Alhamdulilah petang jumaat ni ada majlis ilmu bersama penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal. Since minggu lepas warga Poliku dah diwarwarkan majlis ni. Mama pun bagitau anak-anak kalau nak ikut serta majlis ilmu.
Mula-mula dua-dua nak ikut. Td balik umah nak amik kakak tak jadi pulak nak ikut. Sara sorang je ikut. Sibuk yaya bila nak jumpa ustaz Don. Masa masuk dewan ramai sangat orang so yaya tak berapa nampak. Dia kata Ustaz don tak tengok dia?
Kebetulan tempat duduk kami diruang tempat ustaz berjalan so agaknya rezeki yaya dapat jumpa live. Ustaz don tengok dia lepas tu hulurkan tangan. Yaya pun terus pergi bersalam. Ustaz pulak cium tangan dia. Lepas lah hajat yaya. Gambar bersalam mama tak sempat nak amik.
Dah keluar dewan yaya kata seronok hari ni mama. Hajat yaya nak jumpa ustaz don live dah tercapai. Majlis ni sangat best pengisiannya. Memang kagum dengan aura ustaz muda ni menyampaikan ceramahnya.
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Friday, December 28, 2012
SEPETANG BERSAMA USTAZ DON
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment