Wednesday, March 31, 2010

Hari Prestasi taski

Semalam tengahari amik batrisyia dari taski macam biasa pukul 12.00. Tanya nak makan kat mana? dia kata "mama apa kata kita makan pizza nak. kakak nak makan sup." Saya pun bawak dia pergi lunch kat pizza choice supermall. Habis dia makan sup +pizza. (kira licin la)

Sampai rumah . dia kata cikgu ada bagi kertas kat mama. Bila saya baca rupanya surat jemputan ibubapa hari prestasi sekolah dia. Kiranya macam ambil report card lah gitu... Tapi yang lawaknya dia macam excited sangat. Mama cepatlah telepon papa bagitau. Lepas dah cakap dengan papa suruh nenek dia tepon usu pulak. Padanlah result dia cikgu belum bagi rupanya nak bagi masa hari prestasi.

Dah tu saya tanya. kakak ni baru nak amik report card lah belum dapat keputusan lagi. Apa dia jawab "yelah mama kan kakak dapat no 1( Tu yang tak tahan tu.. dia punya confident) Apa pun kena tunggu 14 April hari prestasi dia. Disebabkan first time nak amik report card rasanya mama dengan papa dia kenalah cuti. Bukan apa nak bagi support je.. Tak kisahlah apa keputusan dia. saya tak letak harapan yang tinggi kali ni. sebab first time bagi dia chance belajar dulu..

Sunday, March 28, 2010

Kakak baby premature











Seperti yang pernah saya cerita pada entri yang lepas, batrisyia dilahirkan premature. Saya lahirkan dia pada usia kandungan 33 minggu. Sepanjang tempoh pregnant memang saya ada masalah kesihatan iaitu high blood, diabetic.. Masa trimester pertama pun asyik bleading je. Org Sarawak kata bunting pelanduk. Pengalaman mengandung dua-dua anak saya ada masalah yang sama.

Disebabkan saya ada diabetic maka tiap2 hari kena insulin 3 kali sehari sampai dah kebosanan dengan jarum dan bloodsugar test. rasa sengsara jugak pada mula2. Masa 33 minggu mengandung tiba2 air ketuban saya pecah. Bila pergi hospital kena tahan ward dan monitor by doctor.. Next morning kena buat ctg dan heart beat baby dah slow rupanya air ketuban dah kering.. Terus kena emergency ceaser.


Agak kelam kabut gak masa tu sebab dr kena estimate berat baby, nurse kena prepare saya untuk ditolak ke O.T. Masih ingat lagi kata doktor pakar time tu.. "Puan you know your condition, many complication and to save your baby u must go for ceaser".. Allah.. tuhan je tahu masa tu.. mengucap je sebab itu lah first experience..

Dr cuma estimate berat batrisyia 1.2kg dan call nursery prepare incubator..

First time masuk O.T, Pakar bius dan crew dah tunggu. Saya dibius separuh badan di tulang belakang. Memang betul2 berharga pengalaman tu..

Bila Batrisyia keluar berat di 1.3kg terus dibawa ke nursery masa tu. Hari kelima baru saya boleh bangun tengok baby masa tu. Bila tengok kakak saya nangis sebab kesian tengok dia kecik sangat. sampai hubby kata kalau tak kuat tak payah pergi tengok takut saya terganggu nanti dah la dalam pantang...

Yang paling sedih bila terkenang arwah ayah yang datang dari JB tapi tak boleh tengok baby.. Ingat lagi pesan ayah bacakan Al-Fatihah untuk beri kekuatan pada roh baby... Macam2 ayat ayah amalkan dalam doa dia untuk anak aku.. itu yang paling terharu.


Masa kat nursery yang paling takut ialah jangkitan kuman. sebab baby prem senang dijangkiti kuman. dan yang paling susah hati ialah nak capai berat dia 1.8kg baru boleh discharge..batrisyia pulak berat badan dia tak stabil.. kadang2 hari ni naik. esok turun dos vitamin asyik increase je. so setelah 21 hari di nursery akhirnya dia kami bawak balik dengan 1001 perasaan gembira yang amat sangat. nasib masa tu mak tunggu.. terima kasih mak sebab tolong jaga kakak masa tu. terima kasih nek bi, usu, sebab tolong jaga kakak sampai dia besar hari ni..

So ini dia gambar yang tersimpan dalam camera hp hubby

Aktiviti hari Ahad







Hari ahad biasanya memang khas hari bersama keluarga. Lebih2 lagi kalau hubby tak kerja. Selalunya kitaorang berjalan. Dari breakfast sampai tengahari kalau berjalan. Kakak sebenarnya dah request nak pergi Boulevard. Bukan apa sebenarnya dia nak main kat playground kat sane..


