Wednesday, August 18, 2010

LEGA RASANYA

Alhamdulilah lega rasanya dah terlepas proses pencerapan dan validasi. Semuanya berjalan lancar. tunggu keputusan je lagi. kalau ada rezeki adalah... tapi penat rasanya tak hilang lagi.. penat prepare semua dokumen...dan buat lesson plan mengajar...and thanks for student DIP3/S2 for your wonderful cooperation.. Credit to you all..

Hari ni nak buka apa ek? semalam dah masak mee goreng. Ingat kalau papa tak sempat gi bazar ramadhan kena lah mama yang pergi. nak beli air tebu.. satu kemestian + air kelapa....


Papa dah request soto hujung minggu ni. dia nak makan begedil yang pentingnya....so menu weekend dah ada...Cume teringatlah puasa2 ni kat arwah ayah.. kalau ayah ada lagi mesti best.. mesti banyak idea.. bila tengok orang berjual kat bazar ramadhan teringat ayah yang gigih mencuba berniaga kat bazar ramadhan tun aminah sekali dulu. Punyalah lepak yang menyediakan. Tapi dapat upah...walau tak banyak upahla namanya.Kebetulan tahun ni Turn Raya Johor. Apa yang yang tinggal hanyalah pergi kubur arwah ayah je. Ayah dulu pernah pesan kalau nak pergi kubur jangan pergi pagi raya. pergilah sebelum raya sebab roh masih ada bulan puasa. kadang-kadang tiba2 je rasa rindu kat ayah.. sampai berdoa kalau boleh biarlah ayah datang walau dalam mimpi...

Teringat nak makan laksa johor la pulak ke laksa penang ke. Setakat ni the best laksa kat kuching ialah dirumah hijau.. memang kena dengan taste aku. Begitu jugak dengan rojak mamak dan roti boom cheese... nyum2 .. papa jom pergi u belanja..Batrisyia pun suka makan kat rumah Hijau.. kalau orang kuching bolehlah pergi rumah hijau kat area Satok...

Tak pun nak tunggu papa belanja buffet kat Banquet @ kat Grand Magherita (Macam2 ada)..ok papa?

No comments:

Post a Comment