Wednesday, March 30, 2011

Batrisyia dan Qaisara





baru nak update blog. Minggu lepas dapat call dari cikgu Batrisyia.. Telinga dia berdarah. mama pulak tak boleh nak kuar sebab ada urgent meeting dengan Timbalan Pengarah dan penutupan kursus coaching and mentoring. Call papa ingat papa boleh keluar tapi papa pun tak boleh sebab kena escort.

Petang balik tengok tudung dia ada kesan darah. Takut jugak sebab telinga kakak masa operation doktor masukkan tiub. Petang pergi klinik SIA di batu 10. Doctor tak dapat tengok sebab ada wax dan darah beku bahagian telinga yang berdarah. Cuma telinga sebelah nampak ada tiub. So doktor cuba keluarkan tapi tak boleh. Dr takut sebab tiub tu menyebabkan infection yang menyebabkan telinga berdarah. Bila tak boleh buat apa2, dr suruh pergi emergency gak malam tu.

memandangkan dah pukul 9.00 malam kami dah tak larat nak pergi. Ambil keputusan nak pergi ENT hari isnin. Tcha pun kata tak ada rasa sakit.So balik rumah je. Weekend hari sabtu pergi Asajaya. Pergi cari ikan fresh. Dapat ikan terubuk, ikan perang (buat umai), kepah, ketam, udang, ikan lumek, nenas samarahan dan macam2 lagi. penuh bonet kete. Kira berbaloi sebab harga murah.Ahad pergi Pameran BTS di Borneo Convention Centre. Cari ilham decoration untuk rumah. Kitchen kabinet, auto gate, wall paper dan macam2 lagi. Memang best bila buat survey. Tinggal nak siapkan budget je lagi. So papa apa lagi?

Isnin pergi Hospital jumpa ENT. Doktor kata telinga kakak ok cuma dia kata takut membran dia cedera je. Suruh jaga macam biasa. semalam, Sara pulak start demam. Pukul 11.00 mak mentua call bagitau badan Sara panas. Keluar dari opis amik Tcha terus bawak Sara pergi Hospital Normah. Check temperature 39.1. Doktor kata panas dah. Check tekak nampak merah dan kena jangkitan. Takut gak sejarah tonsil kakak berulang pada Sara. So kena masuk ubat kat bontot. Nasib dia tak menangis, bila nurse dah masukkan baru dia sedar kalau tak susah gak. Doktor bagitau kena start antibiotik sebab infection tu...

harap2 semuanya ok la lepas ni. Tapi malam tadi badan sara panas balik. bangun pukul 2 pagi bagi makan ubat dan lap badan dengan towel basah. tapi pagi ni pukul 5.30 dah bangun bising mulut dia bercakap. Kot2 demam nak pandai cakap ke adik? Tak henti2 mulut dia cakap macam anak burung....

Sunday, March 20, 2011

KUANTAN



Bengkel Mock Audit kali ni diadakan di POLISAS. So kali ni check in di Vistana Kuantan. Memang letih sebab jadual full. tapi yang best dapat beli buku ni. So dah tercapai angan2 nak beli buku ni.Balik Kuching dah pukul 12 lebih malam. Terus gi klinik temankan hubby sebab kena food poisoning. Kena inject sebab dia kena muntah2 dan cirit birit yang teruk. esoknya dia dapat mc.

Sabtu pagi bawak kakak dan adik gunting rambut kat HOPOH. tu je aktiviti hujung minggu. Nak spent masa baca buku yang baru dibeli.

Sunday, March 13, 2011

SURPRISE BIRTHDAY CELEBRATION FOR MIL





Sabtu lepas, hubby dan sis dia buat surprise birthday for MIL. kali ni buat kat Baba Ganoush di Pending. Actually birthday mak 7 mac. Disebabkan masa ni kami di Sabah so kami buat pada hari sabtu baru ni.

