Monday, September 27, 2010

SABTU DAN MINGGU

Minggu lepas macam2 aktiviti sejak balik dari JB. hari sabtu pergi Jabatan Imigresen sebab nak buat pasport Sara dan mak. Masa Sampai orang tak ramai tak macam buat pasport Batrisyia dulu. Lepas hantar semua dokumen 2 jam lepas tu baru pasport siap. Sementara nak tunggu pasport siap, pergi breakfast dulu kat Chilipapers Simpang Tiga.Disebabkan banyak masa lagi singgah Smart kat Queens Court. Beli barang dapur sikit. Almaklumlah dapur dah lama tak berasap.

Lepas tu papa singgah kat Spring saje pergi nak buang masa sementara menantikan pasport siap. Dalam pukul 11.30 pergi balik imigresen untuk collect pasport. Sara macam biasa tak tau diam, lari sana, lari sini sebab suka tempat yang lapang. Dia meragam jugak sebab belum tido siang lagi. Petang ingatkan nak pergi Jom Heboh. Tapi disebabkan anak2 tida + hujan lebat tak jadi nak pergi.

Hari Ahad bangun pagi kemas apa yang patut. Siapkan anak2 nak pergi open house umah officemate. Mula2 nak tinggalkan kat umah mak kakak dan adik. tapi kakak cakap nak ikut so bawaklah diorang ni. lebih kurang 12.30 baru balik umah. balik umah mandikan dua2 terus semua pengsan.

bangun tido perut lapar. So masaklah simple, Labu masak tumis air (sarawak style), Ikan talapia merah goreng cicah cili padi kicap. oklah habis gak makan untuk petang tu. Lepas magrib siap2 balik umah mak.

Minggu ni nak buat open house untuk kawan2 yati dengan jiran2 kat kuarters. Cadangan nak masak soto, kalau rajin nak masak nasi beriyani untuk siang. malam ingat nak masak roti jala cicah kuah kari dengan pasta goreng. Disebabkan malam kitaorang buat style potluck 9 buah umah, so kitaorang buat simple je. Sebab ada yang dah masak nasi. Tu dah kira heavy la tu...

So pada sesiapa yang nak datang umah, jemputlah ke kuarters kompleks penjara, batu 15. Bila masuk gate sebutlah nak pergi rumah cikgu BOB. nanti staff kat guard house kenal. Umah betul2 depan surau..

Hari Ahad, cadangnya nak pergi serikin. nak beli barang yang mak pesan. Sebab jumaat depan nak terbang balik JB-Singapore-JB-Kuching

No comments:

Post a Comment