Sunday, March 28, 2010

Aktiviti hari Ahad







Hari ahad biasanya memang khas hari bersama keluarga. Lebih2 lagi kalau hubby tak kerja. Selalunya kitaorang berjalan. Dari breakfast sampai tengahari kalau berjalan. Kakak sebenarnya dah request nak pergi Boulevard. Bukan apa sebenarnya dia nak main kat playground kat sane..


Disebabkan dah lama mak uda tak balik umah jel, mama ajak papa amik mak uda bawak pergi breakfast. On the way nak pergi Unimas, papa tanye kakak. "Kakak kita amik mak uda nak tak bawak dia pergi breakfast"?. Jawab Kakak" Yelah papa, dah lama saya tak jumpa mak uda. Macamana rupa mak uda sekarang ye saya dah lupa". ha3.


Pagi tu breakfast kat Chilipapers Simpang tiga. Menu aku biasalah Ice lemon tea dengan laksa sarawak. Kakak dengan papa makan mee Kolok, Mak uda makan bubur set. Lain grilled turkey sandwich dengan dadih..

Lepas tu kitaorang pergi Boulevard. Kebetulan nak beli pampers sara dengan susu budak2 ni. Kat Boulevard yang offer termurah.. Masa kat boulevard kebetulan ada promo susu jenama Enfa.. kakak memang minum susu enfa since baby (masa dia prem). Tapi kalau orang tengok dia sekarang macam tak percaya pulak yang dia tu premature baby (nanti saya tulis entry pasal kakak yang dilahirkan premature at 33 weeks berat dia 1.35kg je masa tu). Adik mula2 minum enfalac tapi lepas dia batuk teruk masa baby sampai kena nap, mama tukar ke anmum. Tapi sekarang berat dia tak berapa nak naik. So semalam cuba tukar balik kepada enfagrow. nak tengok naik tak weight dia. Sampai nurse kat klinik bising weight adik tak naik. Graf berat dia dah kat border line. Sebelum ni ada orang syorkan Dugro. Cuba bagi satu hari adik kena cirit-birit. Tu yang takut nak cuba sembarangan.

No comments:

Post a Comment