Sunday, October 23, 2011

PERLUKAH KITA SANDARKAN HARAPAN YANG TERLALU TINGGI???

Tengok tajuk pun dan seram... ha3 serius je bunyinye.. hari ni sebenarnya perasaan bercampur -campur hanya tuhan yang tahu.. tapi cuba maintain. Tahun depan Batrisyia masuk darjah satu. Dah daftar pun. Sebagai anak sulung for sure lah ini first experience kami husband and wife.. Dari dia tak pandai baca sampai sekarang alhamdulilah dia dah boleh membaca. Dia bukanlah anak yang menyusahkan malah kehadiran dia memberikan seribu kegembiraan apa lagi bila dia dilahirkan tak cukup bulan.

Asal citenye, pagi tadi hantar Batrisyia sekolah, check senarai nama layak ke sekolah Syeikh Kadir. Nama Batrisyia tak de dalam list. Maksudnya dia tak layak ke sekolah tu. Mula-mula masa check rasa sedih sebab tak dapat. Sekali terfikir Perlukah aku letakkan harapan yang tinggi untuk anak ini. Yelah setiap ibu bapa memang mengharapkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Rasa down je pagi ni.

Tapi bila ingat balik masa hari exam, jumlah pelajar yang datang exam punyelah beratus-ratus banyaknya kalau tak silap 800 orang. Calon yang nak amik untuk isi kuota cumalah 210 orang. Itu pun 105 lelaki dan 105 perempuan. So sebagai mama tak perlulah nak pressure anak yang sorang tu.. Kesian anak-anak sekarang stress dibuatnya bagi memenuhi hasrat dan impian sang ibu bapa. Cuma dalam hati berkata, Ya Allah mungkin ada yang lebih baik dari ini. So mama pun redhalah dan tak fikir hal ni lagi...

Call papa bagitau masa tengah drive otw ke office, papa macam sedih je sebab dia takut anak dia sedih. Dia tak tanya mama pun, cuma dia risau anak dia. Tanya "Kakak macam mana?"

So sekolah mana pun sama. tak kisahlah.. yang penting kakak boleh membanggakan kami suatu hari nanti...

Monday, October 10, 2011

Langkawi





Setelah 2 malam di Penang, kami semua bertolak ke Langkawi. First time sampai ke Langkawi. Memang excited. Especially target nak shopping coklat dan pinggan mangkuk. Amy (driver van)diPenang hantar ke airport dalam pukul 10 pagi. Flight kul 1.00.
Masa makan diairport, terserempak dengan Siti Nurhaliza. Itu pun dia laju je sebab nak boarding.

Sampai airport langkawi driver van dah tunggu untuk hantar kami ke Suria Century Apartment. Apartment dia okla berbanding dengan desa Pelangi Condo. Siap ada breakfast untuk 6 orang lagi. Petang tu tak de aktiviti. Ingat nak sewa kereta. Tapi bila call driver untk bawak pusing jap dengan extra bayaran, kami pun dapatlah pergi Pantai Cenang, Idaman Suri, Hj Ismail Group dan pasar malam. Tour yang lain on the second day.

Dah start survey pinggan mangkuk. kat Idaman Suri cantik2 dia punya Pinggan mangkuk.Target beli Tefal, mangkuk hidang, macam2 lagi. tapi beli sikit dulu sebab hari kedua akan pergi lagi.

Keesokannya, selepas bersarapan mulakan tour ke Langkawi. Mula-mula naik cabel car. best nampak pemandangan. Cumanya keadaan pagi tu agak berkabus. Yang nervous naik cabel car masa nak naik dengan turun. Sebab cable car tu tak stop. takut tertinggal.Kat sini anak2 siap bagi makan rusa. yang bagi Kiki sebab kakak dengan adik takut.Lepas tu ke beras terbakar, underwaterworld, makam mahsuri, Pergi pekan Kuah. Ingat nak ambik gambar kat helang. Tapi sayang helang tengah renovation. tak dapat amik gambar dari depan.

Lepas tu sambung shopping kat Rams,Idaman Suri dan pergi pasar Malam. Punyalah seharian.