Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Langkawi





Setelah 2 malam di Penang, kami semua bertolak ke Langkawi. First time sampai ke Langkawi. Memang excited. Especially target nak shopping coklat dan pinggan mangkuk. Amy (driver van)diPenang hantar ke airport dalam pukul 10 pagi. Flight kul 1.00.
Masa makan diairport, terserempak dengan Siti Nurhaliza. Itu pun dia laju je sebab nak boarding.

Sampai airport langkawi driver van dah tunggu untuk hantar kami ke Suria Century Apartment. Apartment dia okla berbanding dengan desa Pelangi Condo. Siap ada breakfast untuk 6 orang lagi. Petang tu tak de aktiviti. Ingat nak sewa kereta. Tapi bila call driver untk bawak pusing jap dengan extra bayaran, kami pun dapatlah pergi Pantai Cenang, Idaman Suri, Hj Ismail Group dan pasar malam. Tour yang lain on the second day.

Dah start survey pinggan mangkuk. kat Idaman Suri cantik2 dia punya Pinggan mangkuk.Target beli Tefal, mangkuk hidang, macam2 lagi. tapi beli sikit dulu sebab hari kedua akan pergi lagi.

Keesokannya, selepas bersarapan mulakan tour ke Langkawi. Mula-mula naik cabel car. best nampak pemandangan. Cumanya keadaan pagi tu agak berkabus. Yang nervous naik cabel car masa nak naik dengan turun. Sebab cable car tu tak stop. takut tertinggal.Kat sini anak2 siap bagi makan rusa. yang bagi Kiki sebab kakak dengan adik takut.Lepas tu ke beras terbakar, underwaterworld, makam mahsuri, Pergi pekan Kuah. Ingat nak ambik gambar kat helang. Tapi sayang helang tengah renovation. tak dapat amik gambar dari depan.

Lepas tu sambung shopping kat Rams,Idaman Suri dan pergi pasar Malam. Punyalah seharian.

Tuesday, January 25, 2011

SURVEY FOR THE INFO

Dalam minggu ni sibuk dok cari info pasal tempat menarik di kota kinabalu, ranau, kundasang dan manukan island. Bukan apa 3 mac-8 mac kami sekeluarga akan bercuti di Sabah. Sekeluarga maksudnya dengan mak dan adik beradik di jb. So diorang dari jb, kami dari kuching jumpa di Kota kinabalu.

Plan melancong ni tetiba je sebab airasia promotion 0 sen last year. tapi yang tensionnya air asia reschedule flight dia. So flight saya kena subuh pukul 6, dari kk pukul 9 mlm asalnya tengahari.. hu3 suka hati je tukar...

Setakat ni dah buat confirmation dengan Aura biru services untuk apartment dan transport. So insyaallah akan stay di marina Court Apartment. nasib baik sebelum ni dah beberapa kali gi sabah for meeting and kursus dan last 2 years melancong dengan family, so dah boleh gambarkan tempat2 menarik nak pergi.

Cuma kali ni nak pergi manukan Island..

September akan terbang ,melancong lagi ke langkawi pulak. Hotel dah reserve dengan booking.com cuma nak cari transport lagi.. Will stay at penang for 3 days dan 2 days di Langkawi. Tiket dah flight pun dah beli. kebetulan rabbit promo last two weeks.. kali ni mak mentua join sekali sebab kami tak pernah jejak kaki ke Langkawi.. kat penang dan langkawi akan stay di apartment jugak. Bukan apa pergi ramai2 so amik 3 bedroom apartment sekaligus...

harap2 semua plan berjalan lancar...