Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Semalam 16 Mei. Hari guru. Kalau arwah ayah ada mesti semalam sambut birthday ayah.. rindunyer.. Last sekali wish birthday ayah tahun 2007. masa tu ayah ada kat hospital selayang admitted. Wish by phone...tapi sekarang tak ada lagi..

Ayah meninggal 24 mei 2007. Alfatihah .. tak sanggup cite panjang nanti emo pulak. kalau arwah ayah ada mesti semuanya senang, mesti semuanya mudah,, mesti itu, mesti ini...bila ayah buat keputusan.. sekarang? ntahla

Tadi dapat call dari esty tanya pasal batrisyia. Pagi tadi esty hantar batrisyia ke taski.. macam biasa.. Sampai sekolah ada sorang kawan dia bawak hadiah untuk teacher sempena teacher's day. Kawan dia tanya.. Kitak ada mbak hadiah sik? Yang sorang kata ada beli hadiah tapi lupa nak bawak.. Yang nak dijadikan cite airmata batrisyia meleleh menangis bila kawan dia tanya pasal hadiah.

Sebenarnya semalam lagi mama dah tanye batrisyia nak belikan cikgu hadiah tak sempena teacher's day? seboleh2 dia tak mahu. saya tak mahu katanye.. pagi ni pulak menangis.. Agaknya dia tak paham lagi teacher's day kot..

Kepada cikgu2 selamat hari guru jasamu sentiasa dikenang...

No comments:

Post a Comment