Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia..

Entri hari ni pasal Malaysia menang Piala AFF. Sebanarnya mama bukanlah peminat bola tapi start tgk masa malaysia Lawan Indon di Bukit Jalil yang lepas. Malam tadi tengok lagi mungkin semangat patriotik kot..

Yang pentingnya Malaysia menang dan Jumaat diumum cuti. Sebenarnya, isnin lepas batrisyia ada appointment dengan pakar pasal tonsil. Dr scheduled minggu depan operate. tapi memandangkan last week dia demam so mama ingat mesti postpone lagi. Tapi dr insist nak buat jugak sebab dah banyak kali delay. kalau dia tak demam. So jumaat (esok) dr suruh datang lagi. Tapi disebabkan esok cuti mama ingat nak call hospital tanya appointment esok. Pagi dalam kul 8 dr dr klinik pakar call mama tanya tcha ada demam tak. cakap tak de so petang ni dr nak jumpa appointment call 2.00.

jap lagi kena keluar antar tcha gi hospital. Call hubby bgtau sebab dia pun kena kuar tengahari. Kat hospital susah nak parking. kalau pg dgn hubby dia boleh drop dan kitaorang boleh trs gi daftar.

So kalau tak de apa2 aral 5hb tcha operate. hopefully dia tak demam lagi..

Wednesday, December 22, 2010

SARA


Sara dah dua tahun sekarang ni. Dah pandai bergaya bila amik gambar, dah pandai nak ikut kalau pergi mana-mana. Boleh tahan lasak jugak si kecik ni. so ni gambar Sara yang ada dalam simpanan

Tuesday, December 21, 2010

WINTER VILLAGE



Semalam lepas setle urusan dibank kakak ajak pergi winter village. Dia tuntut sebab ahad yang lepas tak jadi pergi atas hal2 emergency. So semalam lepas maghrib keluar rumah. Kebetulan nak pergi bayar kereta di Ambank Padungan jadi kami terus ke MBKS.

Dari jauh dah nampak giant christmas tree. batrisyia memang dah excited nak pergi. Siap nak bawak sweater lagi. parking punyalah penuh.. Ramai orang datang malam sebab malam lampu2nya cantik. So ramailah datang semata-mata nak bergambar. bayaran masuk ke Winter Wonderland RM5.00. Kira ok la sebab menarik untuk digambarkan. tapi orang punyelah ramai.

Kami sekeluarga pun masuk dan bergambar2. Batrisyia paling banyak bergambar dan posing. Tapi kat dalam winter wonderland tak sejuk pun. Ingatkan sejuk macam rumah ais yang mama dan papa masuk kat Singapore dulu. Yang tu siap kena pakai sweater tebal yang kena sewa. Ingat lagi mak itam bawak mama dengan papa berjalan. time tu tengah pregnant kan batrisyia.

Lepas keluar dari winter wonderland, batrisyia mintak belikan lampu bentuk roses. Dah lama dia aim sebab dia tengok kanak2 lain pegang macam2 lampu. Mama pun belikan satu. Kiranya adik kongsi dengan kakak la. So inilah gambar2 yang diambil malam semalam.

Sunday, December 19, 2010

GAMBAR LAMA


Ni gambar2 yang lama yang belum sempat upload. rasanya gambar ni diambil masa kat Hotel di Singapura. Anak2 dan sepupu mama mandi kat swimming pool hotel masa wedding Hamsan Oktober lepas.rsanya hotel ni kat area Thomson.

Ada gak gambar kakak dengan adik tengak buat kek untuk raya haji yang lepas. memang kakak rajin menolong kalau kita buat apa. terutama sekali yang masak2. Sebab dia suka berangan2 main masak2 adik pun sama.

Harap2 bila dah besar dua-dua rajin tolong mama masak. tak la mama penat sorang2 + boleh goyang kaki sebab dah ada asisstant. ha3

ONE FUN DAY DAN SINAR SERAPI ECO THEME PARK




Musim cuti sekolah dah nak habis. kali ni mama tak de cuti nak amik lagi untuk temankan kakak dengan adik. lagipun student dah start kelas. Jadi rutin harian pun mulalah.. kakak complaint cuti sekolah tak jalan mana2. "Itu yang saya asyik tengok TV". Sebabnya mama dan papa tegur dia asyik tengok tv je. Itu lah jawapan dia.

