Thursday, April 22, 2010

kisah semalam

semalam ada hal dah jadi. Masa keluar amik batrisyia dari office kereta accident. Orang langgar belakang bontot kete.. yang hairannya tengah2 slow bukannya laju. sebab jalan tengah jem sebab orang buat jalan.

Masa tu baru nak masuk gear 1 nak jalan tiba2 berdentum je belakang kete. Kuat jugaklah hentakannya. Bila keluar tengok macam tak de apa sangat cuma bumper ada sikit bekas. So suruh cina tu betulkan je. Mula2 aku cool je tapi bila dia kata sikit saja.. kereta saya pun kena maa.. mulalah darah aku nak naik.. aku jawab.. kalau u tak langgar kereta saya, kereta saya pun tak kena dan kereta u pun tak kena...salah tetap salah. mengaku je lah ntah2 tak de lesen sebab umur budak tu baru 18 tahun.

so dia suruh pergi kedai dia kerja untuk jumpa boss dia. sebab kete tu kete bos dia. sebab rushing nak amik kakak tunggu hubby balik untuk tengok . sat lagi kalau aku sorang2 kena buli pulak... bila balik umah baru perasan ada kemek kat pintu bonet dengan bumper dah renggang sikit.

So sblm gi opis petang pergilah kedai tu. Diorang dengan lagaknya kata ok lah tinggal kete seminggu untuk dibetulkan. Pangg.. geram nyer aku gi keje nak pakai keta apa. Mulalah aku menjawab.. Ok sekarang ni u dah langgar kereta saya, takkan saya pulak nak ikut condition u. macam ni saya bawak kereta pergi perodua untuk repair u bayar saja kos repair. Terus je diorang panggil bos yang mula2 kata tak de kat kedai. tah apa diorang nego sama diorang oklah u hantar kat kedai yang diorang bagi address satu hari pun boleh siap.. hah tengok.. boleh pulak...aku pun berani gak gertak diorang. Diorang takut hantar perodua nanti satu pintu kena ganti.. padan muka sape suruh..

kesimpulannya kita kena berani kerana benar. dah tu tak pasal2 kena ganti kelas semalam pada hari isnin depan sebab emergency nih. hih3 cubaan...dah la ni minggu2 sibuk sebab next two weeks cuti 2 minggu balik kl dan jb. (family matters)

So kalau belaku accident ni perkara yang kena buat..

1. Jangan panik cool je
2. Tengok banyak mana kerosakan kalau tak berapa nak teruk pergi tepi jalan berhentikan kete supaya jalan tak jem.
3. Call hubby atau sape2 yang boleh tolong
4. Amik details kete yang terlibat tu

No comments:

Post a Comment