Tuesday, August 31, 2010

Shopping sebelum raya




Last weekend hari sabtu pergi Spring untuk cuci mata. Hari jumaat dua2 anak dara tu dah start nak demam. Tapi sabtu tu bawak je diorang jalan. Siap bawak stroller Sara lagi. Apa yang dibeli? Kebetulan tengah sale kat Parkson. Dapatlah satu handbag dengan sandal carlo Rino. Tak sangka ada promotion perfume pulak. Sambarlah satu CK tak ingat apa nama satu untuk papa satu mama punya.

Budak2 belikan baju. Kebetulan dapat baucer so berbaloi lah boleh tukar dengan baju Sara. Papa beli Sandal. Kira sakan la... Apa pun thanks untuk papa sebab belanja mama. I like.. lain kali blanje lagi ye B...

Ahad pergi salon gunting rambut anak2 dan mama. Pergi kedai biasa kat Wisma HOPOH. kedai ni tukang gunting dia pandai gunting rambut Sara. Yang best kali ni Sara dah tak takut gunting. dah boleh duduk kat kerusi siap pakai kain alas tu lagi...senyap je.. cina tu suruh tunduk dia tunduk..

Tinggal nak balik JB lagi for last minute shopping.

Isnin mama MC sebab tak sihat. Bukan apa check bloodsugar fasting 12.8 (Tinggi tu).. Check Blood presure 160/110 Fullamak.. padanlah rasa semacam je badan. So dapatlah satu hari MC. Ikutkan hari ni doktor suruh datang lagi untuk revise ubat. Selalu amik glucovance tapi sebab stok tak de dia bagi metformin dulu. Bekalan untuk 10 hari. Alamak tak boleh escape makan ubat la ni...

yang heran mata asyik gatal2 je dari Isnin. Takut je urat mata problem lak.. nntilah check..Ingatkan hari ni nak mc lagi tapi tak syok rasanya sebab isnin dah cuti. So gagahkan diri drive pergi kerja. Kete pulak macam ada problem. baru perasan macam ada minyak leaking. Esoklah baru pergi Perodua complaint + service sekali. So papa belanjalah mama nak service kete lak ni..

Isnin hantar mak uda pergi airport. Mula2 ingatkan flight dia kul 6 lebih tapi rupanya kul 7.50. so kitaorang pun berbuka kat airport. balik siap boleh singgah Green beli jeans dan seluar papa. Dalam kul 9 lebih bari sampai umah.. Fuhhh... habis aktiviti hari tu.

Semalam cuti tak kemana. Duduk umah dan kemas umah. Kemas gak barang2 yang nak dibawa balik JB. Banyak tu.. Tak pe kitaorang boleh bawak 70kg. tinggal nak amik baju kurung umah usu lagi. berapa ratus la agaknya. dah tak ingat berapa pasang hantar. kek tunggu kak ija hantar hari sabtu..

Mood kerja pun dah takde.. mood nak balik kampung je ni.. Mak uda seat belakang avanza tu kena lipat. barang banyak...

Thursday, August 26, 2010

RAMADHAN HARI KE17




Gambar kat atas tu, papa tengah tunggu turn beli sotong bakar.

Hari ni masuk hari ke-17 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah setakat ni no problem puasa dan masih belum coti lagi.. Hari ni jugak Nuzul Al-Quran.. Maksudnya tak lama lagi dah nak raya. Sekejap je masa.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Sebab next week 5hb flight balik jb pukul 10.50 pagi dari kuching. Urusan cuti semua dah settlekan. Alhamdulilah dah approve pun. Kebetulan student pun cuti dua minggu...

Persiapan raya? Ada yang dah beli sikit2. Tapi cakap dengan hubby kita shopping kat JB. Hubby tanya nak beli kasut tak? Jawablah nak tapi nanti la tunggu balik JB. Sebab banyak tempat boleh shopping. Jusco ada, Carrefour ada, macam2 ada...

Cumanya hari ni dua orang anak dara tu dah nak start demam pulak. kakak dengan selsema dan batuknya, adik start batuk.. bunyi macam pelik. Takut kena strider macam kakak dulu. Ingatkan pagi ni nak EL bawak budak2 tu gi klinik. Hubbby kata nanti kakak tak sekolah pulak..

