Sunday, June 19, 2011

TERBAIK!!!

Semalam masa makan di Bimmers, batrisyia cakap "Mama terbaik" sambil tangan di tunjukkan nescafe Ais yang dia minum.

Ini mengingatkan Chicken Chop dengan roti John di JB. Sekarang ni kakak dah pandai cakap terbaik bila dia makan makanan yang sedap. Badan pun semakin bulat sebab selera je dia makan.

Pagi tadi bangun tido batrisyia menangis sebab tak mahu pergi tahfiz petang. Mama buat tak tau je. Beg tahfiz dia mama dah readykan untuk hari ni. Semalam pergi airport hantar hakim and family yang akan bertukar ke Politeknik Syed Sirajuddin. Kurang sorang di office. Malam Sabtu kami semua attend farewell dinner di Mango Tree. Memang berbaloi bawak kakak pergi sebab sungguh2 dia makan...

Hari ni nak suruh papa tanya cikgu nak hantar kakak mengaji malam. Hopefully boleh lagi... sara pulak apa kakak dia buat dia ikut je.. Semalam dia tido awal sebab seharian dia tak tido...Asyik cakap nak pergi school je...

Monday, June 13, 2011

Family day @Villa d'Lagos part 2














Morning,....

Hari ni baru naik keje setelah cuti lama 2 minggu. Memang best bercuti lama tapi rasa sekejap sangat. Semalam balik kuching flight pukul 7.00 pagi. Nasib sampai awal kat airport. Sepatutnya dalam Itinery flight kul 7.30 tapi lepas check in tengok kul 7.00am. Ni nama dia konflik antara MAS dengan firefly. Dalam flight batrisyia tak dapat makan pulak sebab dalam boarding pass tak de tulis. Apa hal la pulak. mama pulak tak check bila nak bagi boarding pass baru perasan masa nak mintak makanan. Masa nak check in barang kata boleh bawak 60 kg je. sedangkan barang kami banyak dan sepatutnya bole bawak 80 kg. yelah sebab ada 4 orang kan. dia check balik baru ok. Sampai kuching sewa innova sebab teksi tak cukup nak bawak barang yang banyak. So seat belakang inova penuh dengan barang je la..

Bila dah sampai kuching, percutian pun dah habis. kakak paling seronok masa cuti. Bila nak balik masa boarding dia sedih. nangis.. nak tinggalkan mak uda, lacik, nek sibah. Masa nak balik jb nangis nak tinggalkan nek itam. Semalam sampai kuching suruh call nek itam dia tak mahu sedih...

Pagi tadi check fb tengok syapie dah upload gambar. Banyak gambar semasa aktiviti berjalan. Alhamdulilah semuanya selamat dan lancar seperti yang dirancang. Seronok first time kumpul ramai-ramai. Budak2 seronok mandi kolam, makan2 dan main game. Hadiah pun best2.

Thanks pada mak itam yang sponsor percutian keluarga ni. banyak goodies yang dapat. dapat baju ikut family, goodies bag (Mama punya tertinggal kat kampung atas sebab teknikal) nanti mak uda amik kan..

So, layann je la gambar2 sekitar family day.. so sweet..

Wednesday, June 8, 2011

FAMILY DAY TOK HASHIM@ A FAMOSA MELAKA

Esok kami semua akan balik melaka. Tadi masa last minit shopping kat jb singgah beli tiket bas ke melaka esok. Sebab apa naik bas sebab avanza dah penuh dengan barang family day. kedua anak2 excited nak naik bas sebab diorang kata tak pernah naik bas. kakak request nak naik bas 2 tingkat. tapi tak de bas 2 tingkat ke melaka.

Yati busy shopping barang2 yang nak dibawa. Tadi pergi jusco bukit indah cari gift dah jumpa tinggal nak bagi je lagi. Jumaat kami akan check in di villa kat A Famosa. Ada private pool. budak2 dah sibuk ajak swimming. Ahad akan check out balik Jb.

Yang tak bestnya rasanya sekejap sangat dah habis percutian di jb. lepas ni kena teruskan kehidupan seperti sediakala... insyaallah ada rezeki boleh balik lagi..

Monday, June 6, 2011

CUTI SEKOLAH






Sekarang ni kami sekeluarga tengah bercuti di JB. Balik JB minggu lepas sempena kenduri Arwah Ayah ke 4 tahun. So kiranya kalau balik jb banyaklah aktiviti yang dibuat. Antaranya, berjalan, window shopping dan lain2.

Isnin pergi Jusco Bukit Indah, Anak2 seronok main games, kereta control dan macam2 lagi. Selasa pergi kubur ayah dan balik kampung. Seronok balik kampung dengan anak2 yang excited tengok ayam yang banyak dibela oleh Nenek Saudara. RAbu, khamis jalan sekitar jb.

Jumaat masuk Singapore sebab nak bawak anak2 pergi Zoo. Mak itam dengan Hamsan yang bawak. Seingat mama dah bertahun2 tak pergi Singapore zoo.Anak2 memang excited especially Sara yang tak tido seharian. Batrisyia pun seronok cakap nak pergi lagi.

Masa tengah tulis blog ni pun baru balik dari Singapore for the second time. Kali ni pergi shopping. Pergi Causeway point dengan Ang Mo Kio hub. Diaorang ajak pergi Junction 8 dah tak larat. So lepak umah mak andak je.

Apa yang dibeli??? macam2 ada.