Lunch di baba Ganoush, kami jemput semua adik beradik mak. Dapat buat di private room. Mama dengan Papa pergi buat reservation dan menu untuk hari tu.tapi bil SIL yang bayar.(ha3) Cakap dengan Tcha jangan bagitau nenek sebab ni surprise party. Tapi kakak tak leh simpan rahsia. Sebab dia pun ikut masa kami buat reservation. Terpaksalah hubby cakap buat untuk sekolah mama bila dia bukak cerita dengan nenek dia.

Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancangkan. Mama pulak pagi tu ada kelas ganti dalam pukul 11.15 baru habis. Papa dah call sebab dia tunggu kat umah. janji start pukul 12.00. Mama nak singgah Mita beli kek. Sebab tak dan nak oder dengan Anor. Nasib baik ada ice cream cake. Mama pilih Mix Berry. Sedap.. licin kek tu.. Bila semua dah datang, wa pun baca doa. Lepas tu majlis potong kek dan kami pun makan2. Kiranya majlis kecilan untuk family.

Lepas tu, Mintak mak bagi goodies bag untuk tetamu. Semestinya barang yang mama beli di sabah. ada cenderahati, teh sabah, kopi tenom, belacan papar, gelang kristal, brooch dan butang baju melayu..Bukan apa untuk suka2 je...balik dari baba Ganoush, kami pun balik umah jel.. keletihan.. memang lepak seminggu...Minggu depan kena pergi bengkel Mock Audit di Kuantan pulak.. Travel lagi...

LAST DAY DI SABAH


Hari ni last day diSabah, sebelum balik Kuching pukul 9.00 malam.Pagi2 bangun sara dah demam. So bila demam dia akan merengek2 nak minta dukung je. Bagi makan ubat demam surut sekejap panas dia. So Papa tapau je McDonald untuk breakfast pagi tu.

tengahari keluar makan kat centrepoint dan last minute shopping di pasar Philipine. Balik kemas barang dalam kul 6.00 don datang amik ke aport. nasib jugak keluar awal sebab jalan jam sebab orang balik kerja tambahan pulak hari hujan. sampai aport web check-in dan drop bag, so kami ke tingkat 2 makan KFC. Tak bestnya KFC tak de cili sos habis stok katanya.

kali ni nasib baik ada bawak stroller sara. Disebabkan dia demam dia lemah je duduk dalam stroller. Badan dia memang panas. Risau rasanya. Ingatkan sampai Kuching kalau badan dia panas lagi nak bawak gi Normah. Lama tunggu flight. dalam kul 9.05 baru kami dipanggil masuk. Lepas tu ada dalam sejam kena tunggu dalam flight sebab ada masalah lampu landing flight tu. Dah la mama kena jaga dua orang kecik ni. sebab papa seat dia kat depan. kakak pulak naik je terus tido. Berdengkur punyalah kuat. rasanya satu flight boleh dengar dengkur dia.Berapa kali betulkan kepala dia suruh tido mengiring.. sara pulak demam. Panas badan dia. walaupun lambat berlepas, tapi sejam je kami dah sampai Kuching. Memang laju pilot drive..

Sampai Kuching, mak dengan esty tunggu. adjust barang dalam kete, terus balik umah. so habislah catatan percutian kali ini ke sabah. Yang bestnya kali ni dapat bercuti ramai2 dengan family. Alhamdulilah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Syukur atas kurniaMU Ya ALLAH...

SABAH DAY 5




Hari ni sebelum subuh dah bangun, sebab family JB nak balik dah. Kami stay satu lagi malam di KK. Flight diorang pukul 6.55 am. So pukul 4 pagi dah bangun. janji dengan Don paling lewat kul 5 mesti dah ambil untuk ke aport. Tunggu punya tunggu don tak datang. terpaksa call rupanya baru bangun tido. Buat suspen je don ni.. Nasib sempat. sebab aport dengan marina court tak jauh.

