Monday, October 18, 2010

WEDDING HAMSAN @ SINGAPORE









8 Oktober yang lepas balik jb sebab nak attend wedding hamsan di Singapore. Yang balik mama, mak uda, mak, batrisyia dan qaisara. Papa tinggal kat Kuching. Kitaorang pergi kejap je weekend tu sebab ahad flight balik Kuching. Isnin mama terbang lagi ke KL attend Bengkel Jaminan Qualiti.

Sampai Jb dah lewat malam sebab flight kitaorang delay. Ni yang leceh.. Sampai airport terus pergi dataran Bandaraya makan steamboat dgn bakso. Sampai umah dah nak dekat pukul 1. sembang punya sembang mak ngah sampai dalam kul 3 lebih lepas tu mak lang and family. pagi breakfast lepas tu bertolak gi Singapore dalam kul sembilan lebih.

Punyalah jammed jalan nak masuk singapore. mana taknya nak cop paspot yang berejam. sampai umah mak andak tolong settle doorgift lepas tu pergi marsiling amik kiki, zai dengan dayah. makan tulang dah jadi kemestian kalau gi marsiling. Lepas tu balik bersiap nak hantar hamsan nikah. sebab ahad bila bersanding tak dapat ikut sebab dah nak balik jb.

wedding hamsan sweet, simple tapi meriah. memang bestlah kiranya. malam lepas balaik dari Ang Mo Kio hub balik umah mak andak jap terus check ini kat hotel. pepagi lagi esoknya batrisyia dan qaisara dah bangun. Nak mandi kolam katanya. Kakak dengan Sara tak nak naik mandi kolam. nasib ada safwan dengan anak2 busu melayankan diorang mandi. Nak harap mama lambat cerita.

Dalam kul 10 kitaorang gerak pergi umah mak andak. makan2 tengok pengantin nak gi umah perempuan, amik2 gambar lepas tu balik JB. Thanks organiser ada special doorgift lagi. so enjooy the pictures.

No comments:

Post a Comment