Thursday, February 24, 2011

ALFATIHAH BUAT ARWAH SHUKRI

Hari ni kesibukan melanda dek menyiapkan soalan final. Dari sampai opis kul 7.30 terus mengadap pc menyiapkan soalan. Dalam kesibukan tiba2 hp berbunyi menandakan ada sms masuk. Rupanya che me mesej inform sorang kawan sama2 belajar di UiTM meninggal dunia petang semalam.

Agak terkejut dan sedih sebab kawan sorang ni memang orang yang paling simple dan paling best dengan lawak dia buatkan kami sekelas amat menyenanginya. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. geng2 Info96 dah kehilangan dua sahabat yang amat disenangi.. Ingat lagi arwah Farah dan Shukri.. Semoga mereka berdua aman disana.

Tuesday, February 15, 2011

OUTING DI HARI CUTI

Entri kali ni nak update aktiviti cuti. Disebabkan Isnin amik cuti so total cuti mama ialah 4 hari. Kiranya puaslah berjalan sana sini. Tapi destinationnya lebih kurang sama. Anak2 apa lagi seronok la. dok fulfill tcha punya wish nak kemana2. nak main game lah nak itu lah ini lah.

Semalam pergi spring lagi saje sebab tak de pot nak lepak2. nak buang masa so bawaklah anak2 dengan lacik diorang. Kesian lacik bila mama kerja dia tak kemana pun.Semalam ada incident kat spring yang buat darah mama naik sekejap. Nama pun staff kat information counter. rasanya next time kena hantar staff tu pergi kursus agaknya. cara dia layan customer very rude dan rasanya macam tak layak dia duduk situ.. detail malas nak ingat buat sakit kepala dan hati je..

Wednesday, February 9, 2011

TAKZIAH BUAT KELUARGA HJ MAAROP

Entri kali ni dedicate buat family arwah hj Maarop di Kampung pasir JB.

Ahad lepas, mama dengan papa saje2 tengok CD kami kahwin dolu2. Bukan apa mengimbas kenangan 7 tahun lepas. Kami teringat dengan Pakcik Maarop dan Makcik Sarah (bukan nama sebenar). Biasanya hubby akan call at least sebulan sekali makcik dan pakcik ni untuk tanya khabar. Tapi ahad lepas call tak de orang angkat. So tiap2 hari hubby call takut pakcik sakit ke. So semalam telefon. makcik sarah yang angkat. rupanya petang semalam pakcik meninggal setelah 10 hari masuk hospital. Inalilahiwainailahirojiun.. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh allahyarham.

Sebenarnya kami tidak ada sebarang ikatan persaudaraan pun dengan pakcik dan isterinya. Cuma saudara sesama islam. Hubby kenal pun di Kuching semasa mereka datang untuk melawat anak mereka. Sampaikan pakcik maarop lah yang mewakili rombongan belah hubby masa majlis pertunangan dan dan perkahwinan kami. Tu yang hubby terhutang budi. So dah anggap macam saudara gak. Bila Kami nak menikah pakcik dan makcik ni siap buat marhaban kat rumah dia untuk meraikan family hubby dan doa selamat untuk majlis kami. Pertunangan anak Pak ngah pun kami mintak tolong pakcik jadi wakil.

Jadi kalau kami berkesempatan memang kami akan singgah menziarah mereka kalau balik JB. Seingat mama last jumpa masa udin kahwin. pakcik dan makcik datang. walaupun pakcik dah tak berapa sihat.Semoga jasa dan budi baik Arwah pakcik Maarop dicucuri rahmat. Mintak tolong yati dengan mak menziarah je pagi ni..

Tuesday, February 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY PAPA

Happy birthday hubby.... semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang berkekalan dan cemerlang dunia akhirat... Birthday kali ni jatuh pada hari jumaat. tak ada celebration besar-besaran pun biasa-biasa je. So kali ni punya birthday blanje hubby kemeja Polo dengan kasut Kickers. Kira ok la sebab dua2 benda ni hubby pakai.

Jadi last week kami pun pergi Spring untuk acara Shopping + makan2. kali ni mama blanja makan kat Fish Manhattan di The Spring.Dah lepas tu, jalan2 lagi kakak ajak makan Sushi pulak, So kami pun ke Sushi King. kali ni esty yang blanje...

Minggu ni minggu meeting. Dalam perancangan next week menteri nak datang Kuching untuk buat dialog dengan staff Pks dan kolej Komuniti. Tadi baru pegawai UPLI call tanya mama confirm ke nak pergi. Venue di Pullman hotel Khamis 10 Februari. So mama kata ok je.. dress code baju batik. Alamak baju batik kebanyakannya dah faded kaler.. terpaksa beli baru.. harap2 sempat..

rasa2 nya minggu ni chinese new year pun ada task yang mama kena buat. hopefully semuanya berjalan lancar dan memuaskan hati semua orang. Proposal untuk colaboration dengan Swinburne semalam mama dah siapkan tinggal lagi Timbalan Pengarah Akademik proof read. Kalau tak de apa2 next week boleh dicadangkan kepada TKP yang datang Kuching.

So this friday lacik datang kuching dari jb. dah macam2 barang pesan. Yang penting sos peri peri nandos.. Kesian mama teringin nak makan nandos. tapi kat Kuching tak de outlet Nandos. maknanya kena la buat sendiri. Ingat nak beli oven bakar ayam tapi tak tau lagi. takut tak pakai nanti. Yelah balik umah weekend je...

Ingat nak beli kuali grill, tapi ingat nanti bln 9 nak pergi langkawi. Ingat nak beli kat sana sebab ramai orang kata kat sana murah. Dah target arcopal, coning ware dll... ha2 macam ye je larat ke nak angkut...