Sedihla sebab percutian dah berakhir. Ada rezeki nanti pergi cuti lagi.. kali ni kat langkawi bulan September pulak.Kakak sedih bila nenek sibah, mak uda dan lacik nak balik.

Lepas orang jb balik, kami anak beranak berjalan sekitar Marina Court je. Pagi gi breakfast kat kedai di Api2 centre. Lepas tu layankan kakak nak main kat playground.tengahari lunch kat centre point. nasi Campur dia memang best sebab banyak lauk. dan kakak ajak main kat palm court.. main kete2 tu.. Balik dia ajak mandi kolam. So itu la aktiviti.. disebabkan hujan petang tu, maka tak lama lah budak2 ni mandi kolam... itu pun sampai kecut2 tangan tapi tak nak naik lagi.

malam, kawan hubby belanja makan seafood kat area kg Air. Yang paling mama suka makan siput tarik ke nama dia...

SABAH DAY 4





Hari keempat di sabah kami ke Tamu, 1Borneo dan last minute shopping di Pasar philipine. Best berjalan di Tamu. Ini first time dapat berjalan ke Tamu.Best dan memang berbeza dengan pasar minggu di Kuching. Kat tamu tak ada jual ikan, kebanyakannya jual sayur dan cenderahati barang-barang sabah.

Kat sini sakan shopping beli t-shirt, key chain yang ni tcha request sebab nak bagi kawan2 dia kat taski. Beli gak cenderahati untuk goodies bag birthday MIL. Lepas tu kami gerak ke 1Borneo. Tak ada apa ingat nak shopping kat sini sebab dah biasa dengan shopping complex kalau balik JB. Tapi kat sini kami lunch.. makan nasi campur.. boleh tahan gak lauknya. dan terjumpa kedai Kaison yang ada macam2 benda menarik yang mama nak guna masa nak buat birthday sara yang lepas. Memang best.. lama dalam kedai ni dengan mak uda. Kalau ada rezeki nak datang lagi sebab nak beli barang rumah nanti..insyaallah

Disebabkan masa tak cukup, kami terus pergi pasar philipine. Ingat nak pergi UMS tapi tak sempat.. Mak nak beli kuih cincin, amplang dan ole-ole untuk dibawak balik.Kat pasar philipine beli ikan bakar, sotong bakar dan bahan nak buat tom yum. So balik apartment masak sendiri.. sementara mama masak, anak2 dan mak dan pak sedara diorang bawak gi swimming pool. Apalagi tcha dengan sara mandi sampai tak nak naik. Dari hari datang lagi dia ajak mandi kolam. Disebabkan aktiviti penuh last day mak dan pak sedara diorang baru bawak mandi..

balik makan dan adik2 lain sambung gi pasar malam. Lepas anak2 tido dalam kul 9.00, mama dengan papa keluar pergi pasar malam beli barang yang tak cukup untuk goodies bag. Jumpa adik2 kat pasar philipine minum ABC. makan Bakso campur.. sedap gak..

Thursday, March 10, 2011

SABAH DAY 3










Hari ketiga di Sabah, kami travel ke Kinabalu Park, Kundasang, dan Ranau. Kali ni destinasi kami singgah ke jambatan Tamparuli untuk sesi bergambar-gambar. Kemudian terus ke Kinabalu Park. Memang rezeki kami masa on the way perjalanan nampak clear puncak gunung kinabalu. memang cantik sangat dan kagum sebab kali ni keadaan belum berkabus lagi.

Masa sampai Kinabalu Park punye lah sejuk keadaan disana. tak payah pasang air cond sebab cuaca kat luar dah sejuk macam aircond... Amik gambar sambil tengok Orang yang nak start mendaki. kagum melihat orang-orang yang mengangkat barang untuk naik gunung Kinabalu... Ada perempuan gak..