Disebabkan dah lama mak uda tak balik umah jel, mama ajak papa amik mak uda bawak pergi breakfast. On the way nak pergi Unimas, papa tanye kakak. "Kakak kita amik mak uda nak tak bawak dia pergi breakfast"?. Jawab Kakak" Yelah papa, dah lama saya tak jumpa mak uda. Macamana rupa mak uda sekarang ye saya dah lupa". ha3.


Pagi tu breakfast kat Chilipapers Simpang tiga. Menu aku biasalah Ice lemon tea dengan laksa sarawak. Kakak dengan papa makan mee Kolok, Mak uda makan bubur set. Lain grilled turkey sandwich dengan dadih..

Lepas tu kitaorang pergi Boulevard. Kebetulan nak beli pampers sara dengan susu budak2 ni. Kat Boulevard yang offer termurah.. Masa kat boulevard kebetulan ada promo susu jenama Enfa.. kakak memang minum susu enfa since baby (masa dia prem). Tapi kalau orang tengok dia sekarang macam tak percaya pulak yang dia tu premature baby (nanti saya tulis entry pasal kakak yang dilahirkan premature at 33 weeks berat dia 1.35kg je masa tu). Adik mula2 minum enfalac tapi lepas dia batuk teruk masa baby sampai kena nap, mama tukar ke anmum. Tapi sekarang berat dia tak berapa nak naik. So semalam cuba tukar balik kepada enfagrow. nak tengok naik tak weight dia. Sampai nurse kat klinik bising weight adik tak naik. Graf berat dia dah kat border line. Sebelum ni ada orang syorkan Dugro. Cuba bagi satu hari adik kena cirit-birit. Tu yang takut nak cuba sembarangan.

Serikin
















Kalau pelancong yang datang ke Kuching mesti tak mahu lepaskan peluang untuk pergi pasar serikin. Pasar ni cuma ada weekend je. Kiranya terkenal jugak serikin ni.. kalau dulu nak beli barang indon orang pergi tebedu. Tapi sekarang serikin lagi famous dan dekat sikit dari bandar kuching. Jalan pun dah ok dah berturap semuanya.

So Sabtu lepas pergi serikin dengan hubby, anak2, mak mentua dan esty. Tak de apa sangat pun yang dibeli. Ambil peluang urut refleksologi kat sana. Batrisyia kalau pergi serikin menjadi kemestian beli topi. Kali ni dia mintak usu dia belikan tudung. Tu yang macam dalam gambar. 3 helai RM10.00....Mama cuma beli toto (ala-ala selimut yang tebal)yang di pesan nenek Sibah.
Cuaca kat Serikin kalau tak hujan memang panas sangat. Tu yang muka anak dara dua orang merah.. peluh tak payah cakap menyimbah2 je...
kalau siapa-siapa yang nak datang kuching saya recommend datang during weekend. Sebab boleh pergi Serikin, Pasar minggu yang cuma dibuka during weekend.

p/s: faiz bila nak datang kuching bawak family?










Pangkalan Sapi
















Rabu minggu lepas bawak anak-anak dan mak pergi pangkalan Sapi lepas balik kerja. Kira makan angin la gitu. Sementara nak tunggu esty balik kerja nak makan tom yum kat kedai Salleh di perumahan area Astana.

Dah lama tak pergi Pangkalan sapi ni dan banyak perubahan.. Orchid garden dah launch by ketua menteri dan dah boleh masuk tengok. free tak payah bayar rasanya untuk entrance fee. Ni jugak satu destinasi tempat menarik untuk dilawati pagi pelancong yang datang ke bandar kuching. Dari pangkalan sapi ni boleh pergi Waterfront naik sampan. Cuma bayar 40 sen je untuk seberang sungai.. boleh cuba..

so enjoy the pictures.

Yang best pergi makan tom yum.. yang specialnya tom yum ni ialah udang galah yang besar dan fresh. masa kitaorang makan, tokey kedai tu siap tangkap udang fresh lagi dalam akuarium. memang best dan berbaloi...

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti kakak & adik


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ini la aktiviti 2 beradik kalau kat rumah. tapi gambar ni rasanya masa kat rumah kak yuk..Yang kakak rajin mewarna, menulis dan macam2 lagi.. yang adik suka mengacau.. tak boleh diam...