Bila sampai opis papa call kata kakak tak sekolah dia kata demam. Tapi rasa-rasanya semalam dia ada mengadu yang ada kawan2 dia tak nak kawan dengan dia. stress kot. Sampai dia kata Mama minggu depan kakak tak mahu sekolah kat sini lagi.. Adoii pening2. Tak tau lah sebab dianya yang sensitif atau ada kawan2 yang menyakat dia kat sekolah...

Tinggal minggu ni je lagi nak mengemas rumah dengan barang-barang nak bawak balik jb. So could be the busiest week. Umah tak kemas lagi, baju budak2 tak cari lagi.. Keje kat opis oklah dah settle slowly.. Cuma kena gubal soalan exam je lagi. Tapi tak pe due date bulan Oktober.

Semalam lepas bayar bank singgah kampung beli sotong bakar. kalau kat kuching time bulan puasa ni famous dengan sotong bakar. Cicah dengan sambal. Memang malam2 kami selalu meronda cari sotong. Kalau nak raya lagi meriah dengan lampu kelap kelip. macam pesta. Kat sini siap ada pertandingan lagi. Kebiasaannya kalau kami beraya kat Kuching, Malam raya lepas dah settle semua kami akan meronda kampung kat Satok tengok lampu raya. best...

Sebab malam raya family kitaorg tak masak beriya2. ala kadar je. Sebab first day raya selalunya pergi umah mak sedara balas dendam makan sepuasnya.. Kemestian di kuching ni ialah Satay, lemang dll. Selalunya second day baru masak sebab turn kitaorang pulak buat open house. Macam gitulah selalunya..

Tapi kalau kat umah aku kat JB, malam raya lah paling sibuk masak ketupat, rendang, sambal satay dan macam2 lagi...memang best. Favourite aku? ketupat, kuah lodeh dan sambal.. Tahun ni first day kat mana ek? maybe kat jb. Balik melaka ke? tak tau lagi..yang pasti sebelum raya ziarah kubur ayah dulu.. satu kemestian.. Boleh singgah parit raja ke Air hitam ke cari stok kerepek...

Apa pun... tak sabar nak tunggu minggu depan.. sekarang ni mood balik kampung dah mari... keje pun slow je rasa.. Petang ni ada pulak project presentation QIP students.. Hopefully projek dioarang berjaya capai objektif.. Tengok untuk 50% je pun petang ni.. So Nora dan christene, good luck for your Desa Serapi online application. dah boleh connect ke database dengan sistem u all...saya tunggu petang ni...

Sunday, August 22, 2010

CERITA WEEKEND NAN SATU






hari jumaat lepas balik kerja teringin nak makan SOTO Ayam. Papa Pun teringin gak dan dah request minggu lepasnya. So mama pun masaklah soto plus bergedil. Buat sikit je sebab tinggal kami 4 beranak je yang nak makan pun. Yati tak balik.. mak ada kat umah. so layan gambar je. Dari buka sampai ke sahur edisi marathon soto kitaorang. malam sebelum tido pun soto gak. Nak masak nasi punyalah malas. Cumanya, makan soto ni cepat kenyang sebab mungkin dia berkuah tapi cepat gak lapar.

Tu menu hari jumaat... Sabtu Papa ajak pergi berbuka puasa kat Grand Magherita. Buffet macam-macam ada. Punyelah ramai orang. So satu family pergi termasuk yati. nak ikutkan yati busy tapi sebab hantar dia semula kat UNIMAS lepas tu orait la...

Makanan memang macam2 dan banyak sampai tak larat... Boleh break kejap sembahyang maghrib dulu dan sambung semula. batrisyia memang berselera. Mula-mula makan roti canai dengan kari ayam, penutup makan sup cicah roti.. Sara macam biasa makan buah.. sampai comot2. Nasib ada bawak baju spare. Yang tak bestnya dia meragam mengantuk agaknya...

