di kuching. Buat adik beradik dan mak serta keluarga insyaallah kita jumpa bila saya dan keluarga terbang ke jb nanti.

Inshaallah kalau tahun depan dah pindah umah sendiri nak ajak semua keluarga beraya di kuching. Masih dalam perancangan...atau kami balik jb tahun depan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, August 3, 2013

Bye bye Mak U

Semalam hantar mak u balik jb. Flight yati 7 lebih malam. Pukul tiga dah keluar umah sebab takut jalan jem. Nak singgah batu 7 beli ikan terubuk panggang. Anak-anak sedih gak sebab mak u dah nak balik. Balik umah semalam naik tangga tiba-tiba sara cakap.. Mama rasa macam mak u ada kat umah... Hehe yaya teringat mak u... Lawak betul yaya ni.

Balik dari airport ingat nak berbuka di kuching central. Otw nampak ada buffet ramadhan kat mass cafe... So singgahlah dan buat reservation. Nasib ada tempat kosong lagi. Dah fully book lepas tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4