Sunday, March 13, 2011

SABAH DAY 4





Hari keempat di sabah kami ke Tamu, 1Borneo dan last minute shopping di Pasar philipine. Best berjalan di Tamu. Ini first time dapat berjalan ke Tamu.Best dan memang berbeza dengan pasar minggu di Kuching. Kat tamu tak ada jual ikan, kebanyakannya jual sayur dan cenderahati barang-barang sabah.

Kat sini sakan shopping beli t-shirt, key chain yang ni tcha request sebab nak bagi kawan2 dia kat taski. Beli gak cenderahati untuk goodies bag birthday MIL. Lepas tu kami gerak ke 1Borneo. Tak ada apa ingat nak shopping kat sini sebab dah biasa dengan shopping complex kalau balik JB. Tapi kat sini kami lunch.. makan nasi campur.. boleh tahan gak lauknya. dan terjumpa kedai Kaison yang ada macam2 benda menarik yang mama nak guna masa nak buat birthday sara yang lepas. Memang best.. lama dalam kedai ni dengan mak uda. Kalau ada rezeki nak datang lagi sebab nak beli barang rumah nanti..insyaallah

Disebabkan masa tak cukup, kami terus pergi pasar philipine. Ingat nak pergi UMS tapi tak sempat.. Mak nak beli kuih cincin, amplang dan ole-ole untuk dibawak balik.Kat pasar philipine beli ikan bakar, sotong bakar dan bahan nak buat tom yum. So balik apartment masak sendiri.. sementara mama masak, anak2 dan mak dan pak sedara diorang bawak gi swimming pool. Apalagi tcha dengan sara mandi sampai tak nak naik. Dari hari datang lagi dia ajak mandi kolam. Disebabkan aktiviti penuh last day mak dan pak sedara diorang baru bawak mandi..

balik makan dan adik2 lain sambung gi pasar malam. Lepas anak2 tido dalam kul 9.00, mama dengan papa keluar pergi pasar malam beli barang yang tak cukup untuk goodies bag. Jumpa adik2 kat pasar philipine minum ABC. makan Bakso campur.. sedap gak..

No comments:

Post a Comment