Keluar dari hotel dah pukul 8.40 malam. batrisyia nak ikut mak balik Taman Wangi Indah, Kitaorang balik umah jel... hantar yati balik terus kami balik umah.. Sara dah tido dalam kereta.. Memang kepenatan dia. Tak sedar sampai pagi.. Tapi asyik tanya je .. Kakak?....

KISAH QAISARA





Dah lama tak bercerita pasal adik.. Apa perkembangan dia sekarang? apa yang dia pandai sekarang ni... macam2 dibuatnya.. Kerja yang paling dia suka ialah mengombar barang2 terutama mainan. Satu lagi suka kalau dapat handbag mama.. habis sume barang dikeluarkannya

Dan yang menjadi kegemaran dia main bedak, losyen dan minyak rambut papa. Minggu lepas masa nak hantar kakak ke rumah mak terkejut tengok muka sara putih macam tepung komak. Rupa-rupanya mak kata habis bedak di mainnya. kalau setakat panjat memanjat memang nombor satu.

Semalam pergi Boulevard. kakak tak ikut sebab tido umah nenek. Kononnya nak pergi tengok baju. Letihla.. berlari sana sini main sana sini.. suara bukan main kuat lagi. habis patung 2 yang pakai baju tu dia tarik tangan la, kaki la... tak boleh concentrate shopping. kalau ada masa dia nak dengan mama tak nak dengan orang lain.. kalau dengan papa pun macam tu.. so tengok ar gambar gelagat sara kat atas tu

Wednesday, August 18, 2010

LEGA RASANYA

Alhamdulilah lega rasanya dah terlepas proses pencerapan dan validasi. Semuanya berjalan lancar. tunggu keputusan je lagi. kalau ada rezeki adalah... tapi penat rasanya tak hilang lagi.. penat prepare semua dokumen...dan buat lesson plan mengajar...and thanks for student DIP3/S2 for your wonderful cooperation.. Credit to you all..

Hari ni nak buka apa ek? semalam dah masak mee goreng. Ingat kalau papa tak sempat gi bazar ramadhan kena lah mama yang pergi. nak beli air tebu.. satu kemestian + air kelapa....


Papa dah request soto hujung minggu ni. dia nak makan begedil yang pentingnya....so menu weekend dah ada...Cume teringatlah puasa2 ni kat arwah ayah.. kalau ayah ada lagi mesti best.. mesti banyak idea.. bila tengok orang berjual kat bazar ramadhan teringat ayah yang gigih mencuba berniaga kat bazar ramadhan tun aminah sekali dulu. Punyalah lepak yang menyediakan. Tapi dapat upah...walau tak banyak upahla namanya.Kebetulan tahun ni Turn Raya Johor. Apa yang yang tinggal hanyalah pergi kubur arwah ayah je. Ayah dulu pernah pesan kalau nak pergi kubur jangan pergi pagi raya. pergilah sebelum raya sebab roh masih ada bulan puasa. kadang-kadang tiba2 je rasa rindu kat ayah.. sampai berdoa kalau boleh biarlah ayah datang walau dalam mimpi...

Teringat nak makan laksa johor la pulak ke laksa penang ke. Setakat ni the best laksa kat kuching ialah dirumah hijau.. memang kena dengan taste aku. Begitu jugak dengan rojak mamak dan roti boom cheese... nyum2 .. papa jom pergi u belanja..Batrisyia pun suka makan kat rumah Hijau.. kalau orang kuching bolehlah pergi rumah hijau kat area Satok...

Tak pun nak tunggu papa belanja buffet kat Banquet @ kat Grand Magherita (Macam2 ada)..ok papa?

Monday, August 16, 2010

MENU BERBUKA PUASA



Hari ni saje nak tulis pasal lauk berbuka puasa. tahun ni malas sikit pergi bazar ramadhan.lagi2 kalau beli lauk yang dah siap masak. Mungkin tak kena dengan selera kot.

