Monday, October 10, 2011

Langkawi





Setelah 2 malam di Penang, kami semua bertolak ke Langkawi. First time sampai ke Langkawi. Memang excited. Especially target nak shopping coklat dan pinggan mangkuk. Amy (driver van)diPenang hantar ke airport dalam pukul 10 pagi. Flight kul 1.00.
Masa makan diairport, terserempak dengan Siti Nurhaliza. Itu pun dia laju je sebab nak boarding.

Sampai airport langkawi driver van dah tunggu untuk hantar kami ke Suria Century Apartment. Apartment dia okla berbanding dengan desa Pelangi Condo. Siap ada breakfast untuk 6 orang lagi. Petang tu tak de aktiviti. Ingat nak sewa kereta. Tapi bila call driver untk bawak pusing jap dengan extra bayaran, kami pun dapatlah pergi Pantai Cenang, Idaman Suri, Hj Ismail Group dan pasar malam. Tour yang lain on the second day.

Dah start survey pinggan mangkuk. kat Idaman Suri cantik2 dia punya Pinggan mangkuk.Target beli Tefal, mangkuk hidang, macam2 lagi. tapi beli sikit dulu sebab hari kedua akan pergi lagi.

Keesokannya, selepas bersarapan mulakan tour ke Langkawi. Mula-mula naik cabel car. best nampak pemandangan. Cumanya keadaan pagi tu agak berkabus. Yang nervous naik cabel car masa nak naik dengan turun. Sebab cable car tu tak stop. takut tertinggal.Kat sini anak2 siap bagi makan rusa. yang bagi Kiki sebab kakak dengan adik takut.Lepas tu ke beras terbakar, underwaterworld, makam mahsuri, Pergi pekan Kuah. Ingat nak ambik gambar kat helang. Tapi sayang helang tengah renovation. tak dapat amik gambar dari depan.

Lepas tu sambung shopping kat Rams,Idaman Suri dan pergi pasar Malam. Punyalah seharian.

No comments:

Post a Comment