Thursday, August 26, 2010

RAMADHAN HARI KE17




Gambar kat atas tu, papa tengah tunggu turn beli sotong bakar.

Hari ni masuk hari ke-17 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah setakat ni no problem puasa dan masih belum coti lagi.. Hari ni jugak Nuzul Al-Quran.. Maksudnya tak lama lagi dah nak raya. Sekejap je masa.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Sebab next week 5hb flight balik jb pukul 10.50 pagi dari kuching. Urusan cuti semua dah settlekan. Alhamdulilah dah approve pun. Kebetulan student pun cuti dua minggu...

Persiapan raya? Ada yang dah beli sikit2. Tapi cakap dengan hubby kita shopping kat JB. Hubby tanya nak beli kasut tak? Jawablah nak tapi nanti la tunggu balik JB. Sebab banyak tempat boleh shopping. Jusco ada, Carrefour ada, macam2 ada...

Cumanya hari ni dua orang anak dara tu dah nak start demam pulak. kakak dengan selsema dan batuknya, adik start batuk.. bunyi macam pelik. Takut kena strider macam kakak dulu. Ingatkan pagi ni nak EL bawak budak2 tu gi klinik. Hubbby kata nanti kakak tak sekolah pulak..

Bila sampai opis papa call kata kakak tak sekolah dia kata demam. Tapi rasa-rasanya semalam dia ada mengadu yang ada kawan2 dia tak nak kawan dengan dia. stress kot. Sampai dia kata Mama minggu depan kakak tak mahu sekolah kat sini lagi.. Adoii pening2. Tak tau lah sebab dianya yang sensitif atau ada kawan2 yang menyakat dia kat sekolah...

Tinggal minggu ni je lagi nak mengemas rumah dengan barang-barang nak bawak balik jb. So could be the busiest week. Umah tak kemas lagi, baju budak2 tak cari lagi.. Keje kat opis oklah dah settle slowly.. Cuma kena gubal soalan exam je lagi. Tapi tak pe due date bulan Oktober.

Semalam lepas bayar bank singgah kampung beli sotong bakar. kalau kat kuching time bulan puasa ni famous dengan sotong bakar. Cicah dengan sambal. Memang malam2 kami selalu meronda cari sotong. Kalau nak raya lagi meriah dengan lampu kelap kelip. macam pesta. Kat sini siap ada pertandingan lagi. Kebiasaannya kalau kami beraya kat Kuching, Malam raya lepas dah settle semua kami akan meronda kampung kat Satok tengok lampu raya. best...

Sebab malam raya family kitaorg tak masak beriya2. ala kadar je. Sebab first day raya selalunya pergi umah mak sedara balas dendam makan sepuasnya.. Kemestian di kuching ni ialah Satay, lemang dll. Selalunya second day baru masak sebab turn kitaorang pulak buat open house. Macam gitulah selalunya..

Tapi kalau kat umah aku kat JB, malam raya lah paling sibuk masak ketupat, rendang, sambal satay dan macam2 lagi...memang best. Favourite aku? ketupat, kuah lodeh dan sambal.. Tahun ni first day kat mana ek? maybe kat jb. Balik melaka ke? tak tau lagi..yang pasti sebelum raya ziarah kubur ayah dulu.. satu kemestian.. Boleh singgah parit raja ke Air hitam ke cari stok kerepek...

Apa pun... tak sabar nak tunggu minggu depan.. sekarang ni mood balik kampung dah mari... keje pun slow je rasa.. Petang ni ada pulak project presentation QIP students.. Hopefully projek dioarang berjaya capai objektif.. Tengok untuk 50% je pun petang ni.. So Nora dan christene, good luck for your Desa Serapi online application. dah boleh connect ke database dengan sistem u all...saya tunggu petang ni...

No comments:

Post a Comment