Monday, June 13, 2011

Family day @Villa d'Lagos part 2














Morning,....

Hari ni baru naik keje setelah cuti lama 2 minggu. Memang best bercuti lama tapi rasa sekejap sangat. Semalam balik kuching flight pukul 7.00 pagi. Nasib sampai awal kat airport. Sepatutnya dalam Itinery flight kul 7.30 tapi lepas check in tengok kul 7.00am. Ni nama dia konflik antara MAS dengan firefly. Dalam flight batrisyia tak dapat makan pulak sebab dalam boarding pass tak de tulis. Apa hal la pulak. mama pulak tak check bila nak bagi boarding pass baru perasan masa nak mintak makanan. Masa nak check in barang kata boleh bawak 60 kg je. sedangkan barang kami banyak dan sepatutnya bole bawak 80 kg. yelah sebab ada 4 orang kan. dia check balik baru ok. Sampai kuching sewa innova sebab teksi tak cukup nak bawak barang yang banyak. So seat belakang inova penuh dengan barang je la..

Bila dah sampai kuching, percutian pun dah habis. kakak paling seronok masa cuti. Bila nak balik masa boarding dia sedih. nangis.. nak tinggalkan mak uda, lacik, nek sibah. Masa nak balik jb nangis nak tinggalkan nek itam. Semalam sampai kuching suruh call nek itam dia tak mahu sedih...

Pagi tadi check fb tengok syapie dah upload gambar. Banyak gambar semasa aktiviti berjalan. Alhamdulilah semuanya selamat dan lancar seperti yang dirancang. Seronok first time kumpul ramai-ramai. Budak2 seronok mandi kolam, makan2 dan main game. Hadiah pun best2.

Thanks pada mak itam yang sponsor percutian keluarga ni. banyak goodies yang dapat. dapat baju ikut family, goodies bag (Mama punya tertinggal kat kampung atas sebab teknikal) nanti mak uda amik kan..

So, layann je la gambar2 sekitar family day.. so sweet..

No comments:

Post a Comment