Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Hari ni dah hari kedua umat islam berpuasa. Maksudnya ada 28 hari lagi sebelum menjelang syawal. Belum apa2 dah ingatkan raya. hu3... Hari ahad lepas travel to Ipoh. Kali ni pergi bengkel Microsoft Acedemy di Politeknik Ungku Omar. Sepatutnya travelling balik Kuching hari rabu. Tapi disebabkan Program petang tu tak de maka tiket pun ditukar ke selasa malam. Lagipun kalau travelling rabu dah puasa beb.. takut tak larat..

So perjalanan memang memakan masa dan meletihkan. dapat jugak beli jambu tambun. Itu pun hapiz anak pak ngah tolong belikan. Tq hapiz memang sedap jambu tu.. Apa yang dibeli di Ipoh??? sempat pergi Jaya Jusco yang tengah sale. kali ni borong makanan. Yati pesan mee ruski tomyum. beli 5 paket. lepas tu beli mangkuk isi biskut raya. Ingat nak hadiahkan MIL sempena raya.

Tahun ni kami sekeluarga raya kat JOHOR.. tiket dah confirm, abg cuti pun dah apply. Ingat mama nak apply cuti next week untuk raya. Semalam balik umah mak dalam pukul 10. Sebelum tu dah perasan badan qaisara panas. Ingat nak gi klinik tapi tengok dia ok je tak jadi. Lepas tu pukul 1 lebih pagi dia merengek. mak oii panasnya badan dia. Terus kami bawa ke Klinik Kotaraya. sebelum tu dah tuam dengan tuala turun sikit la. Doktor masukkan ubat dalam bontot dia. Lagipun Sara susah sikit makan ubat.

Kakak pulak semalam bangun sahur kata nak puasa. Ada gak dia mintak nak nenen tapi lengahkan dia main game dan macam2 lagi. Petang lepas amik yati pergi bazar ramadhan Samarahan. Bila dah tengok makanan dia tak tahan dah merengek. nak2 tengok air yang ada macam2 kaler. Sebab dah menangis papa bawak dia masuk kereta. Bila mama datang tengok dia tengah makan. Sayangnya lagi dua jam je nak berbuka..dah tu dengan perasaan takut2 dia sorok makan nugget kat bilik. Bila mama kata mama tak marah dan cakap ada belikan dadih strawberry baru tersenyum senang hati. Habis dadih dia makan sorang. memang lapar betul kakak. Pagi ni kejut sahur dia tak nak bangun. tak taula dia puasa ke tak hari ni...

No comments:

Post a Comment