Sunday, November 21, 2010

SETELAH SEKIAN LAMA TAK UPDATE BLOG



Rasanya dah lama tak update blog. Sejak pergi Bengkel kat KL bulan Oktober lepas. Dalam entri yang lepas ada cakap yang Batrisyia kena operate. So kami pun admit hospital hari selasa 26 Oktober. Operation dijadualkan hari esoknya. Dah siap cucuk amik darah dan pasang jarum kat tangan. Tiba2 kakak demam lak. Mak kat JB pun datang. amik dari airport terus pergi tengok kakak kat hospital.

Dalam kul 4 pagi hubby mesej kata kakak demam makin panas dan temperature naik sampai mencecah 40darjah celcius. Alamak confirm macam tak jadi buat operation. Lepas subuh mama pergi hospital. Sebab semalamnya tido umah jaga qaisara yang pun dah start demam. Bawak pergi klinik Kotaraya sebab klinik lain dah tutup. yang ini 24hr klinik yang available. service very slow.. Sara dah merengek2 sebab panas dia 39 darjah celcius. masuk ubat kat bontot, balik baru dia ceria sikit dah tak panas lagi..So malam tu letihlah tak berapa boleh tido. dah seharian semalam duduk hospital tunggu kakak.

Pagi mandikan kakak sebab ingat dia nak masuk OT. Sebab dia orang first pagi tu. Bila pakar ENT check case note dia tengok yang dia demam. Terus dia refer pada pakar bius. Bila pakar bius confirm operation tak boleh buat sebab patient demam, kakak pun dibenarkan balik dan set new date for operation. So next clerking will be 27 Disember dan tarikh Operate pada 5 Januari 2011. Tapi yang risaunya, batuk selsema kakak sampai sekarang tak baik2 lagi. Ubat memang tak tinggal dia makan.

No comments:

Post a Comment