Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Mohon diampunkan kesalahan samada yang sengaja atau yang tidak disengajakan.

Tahun ni beraya di Kuching Sarawak. Semasa menaip ni pun masih kat office settlekan kerja-kerja sebelum bercuti raya. Alhamdulilah persiapan berjalan lancar. Semalam dah start mengemas. Hari ni masih berbaki kerja yang perlu dibereskan.

Anak-anak semakin excited menunggu ketibaan Aidilfitri terutama Kakak. Asyik menghitung dan membilang hari. Qaisara, sedang kita mengemas asyik tanya je, Kita nak raya ke? Baru nak kenal erti hari raya. Qaisara ada improvement Ramadhan ni. Dia dah tak hisap puting lagi. Sendiri yang stop.. dia takut nanti gigi jongket kalau puting dan cakap mulut dia harum tak busuk sebab dah berhenti hisap puting.

Hubby hari ni masih kerja lagi. Esok baru off satu hari. Lepas tu kerja sampai weekend ni. Pagi tadi call mak kat JB. Mak kata sedih sebab aku tak balik raya. Insyaallah kalau dipanjangkan umur dan sihat turn beraya di JB tahun depan. Lagipun next two weeks akan jumpa lagi di penang-langkawi (cuti-cuti malaysia). Lagipun hari tu dah sambut ramadhan sama-sama. Dah jadi kebiasaan kalau aku tak balik jb dan ada rezeki mesti akan bawak mak datang berpuasa di Kuching. Cuma kali ni adik-adik ada sama kecuali aus yang dah start kelas.

Office semakin sunyi semua orang yang bercuti dah sampai di kampung halaman msing-masing. Nak kata perasaan? rasanya dah start seronok sebab suasana raya disini meriah. Malam tadi meronda di kampung (Satok) tengok pesta bertuntung. Meriah dengan lampu dan kreativiti orang disitu. malam ni mesti hubby nak main mercun merdeka kata dia. Anak-anak dah tuntut nak main bunga api. Malam ni nak pasang pelita lagi...

Esok lepas hubby sembahyang raya akan mula ziarah sanak saudara. Dalam kepala dah ada destinasi yang nak dituju. Semalam Abg eng hantar bunga hidup yang dah digubah. Cantik... yang paling aku suka bunga lily. Cantik dan wangi. Suka...

Menu rancangan esok? roti canai dan kari ayam. Simple tak? menu raya ke? sebabnya raya pertama memang akan makan kat umah mak sedara. Second day raya baru buat open house kat umah mak. So upacara masak-memasak akan bermula malam esok.Menu? nasi minyak, ayam masak merah, daging bistik, kuah dalca, satay, lemang dll.

Cerita pasal lemang, kat sini semacam kemestian. Hubby mesti akan mencari lemang setiap kali raya. Dia dah oder 5 kayu untuk raya. Satay pun dah oder 300 cucuk.

Apa yang bezanya raya kali ni. Ha3 Tukar tayar dengan Rim kete baru.. baru ok sikit rasanya driving. Kete dah basuh semalam. hubby dah lap semua seat. Pagi ni pergi kerja hujan. kurangla kilatnye..

Apa pun saya nak ucapkan Selamat Hari raya... Actually hari ni aku dah raya...kwang2...

Thursday, August 25, 2011

AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA

Hari ni hari ke 26 umat islam berpuasa. maknanya tinggal lagi 3 hari lagi sebelum Aidilfitri menjelma. Tahun ni tak ambil cuti raya pun. Maksudnya minggu depan masih kerja (isnin) kalau raya jatuh pada hari Selasa. Jumaat pun akan kerja jugak.

Tahun ni tak ambil cuti since raya di Kuching. Cukuplah sekadar 3 hari cuti umum tu. nak simpan cuti untuk ke Langkawi nanti.Kat opis dah agak sunyi. Ramai yang dah start bercuti. Student awal lagi dah mintak ganti kelas especially yang nak balik beraya di Sabah. Pagi tadi memandu ke opis mood slow sambil layan lagu raya di hotfm. Ikut highway jalan jauh sikit. No rushing..

Batrisyia dah cuti hari ni. Dia cakap semalam cikgu kata hari ni tak belajar. So siapa yang tak nak datang pun boleh. Dia dah excited sebab minggu depan cuti sekolah dan tak sabar nak menamatkan puasa untuk menikmati hari raya.

Semalam lepas berbuka puasa, pergi Wisma HOPOH sebab budak2 nak makan KFC. Anak-anak teringin. Cakap dengan hubby jom layan je. Batrisyia kalau request nak makan apa mesti banyak dia makan. Sambil tu pergi membeli tudung. Batrisyia pun request nak tudung purple. Tak tau lah kenapa sekarang ni dia suka sangat dengan kaler purple. Bila kakak dah beli tudung, makanya adik pun kena dibelikan jugak. kalau tak nanti berebut.Lepas tu mintak beli aiskrim pun nak aiskrim yam (kaler purple).

