Wednesday, March 30, 2011

Batrisyia dan Qaisara





baru nak update blog. Minggu lepas dapat call dari cikgu Batrisyia.. Telinga dia berdarah. mama pulak tak boleh nak kuar sebab ada urgent meeting dengan Timbalan Pengarah dan penutupan kursus coaching and mentoring. Call papa ingat papa boleh keluar tapi papa pun tak boleh sebab kena escort.

Petang balik tengok tudung dia ada kesan darah. Takut jugak sebab telinga kakak masa operation doktor masukkan tiub. Petang pergi klinik SIA di batu 10. Doctor tak dapat tengok sebab ada wax dan darah beku bahagian telinga yang berdarah. Cuma telinga sebelah nampak ada tiub. So doktor cuba keluarkan tapi tak boleh. Dr takut sebab tiub tu menyebabkan infection yang menyebabkan telinga berdarah. Bila tak boleh buat apa2, dr suruh pergi emergency gak malam tu.

memandangkan dah pukul 9.00 malam kami dah tak larat nak pergi. Ambil keputusan nak pergi ENT hari isnin. Tcha pun kata tak ada rasa sakit.So balik rumah je. Weekend hari sabtu pergi Asajaya. Pergi cari ikan fresh. Dapat ikan terubuk, ikan perang (buat umai), kepah, ketam, udang, ikan lumek, nenas samarahan dan macam2 lagi. penuh bonet kete. Kira berbaloi sebab harga murah.Ahad pergi Pameran BTS di Borneo Convention Centre. Cari ilham decoration untuk rumah. Kitchen kabinet, auto gate, wall paper dan macam2 lagi. Memang best bila buat survey. Tinggal nak siapkan budget je lagi. So papa apa lagi?

Isnin pergi Hospital jumpa ENT. Doktor kata telinga kakak ok cuma dia kata takut membran dia cedera je. Suruh jaga macam biasa. semalam, Sara pulak start demam. Pukul 11.00 mak mentua call bagitau badan Sara panas. Keluar dari opis amik Tcha terus bawak Sara pergi Hospital Normah. Check temperature 39.1. Doktor kata panas dah. Check tekak nampak merah dan kena jangkitan. Takut gak sejarah tonsil kakak berulang pada Sara. So kena masuk ubat kat bontot. Nasib dia tak menangis, bila nurse dah masukkan baru dia sedar kalau tak susah gak. Doktor bagitau kena start antibiotik sebab infection tu...

harap2 semuanya ok la lepas ni. Tapi malam tadi badan sara panas balik. bangun pukul 2 pagi bagi makan ubat dan lap badan dengan towel basah. tapi pagi ni pukul 5.30 dah bangun bising mulut dia bercakap. Kot2 demam nak pandai cakap ke adik? Tak henti2 mulut dia cakap macam anak burung....

No comments:

Post a Comment