Monday, March 22, 2010

Surprise birthday party nek bi







Bulan Mac ni bulan birthday mak mentua dengan adik ipar. Beza cuma 1 hari je. mak punye birthday 7 mac, esty pulak 8 mac.. Hubby cadang nak buat minum petang utk mak dan panggil anak buah mak. tak semua dijemput sebab buat kecil-kecilan je. yang penting surprise, mak tak tau.
Weekend tu mak, esty dan kakak chek in kat Damai Beach Santubong.. Kitaorang pegi santubong balik petang. sebab nak prepare for party esok petang. sara Pulak malam tu demam panas. Padanlah masa prepare makanan untuk dibawa ke Santubong dia menangis tak henti2. Malam tu badan dia panas bawak gi klinik lepas balik dari Damai beach memang tengah panas. Sampai doktor suruh basahkan badan takut nanti kena sawan. Padanlah sara tak de mood petang tu. Bawak gi beach pun muka serius je. kakak pun demam kat hotel.

So antara menu minum petang tu: Spaghetty, Chicken soup, garlic bread, linut (makanan tradisional sarawak) kalau kat sabah panggil ambuyat dan birthday kek.

Special thanks to mak uda sebab tolong mama prepare untuk minum petang tu..mak uda busy la ni.. sibuk dengan assignment kat Unimas tu yang tak balik dah 2 minggu.. Sampai kakak kata :"mama! mak uda tu dah tak nak kawan dengan saya ke?"(dialog kakak..ha3)

Ni saya upload gambar yang berkaitan...

batrisyia macam-macam ada


semalam copy gambar dari camera esty. tengok2 ada video yang menarik. Ucapan batrisyia untuk papa dia sempena hari bapa last year. saya pun tak tau bila masa video ni dirakam. Agaknya masa saya meeting kat kl last year kot....

nak upload video lama sangat la..

ni pulak gambar first day batrisyia pergi taski, pergi picnic dengan cousin kat palm beach lundu. Terima masih mok yuk dan yak ann sponsor bilik kat palm beach. Time ni batrisyia stay dengan nek bi. mama dengan papa balik hari.. seronok dia kalau aktiviti macam ni

Sunday, March 21, 2010

Majlis Aqiqah Sara











sedang tengok2 gambar dalam simpanan terjumpalah gambar masa majlis aqiqah sara. Rasanya last year masa sara umur 4 bulan kalau tak silap. Majlis Aqiqah buat kat rumah mak di Taman Tun Aminah, jb. Majlis Aqiqah batrisyia buat di kuching tahun 2005. Masa tu arwah ayah masih ada lagi. Ayahlah yang jadi chef dan orang penting pada majlis tu.. ada kelainan pada majlis aqiqah sara ni. sebab aqiqah sara buat ikut stail sakinah. tak ada tepung tawar. yang ada cuma majlis cukur rambut, timbang rambut sara dan dinilai dengan harga emas.

Bila dinilai dengan harga emas hampir RM1000 gak untuk disedekahkan. Bersempena majlis ni jugak sembelih seekor kambing untuk Aqiqah. Majlis Aqiqah mengikut sakinah lebih islamic rasanya. Ni cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu wataala.

Yang bestnya semua makcik2 turun. mak itam, mak andak, makcik dari spore. Mak long, busu, pak ngah dan mak ngah dari melaka dan mak lang dari KL. Chef untuk majlis ni seperti biasa mak dengan mak long. enjoy the pictures

Minggu baru


Hari ni dah masuk minggu baru...Isnin cepat nye masa berlari. Last weekend hari malas-malas kat rumah dengan anak-anak. melayan kakak dan menu-menunya. Tak kemana pun sebab hubby kerja. next week baru boleh jalan2. ingat nak gi serikin.

Sabtu petang pergi pasar minggu, nak beli lauk untuk masakkan kakak kuah dhal. Kakak ikut. Kali ni tak complaint pulak. kalau tak saya tak mahu katanya... dia leka tengok hamster, rabbit dan segala macam binatang peliharaan yang dijual. "mama, tahu tak kak ni sebenarnya suka sangat kat hamster".. Alamak mama tak suka la. macam tikus je..

Dia kata nak bela rabbit.. macam orang umah sebelah. tengok la dulu takut tak terbela nanti. Sekor rabbit kat pasar minggu harga RM25..

so menu semalam:
Kuah dhal makan dengan roti pratha dan nasi. Ayam stim untuk sara, mix vege, tempe masak sambal.

Tuesday, March 16, 2010

First time


First time berkesempatan menulis blog sendiri.. sebelum ni asyik seronok baca blog orang. anyway masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. insyaallah boleh improve time to time..

Blog ini didedikasi untuk anak-anak tersayang. Adriana batrisyia dan Adhana Qaisara... Banyak memori manis yang ingin dikongsi dalam blog ini untuk kedua-dua puteri kesayangan saya ini. Merekalah semangat dan penyejuk hati saya. Juga hubby tersayang yang banyak berkorban dan mencurahkan kasih sayang untuk sebuah keluarga...love u all...