So Sabtu lepas mama bawak family join One Fun day JTMK di Kampung budaya Sarawak.Kira macam family day jabatan la ni.. Seronok sebab dah lama tak pergi Kampung budaya. Sampai kat tempat parking kami breakfast dulu. Ajk dah sedia nasi lemak tapau.Dah settle semua barulah masuk secara grouping. So berjalanlah dari satu rumah ke rumah.Yang tak laratnya kena dukung adik. dia tak mahu berjalan sebab gayat bila lalu atas papan tu. lagi2 bila ada gap nampak bawah. Punye lah letih sakit pinggang mama. Yang bestnya tak nak papa dukung.. Dah la naik rumah2 tu tangga dia tinggi2..

Dalam pukul 11.30 pergi tengok persembahan kat theatre. kakak seronok tengok persembahan. Sebelum balik makan dulu kat restoran dan dapat hadiah cabutan bertuah.Sebelum balik rumah singgah kampung Buntal. Beli ikan sembilang dan udang dengan perkasam ambal. Beli jugak pais udang, ikan lumek dan pais otak2. Sedap sebab seafood baru2 dibakar.Harga satu RM1.00 je. memang best ratah seafood.Balik umah semua pengsan tido. malam Esty belanja makan kat Hartz Chicken Buffet sebab kami tak masak untuk makan malam. Tapi petang dah buat cucur udang sebab bartrisyia dah complaint lapar bangun tido.Sebelum balik umah lepas makan, pergi padungan nak tengok christmas tree yang besar. tapi tak turun kereta pun sebab hari hujan dan parking penuh.. janji dengan kakak nak bawak pergi masuk rumah salji keesokannya tapi tak jadi sebab ada emergency last minit.

Ahad, bawak anak2 pergi Sinar Serapi Eco Park. Kakak dengan adik nak mandi. Actually ni tempat baru di Kuching. Baru bukak bulan Oktober yang lepas. Kami dapat tahu pun bila dapat broshure. Puas gak anak2 mandi. Sebelum balik naik bot dulu pusing2 lake.Tengah2 anak2 mandi dapat call sepupu mak meninggal. Petang lepas balik dari serapi eco park, hubby, mak dan esty melawat rumah arwah. mama tak ikut sebab anak2 berdua ni tido. Lama gak la diorang ni tido.. kepenatan.

Sunday, December 5, 2010

HAPPY 2ND BIRTHDAY ADHANA QAISARA





















Sabtu lepas, 4 Disember celebrate birthday sara yang ke 2. Actually birthday Sara 6 disember tapi sambut awal sebab sabtu cuti. Semua preparation memang dah susun rapi. Thanks to papa for approval the budget, mak kat johor yang poskan barang2 party dari JB, mak uda for the design and goodies bag, tetamu yang hadir yang bagi birthday present (Sara suka sangat, banyak dia dapat hadiah), anor dari mycupcakes (tq for the lovely fondant cake), autie tina dari The Kids creativity centre for the helium balloon and pinata, pn farmie dari Danish trading for the cute mini cupcakes, Sepupu2 i yang menolong esp, kak ija dan anak2.. credit to all of you.

Birthday sara temanya Ladybird kali ni. So choclate, banner birthday, birthday invitation card, baju jenama ladybird. termasuk baju mama, usu, mak uda dan papa pun kaler merah, toppers pun ladybird.

Birthday start pukul 3. tunggu semua orang ada baru mulakan baca doa. tq pada jenal (hubby kak lenny kerana sudi mengetuai bacaan doa), lepas tu acara potong kek pun dimulakan, Sara seronok sangat potong kek. pandai dia tiup lilin. sebab dah banyak kali dia practice kot.. lepas tu start makan2. menu hari tu Soto ayam. bihun goreng, kuih muih, sosej dan nugget ayam.

Lepas dah start makan, saja suka2 main game. peserta dia anak buah yang datang. Boleh dikatakan tetamu yang hadir kebanyakannya anak buah mak dan adik beradik mak. Meriah sekali sekala berkumpul. Mua2 main teka berapa choc ladybird dalam botol, lepas tu pertandingan tiup belon, musical chair, sudu bertuah dan last sekali pinata.. more pictures and video ada kat fb.

Kemuncak acara bagi helium balloon kat kanak2 yang sememangnya dah aim ballon tu..bagi goodies kat kanak2 dan pulut kuning pada adult. Alhamdulilah berjaya organise party untuk my little lady. Sara is turning 2. Next year papa kata kena organise birthday kakak pulak. Insyaallah kalau ada rezeki untuk kakak. Apa pulak theme untuk kakak kali ni.kenalah mama fikir sesuatu untuk kakak