Sunday, March 28, 2010

Kakak baby premature











Seperti yang pernah saya cerita pada entri yang lepas, batrisyia dilahirkan premature. Saya lahirkan dia pada usia kandungan 33 minggu. Sepanjang tempoh pregnant memang saya ada masalah kesihatan iaitu high blood, diabetic.. Masa trimester pertama pun asyik bleading je. Org Sarawak kata bunting pelanduk. Pengalaman mengandung dua-dua anak saya ada masalah yang sama.

Disebabkan saya ada diabetic maka tiap2 hari kena insulin 3 kali sehari sampai dah kebosanan dengan jarum dan bloodsugar test. rasa sengsara jugak pada mula2. Masa 33 minggu mengandung tiba2 air ketuban saya pecah. Bila pergi hospital kena tahan ward dan monitor by doctor.. Next morning kena buat ctg dan heart beat baby dah slow rupanya air ketuban dah kering.. Terus kena emergency ceaser.


Agak kelam kabut gak masa tu sebab dr kena estimate berat baby, nurse kena prepare saya untuk ditolak ke O.T. Masih ingat lagi kata doktor pakar time tu.. "Puan you know your condition, many complication and to save your baby u must go for ceaser".. Allah.. tuhan je tahu masa tu.. mengucap je sebab itu lah first experience..

Dr cuma estimate berat batrisyia 1.2kg dan call nursery prepare incubator..

First time masuk O.T, Pakar bius dan crew dah tunggu. Saya dibius separuh badan di tulang belakang. Memang betul2 berharga pengalaman tu..

Bila Batrisyia keluar berat di 1.3kg terus dibawa ke nursery masa tu. Hari kelima baru saya boleh bangun tengok baby masa tu. Bila tengok kakak saya nangis sebab kesian tengok dia kecik sangat. sampai hubby kata kalau tak kuat tak payah pergi tengok takut saya terganggu nanti dah la dalam pantang...

Yang paling sedih bila terkenang arwah ayah yang datang dari JB tapi tak boleh tengok baby.. Ingat lagi pesan ayah bacakan Al-Fatihah untuk beri kekuatan pada roh baby... Macam2 ayat ayah amalkan dalam doa dia untuk anak aku.. itu yang paling terharu.


Masa kat nursery yang paling takut ialah jangkitan kuman. sebab baby prem senang dijangkiti kuman. dan yang paling susah hati ialah nak capai berat dia 1.8kg baru boleh discharge..batrisyia pulak berat badan dia tak stabil.. kadang2 hari ni naik. esok turun dos vitamin asyik increase je. so setelah 21 hari di nursery akhirnya dia kami bawak balik dengan 1001 perasaan gembira yang amat sangat. nasib masa tu mak tunggu.. terima kasih mak sebab tolong jaga kakak masa tu. terima kasih nek bi, usu, sebab tolong jaga kakak sampai dia besar hari ni..

So ini dia gambar yang tersimpan dalam camera hp hubby

No comments:

Post a Comment