Sunday, August 22, 2010

CERITA WEEKEND NAN SATU






hari jumaat lepas balik kerja teringin nak makan SOTO Ayam. Papa Pun teringin gak dan dah request minggu lepasnya. So mama pun masaklah soto plus bergedil. Buat sikit je sebab tinggal kami 4 beranak je yang nak makan pun. Yati tak balik.. mak ada kat umah. so layan gambar je. Dari buka sampai ke sahur edisi marathon soto kitaorang. malam sebelum tido pun soto gak. Nak masak nasi punyalah malas. Cumanya, makan soto ni cepat kenyang sebab mungkin dia berkuah tapi cepat gak lapar.

Tu menu hari jumaat... Sabtu Papa ajak pergi berbuka puasa kat Grand Magherita. Buffet macam-macam ada. Punyelah ramai orang. So satu family pergi termasuk yati. nak ikutkan yati busy tapi sebab hantar dia semula kat UNIMAS lepas tu orait la...

Makanan memang macam2 dan banyak sampai tak larat... Boleh break kejap sembahyang maghrib dulu dan sambung semula. batrisyia memang berselera. Mula-mula makan roti canai dengan kari ayam, penutup makan sup cicah roti.. Sara macam biasa makan buah.. sampai comot2. Nasib ada bawak baju spare. Yang tak bestnya dia meragam mengantuk agaknya...

Keluar dari hotel dah pukul 8.40 malam. batrisyia nak ikut mak balik Taman Wangi Indah, Kitaorang balik umah jel... hantar yati balik terus kami balik umah.. Sara dah tido dalam kereta.. Memang kepenatan dia. Tak sedar sampai pagi.. Tapi asyik tanya je .. Kakak?....

No comments:

Post a Comment