Wednesday, November 24, 2010

ADHANA QAISARA

Cuti sekolah ni Shasha anak kak ija tinggal kat umah mak dari ahad lepas. nak menemankan anak2 berdua tu.. kakak biasalah excited sebab ada kawan. Makan, mandi, main, menulis semua dengan shasha.. Jumaat ni Shasha balik mesti diorang tercari-cari.Selasa lepas bawak budak2 ni makan MCD. Biasalah kes teringin nak makan McD + malas masak.Sara kesukaan, sebab main kat kat situ.

Minggu ni ada jemputan kenduri kahwin dan bertunang. yang bertunang opis mate gak. Selamat bertunang Ila & Nik. Semoga kekal ke jinjang pelamin. Tak sure lagi dapat attend ke tak sebab hubby kerja this weekend. Minggu depan yati cuti seminggu.. sebelum balik JB untuk praktikal. Tapi dah mintak tolong dia siap2 untuk prepare benda2 untuk party hari jadi Sara.

Actually tak plan pun nak buat party birthday sara. Tu yang yati dah beli tiket Jumaat blk JB. Tapi hubby kata kesian kat adik masa setahun pun tak buat just beli kek celebrate dengan sepupu dan mak sedara yang kebetulan datang kuching last year. itu pun celebrate kat Somerset gateway.

Banyak lagi preparation yang belum buat. mama sebagai birthday planner pun menjalankan tugas.first fikir apa party theme. Bila survey2 kat internet mama decide Sara punya birthday kali ni theme dia "Ladybird". So dah oder cake dengan anor fondant cake ada ladybird. Dah request kat anor cake macamana dah. menu pun dah decide, biasalah masak soto dan lain2.. Helium balloon pun dah oder kat kids creative di The Spring.. cuma tunggu stok pinata sampai the end of november baru nak confirm..

Games belum decide apa lagi. Jumaat nak print birthday card. Idea dah ada tapi nak kena edit guna photoshop baru gambar cun dan sharp sikit. ni kena mintak tolong kepakaran yati..By next week card nak distribute. Jemput sedara mara terdekat. itu pun dah kira ramai kalau semua dapat datang. Bukan apa bagi sara seronok sikit. Sebab kalau tanya Sara" Sara nak potong birthday cake tak?" dia jawab Nak! sambil mulut dia muncung2 menggayakan tiup lilin. So hari ni tengah tunggu poslaju dari mak. sebab pean mak beli coklat ladybird dan bekas letak pulut kuning sebagai doorgift adult. Kanak2 bagi goodies. tunggu plastik goodies yang import dari Singapore.

Hopefully dapatlah mama bereskan preparation birthday sara. Ada banyak benda nak buat hopefully semua terlaksana. Bak kata hubby " You biasalah macam2". i selalu jawab biasalah B i kan suka kejutan...ha..ha..ha

No comments:

Post a Comment