Tuesday, March 8, 2011

SABAH DAY 2










Hari kedua di Sabah kami pergi menjelajah ke Pulau-pulau. Dapat contact dari Don yang ada kawan yang memang bawa bot utk pelancong ke Pulau2. Agak berbaloi sebab kami sewa satu bot yang hanya bawak kami sekeluarga untuk pergi Pulau Mamutik, Manukan dan Sapi.

Ya Allah cantik betul pemandangan pulau2 ciptaanMu... Kami naik bot dari jetty di Pasar Ikan. En Jasli tunggu kat sana. First time naik bot meredah laut China Selatan. Memang suspen mulanya sebab semua tak pernah ada pengalaman. kakak pada mulanya takut tapi lama2 seronok. kami semua ada 11 orang dalam bot tu. Driver bot jasli memang boleh jadi guide yang bagus dan ada banyak pengalaman.

Pulau pertama mamutik, kami tak mandi kat sini. Cuma meninjau ikan2 dan aktiviti yang ada. tak lama, dalam setengah jam stop kat sini sebab nak pergi Manukan pulak. Sampai manukan barulah mandi dan snorkelling.lama gak stop kat sini. fasilities di Manukan memang lengkap dan pemandangan dia cantik. Kiki, Aus, yati (2), dayah snorkelling. mama tak, cuma mandi laut je. Dah nama pemankut air + tak pandai berenang.. Anak2 main kat gigi air je sebab takut. (tu mula2) lepas tu berani dah.

Habis mandi kami pergi ke Pulau Sapi pulak dengan baju basah2 naik bot. Sebab driver bot kata tak payah tukar baju. Pergi pulau Sapi memang cantik ikan2 dan coral dia. Kat sini kitorang bukak bekal. Mak masak nasi lemak dan makan roti. Bekalan memang masak sendiri sebab tu request apartment yang ada dapur dan boleh masak.

kat pulau sapi ni banyak biawak yang besar2 macam komodo pulak. tu yang tak berani duduk dengan hutan. Aktiviti wajib ambik gambar dan posing2... macam2 gaya.. dah settle semua, kami pun berangkat balik ke Jetty.

Dalam perjalanan balik ni kami merasai pengalaman yang mencemaskan bila tiba2 enjin bot yang kami naik mati kat tengah2 laut. Ya Allah cuaknya rasa time tu.. rasanya time ni muka dah pucat. Cepat2 mama suruh semua pakai life jacket. Bila sesekali air beralun bot kami bergoyang2. tengok bawah gelap tak nampak apa maklumlah air tu dalam sangat. Dah la tak pandai berenang. Tanya dengan jasli kenapa? dia kata mungkin enjin tersangkut sampah. Dia tengok2 tak de pulak sampah.. ada dalam 5 minit dia cari punca.

Last2 dia kata mungkin masuk pasir. so dia korek dengan cable tight. cuba punya cuba baru enjin boleh hidup. Semua dah senyap dalam bot kalau tak sebelum tu riuh je. Alhamdulilah kami semua selamat sampai ke Jetty. Nasib jugak sebab driver bot cekap dan dapat atasi problem tu... memang bersyukur sangat..

balik ke apartment jalan kaki dari pasar ikan... rehat2 kejap petang ronda2 pasar philipine dan pasar malam sinsuran.

Sedang berjalan, Don call tanya nak pergi Tanjung Aru Tengok sun set tak. kami pun set pergi Tanjung Aru.. Dinner kat situ sambil tengok bekas2 sunset yang masih ada. sebab dah terlambat. tapi pemandangannya memang cantik. Sebelum balik mintak Don singgah kat food court utk beli sotong2 dan jajan. Then balik apartment. Adik2 yang lain sambung lagi meronda kat pasar malam. Mama dengan anak2 tak ikut sebab dah tak larat dah. Sebab esok nak travel pergi Kundasang pulak...

1 comment:

  1. Salam,
    Boleh saya dapatkan no.telefon sewa bot ke pulau TAR? Thanks a lot
    emel ke : tura_leia@yahoo.com

    ReplyDelete