So, semalam lepas balik dari opis, singgah pasar kat matang jaya. Aku memang selalu beli ikan kat tempat abg ni. sebab dia selalu bagi diskaun. Tengok2 ada dia jual Lobster 3 ekor yang besar. Disebabkan dah lama tak makan lobster, so belilah semalam. sekilo RM40 tapi memang berbaloi2...Tengok ada ikan kembung beli jugak. Bukan apa papa suka ikan kembung. So semalam menu kami sekeluarga ialah Lobster masak telur dan kari ikan kembung. kalau sape2 nak cuba ni resepinya:

LOBSTER MASAK TELUR (ALA2 SWEET SOUR)

Bahan-bahan:
1kg lobster (dipotong 2 dan dibersihkan)
Sikit Cili kering direbus dan blend
sikit halia, bawang merah, bawang putih
2 sudu oyster sauce
4 sudu tomato sos
gula, garam dan ajinomoto kalau suka
sikit daun sup
sebiji telur ayam

cara memasak:
Cili kering diblend bersama bawang, halia
Masukkan sikit minyak untuk menumis
masukkan bahan yang diblend tadi.masak sampai garing kemudian masukkan oyster sos, gula sikit, garam dan ajinomoto. garam jangan letak banyak takut oyster sos dah masin.
masukkan tomato sos dan dan lobster, gaulkan letak sikit air kalau kering kemudian tutupkan kuali tu nak bagi masak.
Agak2 dah nak masak masukkan sebiji telur. Biarkan sekejap baru dikacau untuk dapatkan teksture yang cantik.
masukkan daun sup
Bila lobster dah masak tutupkan api dan bolehlah makan

Kalau tak de lobster, ketam pun sesuai untuk masakan ni. so layan the gambar kat atas tu...

Saturday, August 14, 2010

MARI BERKONGSI RESEPI

Salam ramadhan semua.
Ada request dari best friend masa kat UiTM dulu resepi ayam masak merah.So ini resepi yang ikut style aku. senang dan ringkas je....

Ayam Masak Merah.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
Cili kering ikut suka banyak mana
2 batang serai
Bawang secukupnya
1 paket kayu tumis (yang kecik)
1 tin tomato puree (yang tin sedang)
Sikit kerisik
Minyak untuk menumis
Cili sos
Tomato Sos
1 kotak santan @ susu cair

Cara-caranya:
Ayam dibersihkan dan digoreng letak garam dan kunyit serbuk (tak payah garing sangat)
Cili kering direbus dan blender
Bawang diblend

Mula-mula,
Masukkan minyak secukupnya dalam kuali untuk menumis.
masukkan bawang, kayu penumis, serai yang dititik. tumis sampai garing
Masukkan cili kering yang telah diblend.
Bila cili dah garing masukkan tomato puree, kerisik, cili sos dan tomato sos
Masukkan santan atau susu cair
Agak mendidih sikit masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto( kalau nak letak)
Agak2 kuah dia dah cantik kira dah siap lah ayam masak merah
Boleh hias dengan kacang peas kalau suka

Tu Je caranya.

Faiz dah lama gak aku tak masak ayam masak merah ni. nantilah nak buat jugak.

selamat mencuba...


Tahun ni puasa tak sangat nak beli makanan kat pasar ramadhan. Tak tau kenapa.. lagipun bila berbuka tak sangat nak makan nasi.. banyak minum air je.. Air tebu satu kemestian..Untuk lauk prefer masak je. Alhamdulilah puasa kali ni pengarah dalam meeting pengurusan benarkan semua staff akademik punch out pukul 4.15.Masa kuliah dipendekkan. Jadi bila balik kerja sempatlah pergi pasar untuk beli lauk untuk dimasak. Masak pun yang simple2 je..

Sekarang ni tengah busy dengan kerja-kerja yang melambak kat opis. Nak prepare dokumen untuk validasi dan pencerapan untuk minggu depan.hu3 busy2, Semak FRP staff sebab minggu semakan Jumaat lepas, prepare bahan untuk mengajar untuk student, nak ganti kelas lagi.. hu banyak tu. hopefully dapat dibereskan sebelum cuti raya. Rasanya tak lama lagi je dah nak balik JB. Yeay2...Baju anak2, persiapan raya sume belum beli lagi.. Cakap dengan hubby beli kat jb nanti.. sebab sekarang tak sempat nak prepare. nasib baju kurung dah awal2 tempah dengan usu..tinggal amik dan bayar je lah.. Kuih raya? memang tak buat. Oder pun untuk MIL. Sebab balik dari JB nanti dah dua minggu raya. So kat kuching ni tak raya lagi. Kat kuching suasana raya tak macam kat jb sebulan2 raya. Raya pertama sampai ketujuh meriah. Orang kuching memang pakai baju raya (kurung) sampai raya ketujuh. Kira meriah lah tu..

