Monday, October 18, 2010

WEDDING HAMSAN @ SINGAPORE









8 Oktober yang lepas balik jb sebab nak attend wedding hamsan di Singapore. Yang balik mama, mak uda, mak, batrisyia dan qaisara. Papa tinggal kat Kuching. Kitaorang pergi kejap je weekend tu sebab ahad flight balik Kuching. Isnin mama terbang lagi ke KL attend Bengkel Jaminan Qualiti.

Sampai Jb dah lewat malam sebab flight kitaorang delay. Ni yang leceh.. Sampai airport terus pergi dataran Bandaraya makan steamboat dgn bakso. Sampai umah dah nak dekat pukul 1. sembang punya sembang mak ngah sampai dalam kul 3 lebih lepas tu mak lang and family. pagi breakfast lepas tu bertolak gi Singapore dalam kul sembilan lebih.

Punyalah jammed jalan nak masuk singapore. mana taknya nak cop paspot yang berejam. sampai umah mak andak tolong settle doorgift lepas tu pergi marsiling amik kiki, zai dengan dayah. makan tulang dah jadi kemestian kalau gi marsiling. Lepas tu balik bersiap nak hantar hamsan nikah. sebab ahad bila bersanding tak dapat ikut sebab dah nak balik jb.

wedding hamsan sweet, simple tapi meriah. memang bestlah kiranya. malam lepas balaik dari Ang Mo Kio hub balik umah mak andak jap terus check ini kat hotel. pepagi lagi esoknya batrisyia dan qaisara dah bangun. Nak mandi kolam katanya. Kakak dengan Sara tak nak naik mandi kolam. nasib ada safwan dengan anak2 busu melayankan diorang mandi. Nak harap mama lambat cerita.

Dalam kul 10 kitaorang gerak pergi umah mak andak. makan2 tengok pengantin nak gi umah perempuan, amik2 gambar lepas tu balik JB. Thanks organiser ada special doorgift lagi. so enjooy the pictures.

Thursday, October 7, 2010

TERBANG LAGI

Hari ni dah 8 Oktober 2010. Cepatnya masa berlalu. Petang ni kami sekeluarga kecuali papa dan esty akan terbang lagi ke JB. naik Airasia kali ni. Esok akan masuk Singapore attend wedding Hamsan. Cousin mama anak mak Andak. Batrisyia biasa la excited membilang hari nak masuk Singapore. Kali ni bawak Nek Bi sekali. sibuk cakap kat nenek dia nak belanja makan tulang..

Semalam bawak anak2 berdua ni pergi check up kat klinik Gita. Punyalah ramai orang sampai terpaksa menunggu 30 number. kakak just timbang berat. Adik kena injection JE dos 1. Meronta2 adik nampak nurse pegang injection. Terpaksalah mama pegang kuat2. Meraung kuat gak suara dia. tapi sekejap je. So malam semalam badan dia dedah macam nak panas. Start kasi ubat demam. kakak pulak selsema dan batuk. Semalam kakak muntah kat sekolah. cikgu tukarkan baju spare. Itu yang terkejut masa amik dia. Dia pakai baju kurung. selalu baju dia pakai dengan seluar.

Esok insyaallah pagi kami akan bertolak ke Bishan. nak masuk pagi sebab takut jammed jalan. lagipun nak window shopping kat marsiling dengan ang mo kio hub. Ahad dah nak balik semula jb sebab kul 6 petang flight kami balik kuching.

Cerita pasal Isnin pulak, minggu depan travel lagi. kali ni kena attend Bengkel jaminan kualiti kat Pearl International Hotel, KL. Seminggu tak masuk opis minggu depan. Alamak kelas terpaksa ganti lagi.. dah la nak kejar silibus ni. Exam dah nak dekat ni..

more updates lepas balik dari Kl. Insyaallah..

Tuesday, October 5, 2010

OPEN HOUSE RAYA




Sabtu yang lepas, mama buat open house untuk kawan-kawan mak uda dari UNIMAS. So dari pagi tu sibuklah kami masak memasak. Dalam pukul 1 kawan2 yati datang. Menu hari tu ialah Soto ayam, daging goreng dengan kuah kacang.

Petang prepare untuk potluck jamuan raya. Masak pasta goreng dengan roti jala cicah kari ayam. Punyalah letih menjala. tak habis2 rasanya.. nasib yati ada tolong habiskan menjala. Kebetulan kawan lama mama datang dari semenanjung. Norhafida kawan kat UiTM dulu datang kuching. Kebetulan pakcik dia pun tinggal di kuartes yang sama. Agaknya nak dekat sepuluh tahun tak jumpa. Macam2 cerita borak.. maklumlah dah lama tak jumpa.

Lepas jamu fida and family kat umah, kami pun turun kat khemah pergi potluck raya la pulak. Ahad pagi pergi Serikin dengan Yati. nak beli barang yang mak pesan. balik singgah Satok beli lauk untuk masak. Malam tu lepak tak jadi balik umah mak. So isnin pagi kul 5.15 baru keluar balik umah mak dan terus gi office..

Minggu ni banyak kerja nak settle. Audit... tapi dah settle sebab tadi mama orang first yang di audit. Alhamdulilah..