Lepas tu, kami singgah di War Memorial untuk tengok keadaan disana. Sebab dah berapa kali datang Kundasang belum berkesempatan masuk ke sana. Papa beli benih bunga. katanya nak tanam untuk rumah nanti. Lepas tu terus bertolak ke Poring. Kat sini kami berhenti bukak bekal sambil anak2 mandi kolam air panas. Kali ni mak masak bekal nasi putih, lauk asam pedas ikan pari, sambal tumis ikan bilis, bihun goreng, dan rendang daging.

Disebabkan kesuntukan masa kami tak boleh lama di Poring. Destinasi seterusnya di Ladang teh sabah. Beli Teh sabah untuk diberi sebagai gift birthday MIL. Kat sini amik2 gambar lepas tu pergi Tagal di Sungai Moroli untuk tengok ikan dan bagi ikan makan. kali ni steady sebab sebelum ni dah pernah try. Best sebab ikan dia besar2. Lepas tu kami singgah di kedai sayur untuk beli sayur. Kemestian mencari asparagus. Cari sabah Vege tak de pulak, beli strawberry dan sayur sikit. Lepas tu kami terus bertolak balik Ke Kota Kinabalu.

Lebih kurang pukul 6 lebih kami sampai di Kota Kinabalu. balik apartment lepas letak barang family lain pergi pasar philipine. Mama tak ikut sebab dua orang kecik tu dah kepenatan. Lebih2 lagi Tcha. So masak sup sayur yang dibeli di Kundasang tadi dan panaskan nasi dengan lauk yang ada. Sedapnya makan sayur sebab fresh kot. Tak payah letak rencah apa2 cuma tumis bawang je. manis, sedap, enak dimakan. yang bestnya letak macam2 jenis cendawan..

So ini saje catatan untuk hari ketiga di Sabah.. sambung lagi nanti.

Tuesday, March 8, 2011

SABAH DAY 2










Hari kedua di Sabah kami pergi menjelajah ke Pulau-pulau. Dapat contact dari Don yang ada kawan yang memang bawa bot utk pelancong ke Pulau2. Agak berbaloi sebab kami sewa satu bot yang hanya bawak kami sekeluarga untuk pergi Pulau Mamutik, Manukan dan Sapi.

Ya Allah cantik betul pemandangan pulau2 ciptaanMu... Kami naik bot dari jetty di Pasar Ikan. En Jasli tunggu kat sana. First time naik bot meredah laut China Selatan. Memang suspen mulanya sebab semua tak pernah ada pengalaman. kakak pada mulanya takut tapi lama2 seronok. kami semua ada 11 orang dalam bot tu. Driver bot jasli memang boleh jadi guide yang bagus dan ada banyak pengalaman.

Pulau pertama mamutik, kami tak mandi kat sini. Cuma meninjau ikan2 dan aktiviti yang ada. tak lama, dalam setengah jam stop kat sini sebab nak pergi Manukan pulak. Sampai manukan barulah mandi dan snorkelling.lama gak stop kat sini. fasilities di Manukan memang lengkap dan pemandangan dia cantik. Kiki, Aus, yati (2), dayah snorkelling. mama tak, cuma mandi laut je. Dah nama pemankut air + tak pandai berenang.. Anak2 main kat gigi air je sebab takut. (tu mula2) lepas tu berani dah.

Habis mandi kami pergi ke Pulau Sapi pulak dengan baju basah2 naik bot. Sebab driver bot kata tak payah tukar baju. Pergi pulau Sapi memang cantik ikan2 dan coral dia. Kat sini kitorang bukak bekal. Mak masak nasi lemak dan makan roti. Bekalan memang masak sendiri sebab tu request apartment yang ada dapur dan boleh masak.

kat pulau sapi ni banyak biawak yang besar2 macam komodo pulak. tu yang tak berani duduk dengan hutan. Aktiviti wajib ambik gambar dan posing2... macam2 gaya.. dah settle semua, kami pun berangkat balik ke Jetty.

