Tuesday, September 7, 2010

UPDATE DARI JB





Salam semua.. kali ni update blog dari JB. Jumaat lepas sepatutnya last day kerja. Tapi aku MC sebab hari Khamis badan semacam. Mintak excuse boss pergi klinik. sebab rasa kepala dah berpusing dan badan macam dah tak stable. Bos siap suruh mintak sape2 hantarkan gi klinik. Tapi aku cakap tak pe drive slow2..

Sampai klinik check BP 170/120 wow terkejut... betul2 shoot up. Mungkin malam sebelum tu aku minum Ice cofee kat secret recipe. Balik umah start tak boleh tido dan perut dah start gastrik... alamak tak suka rasa ni.. Balik umah test bloodsugar pulak.. 14.1. Memang sah tinggi... Ni lah punca segala rasa badan yang tak tentu arah ni.. So bila MC duduk kat umah je la.. sambil kemas apa yang patut. Yang banyak aktivitinya.. Tido...

Ahad balik JB dalam cuaca yang hujan..dari kuching hujan lebat.. nak sampai senai airport flight tak boleh landing.. Padanlah hairan kenapa bila flight dah terbang rendah tiba2 naik semula dan makin laju.. Tak lama lepas tu pilot announce yang dia tak nampak hujung landasan bila nak landing dan akan buat second trial. Alhamdulikah selamat landing.. Mak, yati, aus, kiki dah tunggu kat airport.. Senai airport dah berwajah baru..

First aktiviti bila sampai JB ialah pergi Bazar Ramadhan kat Taman U. Mak berbuka kat masjid sebab ada majlis Khatam Al-Quran. Hari Isnin pagi pergi balik kampung kat Yong Peng. Pergi ziarah kubur arwah ayah.. kakak dah berani pergi kubur tok2. Siap pakai tudung lagi.. bacaan yassin dan tahlil kami sedekahkan untuk arwah ayah tersayang.. Ketiadaan ayah masih terasa sampai sekarang.. Kalau ayah ada kan senang.. Mesti hal sekarang ni banyak penyelesaiannya.. Sekejapnya 3 tahun berlalu.. tapi rasanya macam semalam je peristiwa ini berlaku.. Masih ingat lagi pandangan terakhir arwah ayah semasa aku nak balik Kuching dari Hospital Selayang..rupa2nya itu pandangannya yang terakhir.. Rezeki jumpa arwah ayah untuk kali terakhir.. kalau aku tk pergi minggu tu mesti aku menyesal seumur hidup..

balik dari kubur, balik umah jap sebelum pergi larkin nak cari tudung.. Tak beli banyak sangat sebab tak berkenan. Balik berbuka kat umah.. Lepas berbuka pergi Angsana Pulak. Punyalah ramai orang dan happening sungguh Angsana. Jalan Jem tak usah kata.Dari Angsana pergi pasar borong kat pandan. Punyalah ramai orang.. bazar pun banyak gerai.. tak shopping kat sini sebab ramai sangat orang. Sibuk cari pasar ikan dengan mak.

Hari ni selasa, pergi kampung pasir hantar kat jemputan umah pakcik maarof, lepas tu destinasi seterusnya KIP MART, Lepas balik dari KIPMart singgah Jusco Bukit Indah. Papa shopping kasut dan barang2 golf dia, Mama lak shopping air gas untuk raya..beli barang2 sikit + oder kek birthday batrisyia kat Baskin Robin. Cadangan nak potong kek masa 18 Sept nanti. Bila semua sedara mara ada.

Balik dari Jusco, singgah Tesco sebab nak berbuka kat Food Court. Pilih Makanan kat gerai Thai Fusion.. Memang puas hati dengan Set E, yang ada ikan siakap sweet sour, kangkong belacan, telur dadar, sotong goreng tepung plus tomyum campur dan nasi goreng cili padi.. Yang lain makan siziling mee, kiki dengan KFC, kakak makan spaghetti..

Dari Tesco terus balik umah.. kepenatan.. Ni pun baru lepas tidurkan anak dara 2 orang tu.. Esok? nak pergi pasar beli barang basah dan kering untuk lauk raya.. Letih memang letih tapi best berjalan tiap2 hari.. Lepas ni ada banyak kerja menanti..

No comments:

Post a Comment