Saturday, August 14, 2010

MARI BERKONGSI RESEPI

Salam ramadhan semua.
Ada request dari best friend masa kat UiTM dulu resepi ayam masak merah.So ini resepi yang ikut style aku. senang dan ringkas je....

Ayam Masak Merah.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
Cili kering ikut suka banyak mana
2 batang serai
Bawang secukupnya
1 paket kayu tumis (yang kecik)
1 tin tomato puree (yang tin sedang)
Sikit kerisik
Minyak untuk menumis
Cili sos
Tomato Sos
1 kotak santan @ susu cair

Cara-caranya:
Ayam dibersihkan dan digoreng letak garam dan kunyit serbuk (tak payah garing sangat)
Cili kering direbus dan blender
Bawang diblend

Mula-mula,
Masukkan minyak secukupnya dalam kuali untuk menumis.
masukkan bawang, kayu penumis, serai yang dititik. tumis sampai garing
Masukkan cili kering yang telah diblend.
Bila cili dah garing masukkan tomato puree, kerisik, cili sos dan tomato sos
Masukkan santan atau susu cair
Agak mendidih sikit masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto( kalau nak letak)
Agak2 kuah dia dah cantik kira dah siap lah ayam masak merah
Boleh hias dengan kacang peas kalau suka

Tu Je caranya.

Faiz dah lama gak aku tak masak ayam masak merah ni. nantilah nak buat jugak.

selamat mencuba...


Tahun ni puasa tak sangat nak beli makanan kat pasar ramadhan. Tak tau kenapa.. lagipun bila berbuka tak sangat nak makan nasi.. banyak minum air je.. Air tebu satu kemestian..Untuk lauk prefer masak je. Alhamdulilah puasa kali ni pengarah dalam meeting pengurusan benarkan semua staff akademik punch out pukul 4.15.Masa kuliah dipendekkan. Jadi bila balik kerja sempatlah pergi pasar untuk beli lauk untuk dimasak. Masak pun yang simple2 je..

Sekarang ni tengah busy dengan kerja-kerja yang melambak kat opis. Nak prepare dokumen untuk validasi dan pencerapan untuk minggu depan.hu3 busy2, Semak FRP staff sebab minggu semakan Jumaat lepas, prepare bahan untuk mengajar untuk student, nak ganti kelas lagi.. hu banyak tu. hopefully dapat dibereskan sebelum cuti raya. Rasanya tak lama lagi je dah nak balik JB. Yeay2...Baju anak2, persiapan raya sume belum beli lagi.. Cakap dengan hubby beli kat jb nanti.. sebab sekarang tak sempat nak prepare. nasib baju kurung dah awal2 tempah dengan usu..tinggal amik dan bayar je lah.. Kuih raya? memang tak buat. Oder pun untuk MIL. Sebab balik dari JB nanti dah dua minggu raya. So kat kuching ni tak raya lagi. Kat kuching suasana raya tak macam kat jb sebulan2 raya. Raya pertama sampai ketujuh meriah. Orang kuching memang pakai baju raya (kurung) sampai raya ketujuh. Kira meriah lah tu..

This year Sara dah almost 2 years so dah faham reti raya kot.. Tengok je nanti raya kali ni..macam mana agaknya bila bawak dia raya rumah orang? Dia tak tau diam sikit.. mamam... air.. tu yang dia sebut2 nanti..

No comments:

Post a Comment