Tuesday, February 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY PAPA

Happy birthday hubby.... semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang berkekalan dan cemerlang dunia akhirat... Birthday kali ni jatuh pada hari jumaat. tak ada celebration besar-besaran pun biasa-biasa je. So kali ni punya birthday blanje hubby kemeja Polo dengan kasut Kickers. Kira ok la sebab dua2 benda ni hubby pakai.

Jadi last week kami pun pergi Spring untuk acara Shopping + makan2. kali ni mama blanja makan kat Fish Manhattan di The Spring.Dah lepas tu, jalan2 lagi kakak ajak makan Sushi pulak, So kami pun ke Sushi King. kali ni esty yang blanje...

Minggu ni minggu meeting. Dalam perancangan next week menteri nak datang Kuching untuk buat dialog dengan staff Pks dan kolej Komuniti. Tadi baru pegawai UPLI call tanya mama confirm ke nak pergi. Venue di Pullman hotel Khamis 10 Februari. So mama kata ok je.. dress code baju batik. Alamak baju batik kebanyakannya dah faded kaler.. terpaksa beli baru.. harap2 sempat..

rasa2 nya minggu ni chinese new year pun ada task yang mama kena buat. hopefully semuanya berjalan lancar dan memuaskan hati semua orang. Proposal untuk colaboration dengan Swinburne semalam mama dah siapkan tinggal lagi Timbalan Pengarah Akademik proof read. Kalau tak de apa2 next week boleh dicadangkan kepada TKP yang datang Kuching.

So this friday lacik datang kuching dari jb. dah macam2 barang pesan. Yang penting sos peri peri nandos.. Kesian mama teringin nak makan nandos. tapi kat Kuching tak de outlet Nandos. maknanya kena la buat sendiri. Ingat nak beli oven bakar ayam tapi tak tau lagi. takut tak pakai nanti. Yelah balik umah weekend je...

Ingat nak beli kuali grill, tapi ingat nanti bln 9 nak pergi langkawi. Ingat nak beli kat sana sebab ramai orang kata kat sana murah. Dah target arcopal, coning ware dll... ha2 macam ye je larat ke nak angkut...

No comments:

Post a Comment