Dalam perjalanan balik ni kami merasai pengalaman yang mencemaskan bila tiba2 enjin bot yang kami naik mati kat tengah2 laut. Ya Allah cuaknya rasa time tu.. rasanya time ni muka dah pucat. Cepat2 mama suruh semua pakai life jacket. Bila sesekali air beralun bot kami bergoyang2. tengok bawah gelap tak nampak apa maklumlah air tu dalam sangat. Dah la tak pandai berenang. Tanya dengan jasli kenapa? dia kata mungkin enjin tersangkut sampah. Dia tengok2 tak de pulak sampah.. ada dalam 5 minit dia cari punca.

Last2 dia kata mungkin masuk pasir. so dia korek dengan cable tight. cuba punya cuba baru enjin boleh hidup. Semua dah senyap dalam bot kalau tak sebelum tu riuh je. Alhamdulilah kami semua selamat sampai ke Jetty. Nasib jugak sebab driver bot cekap dan dapat atasi problem tu... memang bersyukur sangat..

balik ke apartment jalan kaki dari pasar ikan... rehat2 kejap petang ronda2 pasar philipine dan pasar malam sinsuran.

Sedang berjalan, Don call tanya nak pergi Tanjung Aru Tengok sun set tak. kami pun set pergi Tanjung Aru.. Dinner kat situ sambil tengok bekas2 sunset yang masih ada. sebab dah terlambat. tapi pemandangannya memang cantik. Sebelum balik mintak Don singgah kat food court utk beli sotong2 dan jajan. Then balik apartment. Adik2 yang lain sambung lagi meronda kat pasar malam. Mama dengan anak2 tak ikut sebab dah tak larat dah. Sebab esok nak travel pergi Kundasang pulak...

SABAH DAY1


3 Mac yang lepas, kami sekeluarga bertolak ke Kota Kinabalu dalam misi cuti2 msia. Flight KCH-KK pukul 6.10 am. So pepagi dah bangun bersiap dan bertolak ke KKIA. Anak2 senang pulak nak bangun sebab excited dah kot terutamanya kakak.

Sara selagi tak naik flight, mulut dia bising nak naik airoplane... Dalam flight dua-dua tak tido. makan nasi ayam, mintak beli air la, beli cenderamata airasia la... so papa la yang layan diorang..

Sampai Kota Kinabalu menanti driver amik untuk check in di Marina Court Apartment.Nasib kami dibenarkan check in awal dapatlah berehat2 dulu sebelum agenda seterusnya.

Petang keluar pergi centrepoint, jalan2 kat pasar philipine sementara menunggu family jb sampai pukul 8.30 malam. Masa ambik family kat airport tak ikut sebab kakak dah tido, sara sorang yang ikut..itupun dalam van sara dah tido. Sedang mama menunggu diorang sampai apartment, tiba2 blackout pulak apartment. menjajau cari handphone sebab gelap. Call hubby bagitau kat dia dan suruh inform kat Don. Rupanya blok kami yang problem.

Masa orang JB sampai bergelaplah kami duduk berlonggok kat ruang tamu. malam tu makan ikan bakar dan lauk yang mak bawak dalam gelap. Kira candle light dinner la malam tu. nak dekat pukul 11 lebih baru ada elektrik. Lepas tu apa lagi aktiviti memunggah barang yang dibawa. sembang2 dan tido untuk start hari baru keesokan paginya

Tuesday, March 1, 2011

ALHAMDULILAH

Pagi ni dapat satu berita yang menggembirakan... Alhamdulilah....semoga semuanya berjalan lancar.

Esok kami sekeluarga akan bercuti ke Sabah.. Kali ke4 ke sabah buat mama. Semua plan dah atur, booking2 semua dah confirm. So, esok flight pagi dan akan berjumpa family dari jb malam esok sebab flight diorang pukul 6 petang.

jom cuti