This year Sara dah almost 2 years so dah faham reti raya kot.. Tengok je nanti raya kali ni..macam mana agaknya bila bawak dia raya rumah orang? Dia tak tau diam sikit.. mamam... air.. tu yang dia sebut2 nanti..

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Hari ni dah hari kedua umat islam berpuasa. Maksudnya ada 28 hari lagi sebelum menjelang syawal. Belum apa2 dah ingatkan raya. hu3... Hari ahad lepas travel to Ipoh. Kali ni pergi bengkel Microsoft Acedemy di Politeknik Ungku Omar. Sepatutnya travelling balik Kuching hari rabu. Tapi disebabkan Program petang tu tak de maka tiket pun ditukar ke selasa malam. Lagipun kalau travelling rabu dah puasa beb.. takut tak larat..

So perjalanan memang memakan masa dan meletihkan. dapat jugak beli jambu tambun. Itu pun hapiz anak pak ngah tolong belikan. Tq hapiz memang sedap jambu tu.. Apa yang dibeli di Ipoh??? sempat pergi Jaya Jusco yang tengah sale. kali ni borong makanan. Yati pesan mee ruski tomyum. beli 5 paket. lepas tu beli mangkuk isi biskut raya. Ingat nak hadiahkan MIL sempena raya.

Tahun ni kami sekeluarga raya kat JOHOR.. tiket dah confirm, abg cuti pun dah apply. Ingat mama nak apply cuti next week untuk raya. Semalam balik umah mak dalam pukul 10. Sebelum tu dah perasan badan qaisara panas. Ingat nak gi klinik tapi tengok dia ok je tak jadi. Lepas tu pukul 1 lebih pagi dia merengek. mak oii panasnya badan dia. Terus kami bawa ke Klinik Kotaraya. sebelum tu dah tuam dengan tuala turun sikit la. Doktor masukkan ubat dalam bontot dia. Lagipun Sara susah sikit makan ubat.

Kakak pulak semalam bangun sahur kata nak puasa. Ada gak dia mintak nak nenen tapi lengahkan dia main game dan macam2 lagi. Petang lepas amik yati pergi bazar ramadhan Samarahan. Bila dah tengok makanan dia tak tahan dah merengek. nak2 tengok air yang ada macam2 kaler. Sebab dah menangis papa bawak dia masuk kereta. Bila mama datang tengok dia tengah makan. Sayangnya lagi dua jam je nak berbuka..dah tu dengan perasaan takut2 dia sorok makan nugget kat bilik. Bila mama kata mama tak marah dan cakap ada belikan dadih strawberry baru tersenyum senang hati. Habis dadih dia makan sorang. memang lapar betul kakak. Pagi ni kejut sahur dia tak nak bangun. tak taula dia puasa ke tak hari ni...

Thursday, August 5, 2010

GOODIES BAG FOR BATRISYIA'S BIRTHDAY





Ni la gambar beg untuk isi goodies..

Minggu depan insyaallah semua umat islam akan mula berpuasa. Cabaran tahun ni nak train batrisyia berpuasa. Dah cakap dengan dia tak payah bawak bekal air dan makanan ke taski. Dia kata OK. tengokkan je macamana tak dapat sehari cuba suruh dia puasa setengah hari.

