Sunday, March 28, 2010

Serikin
















Kalau pelancong yang datang ke Kuching mesti tak mahu lepaskan peluang untuk pergi pasar serikin. Pasar ni cuma ada weekend je. Kiranya terkenal jugak serikin ni.. kalau dulu nak beli barang indon orang pergi tebedu. Tapi sekarang serikin lagi famous dan dekat sikit dari bandar kuching. Jalan pun dah ok dah berturap semuanya.

So Sabtu lepas pergi serikin dengan hubby, anak2, mak mentua dan esty. Tak de apa sangat pun yang dibeli. Ambil peluang urut refleksologi kat sana. Batrisyia kalau pergi serikin menjadi kemestian beli topi. Kali ni dia mintak usu dia belikan tudung. Tu yang macam dalam gambar. 3 helai RM10.00....Mama cuma beli toto (ala-ala selimut yang tebal)yang di pesan nenek Sibah.
Cuaca kat Serikin kalau tak hujan memang panas sangat. Tu yang muka anak dara dua orang merah.. peluh tak payah cakap menyimbah2 je...
kalau siapa-siapa yang nak datang kuching saya recommend datang during weekend. Sebab boleh pergi Serikin, Pasar minggu yang cuma dibuka during weekend.

p/s: faiz bila nak datang kuching bawak family?










No comments:

Post a Comment