Bila cite pasal raya, teringat zaman kecik-kecik. Nostalgia sungguh. Yang paling best masa raya kat Sembawang, Singapore umah atuk dengan nenek. Pagi-pagi akan tengok cite mat yoyo (hari raya punya) tv singapore. Bila orang dah sudah sembahyang raya, baru kita yang kecik ni pergi surau menikmati juadah hari raya. Best..Main bunga api lah time tu. Disebabkan rumah atuk dengan nenek macam umah kampung so suasananya best. Lepas government Spore ambik tanah tu, atuk dan nenek pindah Rembia, Alor Gajah Melaka. Ingat lagi balik kampung ramai-ramai naik bas, sebab ayah tak de kereta time tu. Yang best bila time kacau dodol, berjalan raya, berkumpul ramai-ramai dengan sepupu2 yang pada masa tu kecik-kecik lagi. Sekarang ni sume dah besar-besar dah.

Rindu suasana raya dulu masa budak-budak. Batrisyia tanya, mama kita ni tak de kampung ke? mana ada kampung saya jawab. Umah nek bi kat kuching umah taman, umah nek sibah pun umah taman. So kampung kita dalam bandar lah. Sebab tu budak-budak ni suka kalau dapat balik Melaka sebab suasana kampung tu. Sara pun excited.

Sunday, August 21, 2011

KISAH 18 OGOS

Hari ni merupakan hari appointment klinik. Appointment mama pagi dan batrisyia sebelah petang. Subuh tu mak mentua kejut cakap nak pergi rumah anjang esot sebab nek su meninggal. Terus mama teringat alangkah besarnya kurnia sebab orang kata sesiapa yang meninggal dalam bulan ramadhan akan lepas seksa kubur. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Sebelum Appointment pagi tu, singgah dulu untuk melawat jenazah. mak mentua dah sampai dulu. Dalm kul 8 pagi baru gerak ke Poliklinik jalan masjid. Dapat nombor 314 sedangkan running numbers bari 100 lebih. Tunggu jugaklah. Tapi sebelum tu pergi lab ambil result darah dan urine. mak ai HBA1C punya result 12.4% tinggi tu. memang sah tak control memanglah.

Sebelum jumpa doktor kena check gula dulu. reading glucometer 7.1. tinggi gak dah risau. sebab masa pregnant dulu kalau check post meal mesti dalam range 6-7. Tapi kali ni tinggi. rupanya tak sama konsepnya. Kata doktor tu (eh bukan doktor sebenarnya) yang check kalau lepas 10 jam fasting lebih dari 8 kot baru lah tinggi. Tiap hari mama check gula nak tengok reading berapa. So far so good 5.5 sebelum ni tak macam ni. Ada peningkatan. Disebabkan kadar kolestrol yang tinggi maka kena makan ubat kolestrol pulak. Metformin pun dah kena increase 2 biji sekali makan. Enarapril pun dah increase dari 1/2 biji kepada 1 biji. Apa nak buat terpaksalah makan ubat seumur hidup.

Dalam pukul 11 lebih gak la baru settle semua urusan kat poliklinik. Dapat appointment 15 september beserta dengan ECG. Tapi tadi baru dapat surat kena attend bengkel CQI kat Kuala Terengganu dari 11 Sept-15 Sept. Adoii macamana ni. Terpaksalah kena set new appointment. nak cepatkan 8 hb tak boleh sebab ada kursus 3 hari nak anjakkan ke depan pun tak boleh sebab holiday pergi penang+ Langkawi dengan family date tu.

Petang appointment batrisyia dengan Dr George di Normah. Alhamdulah plan Dr menampakkan hasil. masalah batuk dia makin reda. Selepas dia operation tonsil tu batuk dia tak henti2. So dr discover bukan masalah paru-paru ke apa. Sebab xray dia ok. Ni sebabkan saluran hidung dia yang problem. Dr request nak buat sleep study. tapi bila check Normah tak buat untuk kanak-kanak below 9 years (kalau tak silap). Walaupun tonsil dah removed tapi masalah dengkur dia tak solve. So dr khuatir takut masalah apnea. Takut dia berhenti bernafas. memang sebelum ni dia ada kesukaran tidur sebab akan terjaga dan duduk sebab macam ada masalah bernfas. So takut oksigen ke otak akan terjejas. Doc bg ubat dan nab utk tengok macamana. Sebelum ni Dr bagi ubat untuk spray dihidung (Avamys) dua spray untuk hidung. Nampaknya ok. kurang batuk dia + kena pakai breath right semasa tidur. Bila check nampaknya rongga hidung dia dah terbuka sikit. tak lah block macam sebelum ni. Berat badan pun dah turun 2 kg. Sebab dia diet lepas kena refer dietician previous appointment.

