Thursday, October 7, 2010

TERBANG LAGI

Hari ni dah 8 Oktober 2010. Cepatnya masa berlalu. Petang ni kami sekeluarga kecuali papa dan esty akan terbang lagi ke JB. naik Airasia kali ni. Esok akan masuk Singapore attend wedding Hamsan. Cousin mama anak mak Andak. Batrisyia biasa la excited membilang hari nak masuk Singapore. Kali ni bawak Nek Bi sekali. sibuk cakap kat nenek dia nak belanja makan tulang..

Semalam bawak anak2 berdua ni pergi check up kat klinik Gita. Punyalah ramai orang sampai terpaksa menunggu 30 number. kakak just timbang berat. Adik kena injection JE dos 1. Meronta2 adik nampak nurse pegang injection. Terpaksalah mama pegang kuat2. Meraung kuat gak suara dia. tapi sekejap je. So malam semalam badan dia dedah macam nak panas. Start kasi ubat demam. kakak pulak selsema dan batuk. Semalam kakak muntah kat sekolah. cikgu tukarkan baju spare. Itu yang terkejut masa amik dia. Dia pakai baju kurung. selalu baju dia pakai dengan seluar.

Esok insyaallah pagi kami akan bertolak ke Bishan. nak masuk pagi sebab takut jammed jalan. lagipun nak window shopping kat marsiling dengan ang mo kio hub. Ahad dah nak balik semula jb sebab kul 6 petang flight kami balik kuching.

Cerita pasal Isnin pulak, minggu depan travel lagi. kali ni kena attend Bengkel jaminan kualiti kat Pearl International Hotel, KL. Seminggu tak masuk opis minggu depan. Alamak kelas terpaksa ganti lagi.. dah la nak kejar silibus ni. Exam dah nak dekat ni..

more updates lepas balik dari Kl. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment