Alhamdulilah.. Jumaat lepas hari pemuafakatan di sekolah kakak dan hari prestasi disekolah adik. Keputusan keduanya memberangsangkan dan boleh dipertingkatkan. Alhamdulilah ya Allah kerana memakbulkan doa mama. Kali ni memang tak letak harapan yang tinggi pada qaisara. Sb di rumah memang susah nak tgk dan suruh dia menulis. Terkejut jugak bila dia dapat menguasai exam pertengahan tahun.
Cikgu kelas adik pun agak terkejut. Dari segi hafalan doa dan membaca cikgu kata adik lancar. Semoga anak mama jadi anak yang cemerlang dunia akhirat,
Kakak pun alhamdulilah dapat menguasai pelajaran kali ni. Cuma matematik perlu banyak latihan lagi. Mama doakan kakak dapat keputusan yang baik akhir tahun nanti. Mama dan papa selalu pesan.. Kalau nak naik pentas lagi macam tahun lepas kena usaha sungguh-sungguh dapat keputusan yang cemerlang.
Mama coretkan catatan ini sebagai kenangan manis hidup mama.
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Wednesday, July 3, 2013
Pencapaian anak-anak
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment