Thursday, March 22, 2012

KISAH QAISARA MINGGU NI...

Isnin minggu ni mama el lagi sebab sara demam. Actually dari sabtu lagi dah perasan badan dia panas. So bagi paracetamol ikut masa. Ada gak dia merengek. Tapi bila isnin dia tak ok lagi pagi tu mama decide bawak sara ke normah.

Lagipun sara complain sakit perut. Doktor ingat dia chronic sembelit. So kena masukkan ubat thru bontot dia. Kesian dia menangis. Masa pergi ni mak ikut sekali. Selasa malam sara complain sakit kaki. Ingat kena gigit nyamuk, so letaklah minyak. Tapi dia nangis berterusan bagitau sakit. Hairan gak sebab dia tak macam ni sebelum ni.

Bila tengok kaki dia rupanya ada banyak bintik merah. Dah suspen sebab takut kena HFMD? SO lepas amik kakak balik sekolah semalam decide bawak ke Hospital normah sekali lagi. Check temperature memang sara demam. Bila doktor tengok bintik merah dia suspect denggi. So kenalah buat blood test nak tgk platlet darah dia. Kesian tengok sara bila doktor cucuk tangan comel dia nak ambil darah. Menangis tak usah kata. Sampai bengkak mata menangis. Nasib papa datang mada tu. Kalau tak macam manalah mama nak handle sara sorang.

Hari ni papa ambik cuti. Takut apa-apa hal nanti. Dari pagi tunggu doctor call. Mama terpaksa pg office gak sebab dah lama cuti dan kerja pun melambak.

Pukul dua lebih tadi baru doktor call. Alhamdulilah result darah dia ok. Platlet darah normal, takde denggi. Cuma infection je. So kena papa kena pg normah untuk ambil antibiotik. Papa kata dapat antibiotik satu je.

Hopefully sara ok la lepas ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment