Sunday, December 19, 2010

ONE FUN DAY DAN SINAR SERAPI ECO THEME PARK




Musim cuti sekolah dah nak habis. kali ni mama tak de cuti nak amik lagi untuk temankan kakak dengan adik. lagipun student dah start kelas. Jadi rutin harian pun mulalah.. kakak complaint cuti sekolah tak jalan mana2. "Itu yang saya asyik tengok TV". Sebabnya mama dan papa tegur dia asyik tengok tv je. Itu lah jawapan dia.

So Sabtu lepas mama bawak family join One Fun day JTMK di Kampung budaya Sarawak.Kira macam family day jabatan la ni.. Seronok sebab dah lama tak pergi Kampung budaya. Sampai kat tempat parking kami breakfast dulu. Ajk dah sedia nasi lemak tapau.Dah settle semua barulah masuk secara grouping. So berjalanlah dari satu rumah ke rumah.Yang tak laratnya kena dukung adik. dia tak mahu berjalan sebab gayat bila lalu atas papan tu. lagi2 bila ada gap nampak bawah. Punye lah letih sakit pinggang mama. Yang bestnya tak nak papa dukung.. Dah la naik rumah2 tu tangga dia tinggi2..

Dalam pukul 11.30 pergi tengok persembahan kat theatre. kakak seronok tengok persembahan. Sebelum balik makan dulu kat restoran dan dapat hadiah cabutan bertuah.Sebelum balik rumah singgah kampung Buntal. Beli ikan sembilang dan udang dengan perkasam ambal. Beli jugak pais udang, ikan lumek dan pais otak2. Sedap sebab seafood baru2 dibakar.Harga satu RM1.00 je. memang best ratah seafood.Balik umah semua pengsan tido. malam Esty belanja makan kat Hartz Chicken Buffet sebab kami tak masak untuk makan malam. Tapi petang dah buat cucur udang sebab bartrisyia dah complaint lapar bangun tido.Sebelum balik umah lepas makan, pergi padungan nak tengok christmas tree yang besar. tapi tak turun kereta pun sebab hari hujan dan parking penuh.. janji dengan kakak nak bawak pergi masuk rumah salji keesokannya tapi tak jadi sebab ada emergency last minit.

Ahad, bawak anak2 pergi Sinar Serapi Eco Park. Kakak dengan adik nak mandi. Actually ni tempat baru di Kuching. Baru bukak bulan Oktober yang lepas. Kami dapat tahu pun bila dapat broshure. Puas gak anak2 mandi. Sebelum balik naik bot dulu pusing2 lake.Tengah2 anak2 mandi dapat call sepupu mak meninggal. Petang lepas balik dari serapi eco park, hubby, mak dan esty melawat rumah arwah. mama tak ikut sebab anak2 berdua ni tido. Lama gak la diorang ni tido.. kepenatan.

No comments:

Post a Comment