Bulan september ni batrisyia akan celebrate birthday yang kelima tahun. Sekejap je masa berlalu. Lahir 9.9.2005. kalau nak ikutkan hari ni birthday dia esok tu dah raya. Since birthday batrisyia masa cuti sekolah, so mama decide nak bagi goodies pada kawan2 batrisyia kat taski next week.

nak ikutkan semua barang dah beli dah. tinggal nak hantar ke taski je lagi. Tema beg kali ni Toys story 3. mama dah siap tempah beg dari mybirthday lagi. dah dapat pun macam gambar kat atas tu. dalam ingat nak isi stationery gift set plus makanan. Sebab tu nak bagi sebelum puasa. kalau time puasa takut pulak budak2 tu tergoda naya je. So the birthday celebrations will be at JB. Ingat nak buat potong kek dengan makan2 sikit je. Tetamu..? Insyaallah sesiapa yang datang masa tu( Kebetulan udin kawen)

Oh ye lupa pulak, semalam batrisyia dapat surat hari terbuka untuk ambil penyata. So esok mama amik penyata kakak, papa mesti susah nak excuse keluar. lagipun tempat kerja papa jauh susah nak ulang alik.2 3 hari amik kakak pun papa dah complaint duit minyak dia mahal.. kui3.. nasib la papa.... macamana agaknya performance dia kali ni. tak tau la. Doakan yang terbaik je...

Sara pulak.. macam biasa je dia aktif dengan macam2 benda. panjat sana, panjat sini.. tak larat tengokkan. Pagi2 kalau angin dia tak ok kena bawak dia pusing satu round kat area taman umah mak. baru tak nangis.. kalau tak dia sibuk nak ikut. Jom kata dia.

Wednesday, August 4, 2010

WORLD ENGINEERING CONGRESS





so ni adalah gambar masa conference hari tu.

Minggu ni 2-4 Ogos kena attend World Engineering Congress (WEC 2010) di Kuching. So opening ceremony diadakan di Riverside Majestic hotel. manakala Congress on Information security diadakan di Magherita, Kuching. Macam2 paper yang dibentangkan oleh researcher dari pelbagai institusi. Last day, mama attend conference On Engineering and education di Hilton.

Jadi bila dah tiga hari tak masuk office kerja pun menimbun + email bertalu2 dalam inbox. Sumenya penting2 dan perlukan tindakan segera. Next Week kena attend Bengkel Microsoft Academy lak dekat Politeknik Ungku Omar. Wakil Ketua Jabatan untuk attend 2 hari bengkel. Tadi isi borang perjalanan rasmi hantar kat admin untuk urusan tiket dsb. Maybe travelling day hari ahad sebab dalam schedule yang diberi oleh bahagian Kurikulum Isnin pagi dah start Program.

Rasanya kalau selasa malam balik Kuching mesti dah malam baru sampai. lagipun rabu dah mula puasa. Ingat nak amik cuti satu hari. Confirm lepak sebab travelling. Kena travel dari Ipoh ke KLIA lagi, mau makan masa 3 jam tu... hu3. kalau diorang buat kat KL kan senang...

Tadi baru confirm tiket raya dengan agency. Angin gak bila agency kata dah banyak kali tukar date. mana ada? hari tu baru booking belum issue tiket lagi. sebab this august akan ada kenaikan tambang MAS lagi. apa ni asyik naik je. Lagipun dok discuss dengan papa dan suruh papa confirm cuti raya dia. Mula2 ingat nak balik 7 sept tapi dah suntuk sangat sebab nak pergi kubur lagi mesti tak sempat nanti. Nak balik 6 sept alang2 sabtu ahad tu. So ingatkan tadi nak balik 4 sept hari sabtu tiket dah full pulak. tinggal 2 seat je lagi. So tadi confirmkan balik jb hari ahad (5 Sept) balik Kuching 21 Sept. Terpaksa lama sikit sebab udin nak kahwin.

So kali ni cuti raya lama sikit la.. alang2 student cuti lecturer pun sekaki la... lepas tu kerja pun mulalah menimbun2. Ni pun tengah pening nak cari slot untuk gantikan kelas database system 4 jam sebab attend conference hari tu. Next week punya kelas lagi. susah2....apa pun cuba adjust slot kosong untuk ganti kelas. Kesian kat student kena ganti kelas. tapi i'm sure student mesti suka kalau kelas tak de. Apa pun there is a replacement class for my student. Jangan risau, masa, tempat akan dimaklumkan kemudian.