Wednesday, February 9, 2011

TAKZIAH BUAT KELUARGA HJ MAAROP

Entri kali ni dedicate buat family arwah hj Maarop di Kampung pasir JB.

Ahad lepas, mama dengan papa saje2 tengok CD kami kahwin dolu2. Bukan apa mengimbas kenangan 7 tahun lepas. Kami teringat dengan Pakcik Maarop dan Makcik Sarah (bukan nama sebenar). Biasanya hubby akan call at least sebulan sekali makcik dan pakcik ni untuk tanya khabar. Tapi ahad lepas call tak de orang angkat. So tiap2 hari hubby call takut pakcik sakit ke. So semalam telefon. makcik sarah yang angkat. rupanya petang semalam pakcik meninggal setelah 10 hari masuk hospital. Inalilahiwainailahirojiun.. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh allahyarham.

Sebenarnya kami tidak ada sebarang ikatan persaudaraan pun dengan pakcik dan isterinya. Cuma saudara sesama islam. Hubby kenal pun di Kuching semasa mereka datang untuk melawat anak mereka. Sampaikan pakcik maarop lah yang mewakili rombongan belah hubby masa majlis pertunangan dan dan perkahwinan kami. Tu yang hubby terhutang budi. So dah anggap macam saudara gak. Bila Kami nak menikah pakcik dan makcik ni siap buat marhaban kat rumah dia untuk meraikan family hubby dan doa selamat untuk majlis kami. Pertunangan anak Pak ngah pun kami mintak tolong pakcik jadi wakil.

Jadi kalau kami berkesempatan memang kami akan singgah menziarah mereka kalau balik JB. Seingat mama last jumpa masa udin kahwin. pakcik dan makcik datang. walaupun pakcik dah tak berapa sihat.Semoga jasa dan budi baik Arwah pakcik Maarop dicucuri rahmat. Mintak tolong yati dengan mak menziarah je pagi ni..

No comments:

Post a Comment