Masa nak bayar terkejut dapat bil RM 262.00 ingatkan apa yang mahal sangat. Rupa-rupanya ubat untuk 3 bulan. Tak pelah janji kakak ok. Tapi Avamys tu memang mahal RM 84 satu botol. Kali ni doktor suruh kurangkan 1 spray. kalau tak ok kena bawak jumpa lagi.

Itu le kisahnya 18 Ogos. Disebabkan kesibukan itu jugakla mama terpaksa amik cuti. Doktor dah kata tak boleh amik mc sebab follow up.

22 RAMADHAN

Hari ni dah masuk hari ke-22 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah dikurniakan kesihatan dan kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini. Doaku moga dapat bertemu Ramadhan akan datang. Alhamdulilah batrisyia belum ponteng puasa lagi.

Untuk menggalakkan dia berpuasa, setiap hari akan tanya "Kakak nak buka apa hari ni?" Jumaat lepas masakkan kari ikan kegemaran dia. Mula2 dia ajak makan McD tapi disebabkan masih ada ikan yang belum masak so cakap kat dia mama masak kari nak?. Tambah pulak ada stok roti canai frozen dan karipap Sardin. So settle menu berbuka hari tu. Dia makan roti canai je berbuka tu nasi tak sentuh. Dia angkat tangan best katanya.

Esoknya, batrisyia request nak berbuka di McD. So bila papa balik kerja bagitau dan papa ok je. So tak payah masak untuk berbuka petang Sabtu. Sampai McD dalam kul 6 lebih punyalah ramai orang. mana taknye kat Kuching ni cuma ada 3 outlet McD. Tu yang crowded. nasib dapat tempat duduk. Disebabkan batrisyia yang request so berselera dia makan.

Ahadnye dia request pulak makan KFC. Pagi pergi Spring shopping kasut raya. Dah settle. Belikan papa kemeja 2 pasang. frust sikit salah beli size. hu3 abis tu takkan nak tukar. Papa tanya kenapa tak tunggu dia nak beli. Tu yang mama rasa petang tu papa angin sikit. Tapi lepas tu okla.

kakak request nak kasut tinggi. Susah nak beli kasut dia sebab kaki dia lebar. last2 dapatlah beli kasut yang sesuai. Sara pulak dah minat dengan satu kasut tapi size tak de pulak. frust last2 dia minat dengan kasut Pooh. Belasah je la. malas nak cari2 lagi. harga kasut budak2 ni mengalahkan harga kasut mama. Papa pulak tak beli kasut lagi. papa kata tahun ni tak yah beli sebab raya dia kerja...

Sebelum balik, anak2 mintak nak beli kek kat secret recipe. Disebabkan minat sangat dengan cheese, beli marble cheese, new york cheese dan classic cheese cake. sara nak Donut pulak kat big apple. mak uda belikan.. dalam kete nak mintak makan agaknya dah kelaparan. comotnya tak usah kira... sampai tertidur2 dalam kete dengan tangan yang ada icing donut tu..

Minggu lepas jugak tiap-tiap malam dapat buat kuih raya. Target satu kuih satu malam. tak nak buat siang sebab takut batrisyia tak tahan godaan. malam Sabtu buat cornflakes strawberry, malam ahad buat popia seaweed dan malam isnin buat kuih gunting. Malam khamis tu buat cornflakes madu kat umak mak mentua.malam ni kalau rajin target nak buat chocolate chips pulak. Resepi dah mintak mak itam. mak itam siap kata cuba jangan tak cuba. ha3 ni kena try..

Tuesday, August 9, 2011

SALAM 10 RAMADHAN

Hari ni dah masuk hari kesepuluh berpuasa. Alhamdulilah batrisyia belum ponteng lagi.Harap-harap cukuplah puasa anak mama tahun ni. Sejak first day puasa mak ada kat umah., memang best. balik umah mak dah masak. Tak payah sibuk2 nak masak. Esok mak dah nak balik jb dengan zai dan kiki. so, rutin back to normal.

Sunyi balik umah. Sebab tak de orang nak melayan anak dara dua orang tu. Petang ni decide buka puasa kat luar je. Nak pergi Spring buka kat sana. Nak makan apa tak tau lagi. Nantilah decide. nak makan SCR ke, sugar bun ke, kenny rogers, secret recipe, pizza ke, manhattan ke tak tau lagi. Balik keje yati amik boleh terus pergi.

2 hari lepas batrisyia dapat keputusan periksa setengah tahun. dapat no 12.. tak kisahlah sebab ada 2 subjek dapat 100. ada yang dapat 80 dan macam2 markah.peratus kira ok la. Tapi dia dah susah hati takut tak dapat pergi langkawi. Mama cakap boleh sebab tiket dah beli.

Hari ni rasa lega sebab soalan exam dah fully settle semalam. kalau tak stress rasa kepala ni. kena buat 2 set pulak tu.. memang rasa busy sangat...tinggal preparation untuk kelas je lagi.

Minggu lepas dapat anak buah baru. Muhammad Asyraf Wajdi bin Akmalluddin...